Showing posts with label tarbiyyah diri. Show all posts
Showing posts with label tarbiyyah diri. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Malu

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah,
hari ini masih dititip rezeki olehNYA
untuk terus melakar dunia
untuk terus merentas warna

hehe..
puitis tak ayat tu?
ana pun tak faham apa maksud ayat diatas..
sekadar menitip seenak bicara.. 
hehehe..
^_^






Malu

Bila antum pernah rasa malu?
Atau tidak pernah?

Tahukah antum?
Malu itu sifat terpuji
bahkan Rasulullah SAW itu sendiri punyai sifat malu
yang mana sifat malunya itu lebih dari malunya seorang gadis sunti

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Rasa malu dan iman itu berpadu satu.
Apabila hilang salah satunya,
hilanglah pula yang lainnya."

(Direkodkan oleh Hakim dan Baihaqi)



------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pernah ana terbaca satu kisah tentang malunya seorang wanita ini...

Dikisahkan bahawa wanita ini telah datang mengadu kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy perihal suaminya yang masih belum membayar mas kahwinnya 500 dinar. Si suami menafikannya. Lalu, saksi-saksi diminta untuk memberi keterangan dan berkatalah saksi itu untuk meminta diperlihatkan wajahnya untuk mengesahkan orangnya betul atau tidak isteri si suami yang mereka jadi saksi.

Si qadi bersetuju dengan permintaan saksi-saksi itu.

Atas rasa malu, wanita itu menolak permintaan saksi-saksi itu.

Si qadi, terus-terusan menyuruh wanita itu memperlihatkan wajahnya.

Rasa malu masih menebal dihati wanita itu. 

Atas dasar simpati, si suami bersuara,
"Tidak usah kau perlihatkan wajahmu, aku mengakui dakwaanmu itu."


Terkesan dengan akuan suaminya itu, 
si isteri menghalalkan mas kahwinnya dunia akhirat.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa pengajaran yang antum perolehi?

Sifat malu?
Ya!!!
Tepat sekali 
^_^



Dapat dilihat disini, sesungguhnya memperlihatkan wajah itu tidak salah dan tidak berdosa.

Namun, akhlak malu sang wanita itu berjaya mempertahankan prinsipnya.

SubhanALLAH!!
Hebatkan wanita itu..
Ayu wajahnya hanya untuk sisuami..
Malu merantai maruahnya
Menjadikan dia wanita anggun..


Begitulah kita juga wanita-wanita Islam disini sekalian..
Walaupun meletakkan gambar kita diruang tontonan umum itu tidak berdosa selagi mana aurat terpelihara


Namun,
selaku muslimah yang pemalu lagi berprinsip
seharusnya wajahmu dieksklusifkan buat yang teristimewa
Bukankah itu yang terbaik..



Sementara itu,
jangan pula ada dikalangan antum
menjadikan malu alasan untuk seribu perkara
Jangan kerana malu, tidak mampu bertanya soalan dikuliah
jangan juga kerana malu, ilmu tidak dituntut 
jangan kerana malu, amal tidak berjalan..


Jadikanlah malumu itu 
perisai dirimu
juga penyeri dirimu
^_^




Tuesday, November 29, 2011

amarah

Bismillahhirahmanirahim






seringkali amarah merosakkan ukhwah..
seringkali amarah merosakkan amanah..


dari mana datangnya amarah ini?
dari akhlak yang lemah..
punca akhlak yang lemah?
dari kurangnya penghayatan ilmu dan teori..

bercakap memang mudah..

tetapi praktikalnya terlaksanakah?
tak perlu dinilai peribadi orang..

cukup sekadar merenung diri..
kerana diakhirat nanti soal diri sendiri yang akan dihisab..


cuma dakwah kearah hasanah yang perlu dilakukan..
kerana usaha dakwah kita yang akan dinilai..
bukannya hasil dakwah kita..


andai dakwah kita masih belum terlaksana..
puncanya diri sendiri juga..
kerana dakwah dari hati yang suci dan bersih..
kerana dakwah yang penuh beradab dan berakhlak diterima dengan mudah..
malah dipraktikkan oleh si penerima dengan senang hati..


ayuh berakhlak mulia..
semulia akhlak Baginda..
yang tak pernah membiarkan amarah merosakkan dakwah..


salam muhasabah...


Saturday, December 4, 2010

pemburu syahid...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

alhamdulillah
sudah seminggu menemani emak dan abah di rumah
di kampung halaman yang tidak terlampau kampung
(^^,)

sekali lagi bersyukur
kerana dalam kelalaian diri melalui hari-hari tanpa aktiviti tetap
akhirnya
diizinkan ALLAH untuk menghabiskan kisah pahlawan terbilang
pahlawan yang dikatakan oleh Saidina Abu Bakar as
bahawasanya
'tidak akan ada lagi wanita yang akan melahirkan pahlawan seperti beliau'
siapakah beliau?

ya!!
beliau ialah KHALID AL WALID
pahlawan terbilang yang sentiasa memburu syahid


syahdu mengenangkan kesungguhannya dalam mengejar syahid
terpesona dengan kegagahannya melawan musuh
sehinggakan mendengar namanya sahaja bisa menggetarkan hati musuh
juga
kagum dengan keyakinannya dengan kekuasaan ALLAH
sehinggakan dengan keteguhan imannya itu
mampu membuatkan racun yang berbisa itu ditelan ibarat meminum manisan

ALLAHUAKBAR
betapa hebatnya kuasa ALLAH

kerendahan hatinya dalam mendengar arahan pemerintah sangat menyentuh hati
walau beliau seorang yang hebat di medan perang
walau beliau pengatur strategi yang licik
walau beliau pahlawan terbilang
namun
tatkala arahan dikeluarkan untuk dilucutkan jawatannya
lantas
dengan penuh rendah hati
tanpa sekelumit dendam dan dengki
beliau melepaskan jawatannya
dan
tetap terus berjuang di medan perang sebagai pahlawan biasa 
dan
 tidak lagi sebagai ketua panglima perang
sambil terus setia
memburu syahid...

sehingga saat ini
cuba renung diri
cuba tanya diri
cuba muhasabah diri

setinggi mana ego kita?

gunung everest?
gunung kinabalu?
gunung tahan?
bukit mertajam?
bukit merah?
busut anai-anai?

baru ditegur sedikit kita sudah terasa hati kan?
baru cuit sikit sudah menarik muka..
tidak payah kata orang lain..
ana sendiri begitu
tidak kena cara, ego ini kadang terbakar juga...
ALLAHUAKBAR

apalah sangat diri ini dibandingkan dengan SAIFULLAH itu..
sedangkan si PEDANG ALLAH juga masih boleh merendah diri
kita yang tidak pernah ada apa-apa gelaran bahkan amalan
apa yang hendak diegokan???

ayuh
kita muhasabah bersama
bermujahadah mencari ALLAH



Tuesday, November 9, 2010

BERGABUNG


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Alhamdulillah
hingga saat ini nikmat iman dan islam masih kita kecapi
tanpa sedikit bayaran pun dikenakan
tanpa sedikit ungkitan kita dengar
walaupun seringkali kita mengingkari hakikat sebenar iman dan islam yang sebenar

apakah hakikat iman dan islam yang sebenar?

hayati kalimah dua syahadah..
hayatilah tuntutannya
hayatilah pelaksanaanya

maka,
itulah iman 
itulah islam


okey,
cuba hayati gambar dibawah


apa yang dapat dilihat?
seruling
rebana
gong

atau
dalam bahasa mudahnya
gabungan instrumen muzik
yang menghasilkan irama yang indah
yang seringkali kita dengar diradio dan television
yang akhirnya menyebabkan kita terlupa pada kemerduan zikir dan ayatul Quran
yang membawa kepada kelalaian
yang membawa kepada kealpaan

tapi,
pernahkah kita terfikir?
apakah yang terjadi
andai gabungan bencana berlaku..
masih kedengarankah irama merdu yang mengkhayalkan?
hasil gabungan dentuman guruh
sambaran kilat
gegaran gempa bumi
alunan ombak tsunami
aliran larva gunung berapi
masih sempatkah kita menghayati kemerduan irama yang terhasil??

lantas
apakah tindakan kita andai gabungan itu terjadi akhirnya??
sudah bersediakah kita menanti hari gabungan itu???





Saturday, September 18, 2010

lihat dan fikir..



Bismillahhirahmanirahim...
apa khabar semua??
wahh... dah lama betul ana tak update blog..
maaflah ye..

okey,
cuba lihat gambar diatas..
apa yang antum nampak?
nampak gambar hitam putih?
atau
nampak pemuda yang mengecat itu?
atau
warna-warni itu?


maksud ana,
yang pertama sekali antum nampak...
yang menjadi tumpuan fokus antum..
gambar itu sebenarnya 
berkait rapat dengan kehidupan kita..
 
seringkali kita hanya melihat hitam putih kehidupan kita..
sehingga terlupa pada warna-warni kehidupan kita..

dalam kata lain
terlampau bersedih pada kecelakaan..
sehingga tertutup dari melihat hikmah dan kebaikan yang tersaji dihadapan mata..
astagfirullahalazim..
moga kita sentiasa melihat hikmah yang Allah sediakan kepada kita
insyaAllah..
"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
AlBaqarah: 216


dan
satu lagi...
Allah sentiasa melihat pada usaha kita
bukan pada hasil usaha kita..

sama seperti gambar itu
usaha lelaki itu mengecat dilihat dan dikagumi
bukan hasilnya mengecat yang membuatkan gambar itu menarik
kerana
apabila gambar itu sudah habis dicat..
tiada lagi gambar yang menarik untuk dinilai


maka,
usaha lelaki itu mengecat lebih bernilai sebenarnya
berbanding
hasil yang akan diperolehi..

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian daripada yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya."
AlBaqarah : 202

hhmmm..
cuba renung dan fikirkan..


Sunday, July 18, 2010

kecil vs BESAR

Bismillahhirahmanirahim..
Alhamdulillah, disaat dan ketika ini kita masih lagi disini, dibumi ALLAH yang nyata..
sambil menikmati nikmat iman dan islam..
dalam kita bergembira..
teringatkah kita pada yang telah pergi..
dalam kita enak dibuai mimpi..
terfikirkah kita bagaimana rasanya saat mereka menjawab soalan dari mungkar dan nankir..

Tuesday, May 18, 2010

ehem...ehem... izinkan ana...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, hari ini ana masih diberi keupayaan oleh Allah untuk ke majlis ilmu.
Walaupun agak lewat ana sampai ditempat kejadian
tapi,
bak kata pepatah orang inggeris
"better late than never"
kan..kan..kan..
(^^,)

sekurang-kurangnya ana dapatlah sedikit ilmu untuk dikongsikan disini..
insyallah

Friday, May 7, 2010

tenggelam dalam kasihNYA

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah
Nikmat iman dan islam masih dimiliki sekeping hati ini..
hati yang kudus yang sentiasa lalai dan alpa..






4 MEI 2010
Sahabat : Nti all da best esok.. Dua paper tu.. Insyallah boleh..
Ana : Insyallah.. Doakan ye.
kalau dekat sekolah dulu, relek je dua paper sehari.. tapi, kalau kat alam universiti ni.. dua paper dalam satu hari.. woo.. memang mencabar jiwa dan raga.. huhu






5 MEI 2010
bangun pagi macam biasa..
dalam kepala,
merancang-rancang pagi ni nak pergi fakulti awal, hendak sarapan sambil belek-belek nota kali terakhir..
tapi,
kita merancang, ALLAH juga merancang..
dan
perancangan ALLAH yang sebaik-baik rancangan..
ditakdirkan pagi itu juga...
dompet ana hilang..
huhuhu..



sudahlah kad pengenalan , kad pelajar, slip peperiksaan, lesen, duit semua dalam tu..
yang paling sedihnya..
ana punya peperiksaan pukul 9..



kad pelajar dan slip exam pula hilang..
huhu
hilang segala sarapan..
hilang segala bacaan kali terakhir nota..



cari..
cari..
cari..






tapi,
tidak jumpa juga..






huhu..
sudah, tak boleh jadi ni..
ana pun
print slip peperiksaan yang baru..
kad pelajar pula sahabat-sahabat cakap boleh minta surat kat pejabat fakulti




maka,
ana pun bergegas ke pejabat fakulti
setibanya di pejabat
kerani tu cakap kena pergi buat laporan kat pejabat keselamatan dan dapatkan resit
insyallah,
guna resit tu bolehlah masuk dewan peperiksaan..




baik..
40 minit sebelum peperiksaan, ana pun bergegas ke pejabat keselamatan


alhamdulillah
semester ini ana diberi nikmat kuda perang..
hehehe..


tengok, kan ana cakap perancangan ALLAH jua yang terbaik
dugaan datang ketika ana memiliki kemudahan untuk menyelesaikannya



dan
alhamdulillah
peperiksaan dijalani tanpa gangguan..
alhamdulillah(^^,)




tapi, hari masih panjang
pada hari itu juga ana dah berjanji nak ambil laptop ana yang dihantar ke kedai..


tapi,
pada ana duit tiada
setakat nak beli nasi putih dengan tomyam bolehla..
nak bayar duit servis laptop..
huhu
menangis juga ana akhirnya..




masyaallah..
ana sangka ana kuat..
tapi
ana tetap manusia biasa..


terima kasih buat sahabat-sahabat yang membantu
yang hulurkan duit
yang hulurkan sokongan
yang hulurkan senyuman


terima kasih antum
hanya ALLAH jualah yang dapat membalas budi antum
sesungguhnya ketahuilah
ana menyayangi antum kerana ALLAH dunia akhirat
insyallah

alhamdulillah, dompet yang hilang telah ditemui.. (^^,)

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya"
Surah AlBaqarah : 256




Monday, October 26, 2009

Mari Mengenal....


Semalam, seorang kenalan lama menghantar sistem pesanan ringkas atau dalam bahasa Inggerisnya digelar short message system(sms)...

Tujuan beliau...

mahu memohon maaf jika ada salah silap disamping mendoakan kejayaan bersama..

Amin...

Moga dimakbulkan doanya itu..

Sahabat ana yang seorang ini cakapnya memang berbunga-bunga..
Bila mendengar beliau bercakap, pasti pening kepala ana memikirkan maksud tersirat yang cuba disampaikan beliau..

Kalau ada blog, mesti ramai jadi follower beliau..

dek terpukau dengan bunga-bunga ayat beliau.. hehehehehe..
kepada beliau, anggap ini sebagai pujian.. ok..(^^,)

tetapi, apa yang ana hendak ceritakan sebenarnya ialah.. ana tertarik untuk berkongsi suatu kata-kata nasihat dari beliau...

"kenallah tuhanmu itu terlebih dahulu sebelum kamu mengenal agamaNYA"

menarik tak kata-kata itu??

pada perkiraan ana, biasa-biasa sahaja kata-kata itu..
tapi, agak berlainan sedikit dari apa yang ana pernah dengar sebelum ini...

"kenalilah dirimu dahulu sebelum mengenal tuhanmu"

itu,
kata-kata yang ana pernah dengar..



YANG MANA YANG BENAR?

Kedua-duanya benar...



KENALI DIRI

Bagaimana dengan mengenal diri, kita kenal pencipta kita?

Dengan melihat setiap nikmat dan keistimewaan yang DIA berikan kepada kita..

"Kalau diri sendiri pun tak kenal, macam mana enti boleh cakap enti kenal ALLAH?" tanya seorang fasilitator kepada ana gara-gara tidak dapat menyatakan kelebihan diri sendiri.
Waktu itu, rasanya seperti mahu menagis..

Kerana baru sedar..
Masyallah, rupanya ana selama ini jauh dari ALLAH..
Diri pun tak kenal.. Tambahla ALLAH..
Patutlah mudah benar hati ini tertarik kepada dunia..


Kesudahannya,
Maka, sejak itu, ana bertekad untuk mengenal diri...
Walaupun, kalau ada orang bertanya apa kelebihan ana, ana masih gagal menjawab..
Tetapi, ana sedikit berpuas hati dengan pencapaian diri setakat ini..


Ana berjaya mengenal pasti banyak kelebihan diri dan belajar untuk membaiki diri..
Ana berjaya menghadapi kelemahan diri dengan rasa syukur dijiwa yakni tidak sedih dengan kelemahan diri..
Ana berjaya mengatasi kelemahan dengan menukar kelemahan itu kepada kelebihan..
Ana berjaya..
dan
semakin berjaya mengenal pencipta ana..

Alhamdulillah....(^^,)



KENALI TUHANmu

Ok, seterusnya, kenalilah tuhanmu..

Supaya,
antum - antunna akan mengenal erti sebenar ISLAM..
antum - antunna akan dapat menghayati ISLAM..
antum - antunna akan dapat menambah rasa cinta kepada ISLAM..
antum - antunna akan menikmati setiap ajaran ISLAM dengan penuh kegembiraan..

Dan,

tidak akan ada lagi...

rungutan bila disuruh agama membuat ini membuat itu..
keluhan bila dilarang ini dilarang itu..

malah diganti rasa rindu, cinta dan gian untuk terus beribadah dan bermunajat kepada ALLAH
Tuhan Yang Maha Esa
Tuhan Yang Maha Agung..

manis dan enaknya beribadah akan dinikmati penuh kesyukuran..
Insyallah..


Jadi, apa tunggu lagi??
Jom kenali dan koreksi diri..
Sambil-sambil kenali dan cintai pencipta kita..
Agar agama terus didalami dan dihayati..
Dengan rasa kehambaan..(^^,)




p/s:
buat sahabat yang menghantar sms semalam, kalau terbaca post ini, sebenarnya sms yang ana kirim tu, bukan ana yang nukilkan, sekadar sms forward je.. hehehehe.. jadi, rasanya pujian mengenai ayat ana yang semakin bermetafora itu bukan untuk ana la ye.. hehehehe.. saje tak nak reply sms tu.. (^^,)










Monday, September 21, 2009

berlalulah sudah RAMADHAN....



Syawal menjelma lagi...
Maknanya...
Ramadhan sudah pergi..
pergi tinggalkan kita..
jauh tinggalkan kita..
entah jumpa atau tidak lagi..
hanya doa yang mampu kuhulur..
agar ramadhan akan datang bakal kutemui..
Insyallah..

sedikit pesanan buat diri ini dan sahabt-sahabat sekalian...
Jika, sepanjang ramadhan yang lalu, kita mampu istiqamahkan diri bertadarus...
Maka, teruskanlah..
sepanjang-panjang hari walau tanpa ditemani ramadhan..
Jika, sepanjang ramadhan yang lalu, kita sering solat berjemaah di surau dan masjid..
Maka, kekalkanlah berkunjung ke rumah-rumah Allah..
Sama-sama kita imarahkan..
Jika, sepanjang ramadhan kita mampu berpuasa selama sebulan..
Maka, ayuhlah kita teruskan dengan puasa 6 dibulan syawal..
Dan diikuti puasa sunat Isnin dan Khamis..
Jika, sepanjang ramdhan kita rajin bangun berqiamulai..
Maka, teruskanlah bangun..
Kerana sesungguhnya, qiamulail itu sumber kekuatan kita umat Islam..


Sebagaiman dalam sirah-sirah ada menceritakan bahawa didalam setiap peperangan, sahabat-sahabat yang bangun mengerjakan qiamulaial yang terpilih untuk berada disaf hadapan di medan perang...
Andai kita hidup dizaman itu???
Di saf manakah kita akan berdiri??
Hadapan atau belakang??
Sama-sama kita renungkan..
Sama-sama kita beramal...

p/s: rindunya pada ramadhan.. huhuhu..


Thursday, August 20, 2009

Ahlan Ya Ramadhan..(^^,)

Esok 1 Ramadhan 1930H. Moga-moga kita sempat untuk menikmati bulan penuh keberkatan itu.. Tempoh 24 jam itu.. macam-macam boleh terjadi..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Ketika Ramadhan tiba, semua gerbang syurga terbuka."
(Riwayat Shahih Bukhari)


Gerbang syurga dibuka?? Wahh.. seronoknya..

Tapi.....,

tidak semudah itu untuk masuk syurga, kerana syurga itu mahal harganya.. setimpal dengan keindahan dan kemewahan yang ditawarkan ALLAH kepada kita.. Oleh itu,sudahkah kita bersedia untuk menghadapi Ramadhan?

Apa persiapan yang telah dibuat? Kurma dah beli? Makanan sahur dah ada? Haish... Takkan itu sahaja??

Fikir lagi..Ada lagi yang tertinggal tu..

Apa yang tertinggal eh??

Hhhmmm.. Antara yang ana boleh pesan ialah..

(1) Dah latih perut untuk berlapar dan dahaga? Bukan apa, bimbang kalau-kalau perut terkejut dan terkejang sehingga gastrik datang menyerang pula nanti..

(2) Dah latih bangun solat malam? Bukan apa, bimbang kalau-kalau sahabat-sahabat menyesal pula nanti kalau tak dapat bangun di malam Lailatul Qadar nanti.. Sepertimana yang telah terakam dalam kitabul Quran, Surah Al-Qadr..

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apa dia kebesaran malam al-Qadar itu? Iaitu malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin tuhan mereka kerana segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun beikut). Sejahteralah malam itu hingga terbitnya fajar.
(Al-Qadr : 1-5)


(3) Lagi satu, jangan liat bangun sahur ye sahabat-sahabat sekalian... Sebab dalam sahur itu ada keberkatan. Shur itulah yang membezakan puasa orang Islam dan orang lain..

Hari ini 30 Syaaban 1930H.
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda: "Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dari Abi Sa'id Al-Khudri katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sahur itu berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan meneguk seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang makan sahur."
(HR. Ahmad)


Lagipun, belum tentu lagi, Ramadhan akan datang akan kita ketemu lagi.. Jadi, jomlah kita manfaatkan sepenuhnya madrasah Ramadhan ini. Semoga berakhirnya Ramadhan ini nanti, akan melahirkan kita yang baru, yang lebih hebat akidahnya, tauhidnya dan ibadatnya. Insyallah... Jom, sama-sama kita berusaha ke arah itu..(^^,)

Jangan lupa juga untuk bersolat terawih dibulan ini, sebab bulan lain tiada solat terawih..Dalam setahun, hanya 30 hari sahaja amalan terawih ditawarkan.. Jadi, jomlah kita ramai-ramai berebut melakukannya...(^^,)

Akhir kalam...

SALAM RAMADHAN...
p/s: rindunya pada Ramadhan...

Thursday, July 9, 2009

apa kalian rasa....


Apa kalian rasa kalau tengah-tengah jalan tiba-tiba tersadung hari ini?
Apa anda rasa kalau tiba-tiba kalian dimarahi tiba-tiba hari ini?
Apa kalian rasa kalau tiba-tiba kasut kesayangan anda dicuri hari ini?
Apa kalian rasa kalau kawan baik anda kutuk anda belakang kalian hari ini?
Apa kalian rasa kalau tiba-tiba kalian disahkan mengidap penyakit berbahaya hari ini?
Apa kalian rasa kalau kalian putus cinta hari ini?
Apa kalian rasa kalau bermacam-macam lagi dugaan, ujian dan cabaran menimpa kalian hari ini?

Adakah kalian rasa kalian cukup malang hari ini?
Adakah kalian rasa sangat sedih?
Adakah kalian rasa ingin marah?
atau...
Adakah kalian rasa sangat bersyukur?
atau...
tak rasa apa-apa pun...

Hmmm... mari kita sama-sama bermuhasabah kembali..

Patutkah kita gembira, sedih atau berlagak selamba sahaja....

Situasi pertama;
Selalunya manusia akan resah apabila ditimpa masalah. Kata mereka, hidup mereka sangat malang hari ini jika pelbagai masalah timbul...
(kadang-kadang akan terkeluar perkataan yang kurang sopan pada pendengaran ana, kononnya ingin menunjukkan kepada semua orang dia sangat moody hari ini..a.k.a. jangan kacau )

Situasi kedua;
Manusia dalam golongan ini selalunya berlagak selamba dan cool tetapi dalam hati macam-macam perkataan dah tersembur..
(hmm.. golongan ini baik sikitlah..sekurang-kurangnya, orang lain tak terima kesan sangat..)

Situasi ketiga;
Manusia dalam golongan ini, sekadar menerima dengan redha dan sabar setiap dugaan dan cabaran yang diberi ALLAH hari ini..Mereka percaya, dugaan Allah untuk setiap hambaNYA tidak pernah melebihi dari kemampuan seseorang..
(golongan ini, alhamdulillah, hatinya lebih tenang walau apa jua keadaan.. malah sentiasa bersyukur dengan setiap ketentuan Allah..)

Situasi keempat;
Manusia dalam golongan ini sentiasa bersedia diuji ALLAH. Malah, mereka rasa resah jika hari ini, tiada ujian mahupun dugaan menimpa diri mereka.Mereka takut, andai hari ini tiada lagi ujian untuk mereka, hati mereka akan lalai dari mengingati Pencipta Yang Maha Agung.
(Masyaallah..golongan ini, iman mereka sangat mantap.. hati bersyukur dengan ujian diberi dan hati rindu jika tiada ujian menimpa mereka saat ini... hati bimbang dan gusar jika ALLAH marah kepada mereka lalu tidak memberi ujian kepada mereka. Kerana sesungguhnya ujian ALLAH itulah bukti kasih dan cinta ALLAH kepada kita.)


Hhhmm...agak-agaknya..iman kita meletakkan kita di situasi yang mana satu??
Sama-samalah kita muhasabah diri disetiap saat kita berkesempatan.. Ingatlah ALLAH disetiap detik jantukmu, disetiap hembusan nafasmu dan disetiap titik darah yang mengalir didalm tubuhmu. Sesungguhnya ALLAH tidak pernah melupakan kita..Jadi mengapa kita tega untuk melupakan PENCIPTA kita yang Maha Agung lagi Pengasih...

Tuesday, June 9, 2009

syukur ALHAMDULILLAH.....

بسم الله الر حمن الر حيم

Pertama-tama sekali, ana mengucapkan ribuan syukur ke hadrat Ilahi ke atas nikmat cuti yang Allah berikan kepada ana ini. Walaupun sedih kerana perjuangan dakwah di medan kampus terpaksa direhatkan sebentar, walaupun rindu di hati ini membuak-buak ingin berjuang dengan sahabat-sahabat disana, tapi, ana akur, dalam menjalankan tugas sebagai dai'e masyarakat, tugas sebagai anak solehah, anak yang menyenangkan juga harus dilaksanakan. Sebagaimana yang telah difirmankan Allah :

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa...." surah AlIsra',17:23



Maka, cuti yang panjang ini, ana mengambil kesempatan untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa ana, menambah ilmu pengetahuan agama, serta mentarbiyyah diri kembali.

Dulu, tika iman sangatlah nipis, ilmu sangatlah tohor, ana seringkali menyesal, sedih kerana keputusan spm ana tidak melayakkan ana untuk menyambung pelajaran keluar negara. Kecewa kerana keputusan spm ana tidak mengkelaskan ana sebagai pelajar cemerlang. Malah, disebabkan keputusan spm yang kurang memberangsangkan, ana gagal mencemerlangkan diri di peringkat matikulasi. Dek kerana terlampau emosional barangkali. Sehinggakan ada seorang guru menegur ana gara-gara melihat sikap acuh tak acuh ana dalam mengejar ilmu, " Kamu belajar sebab disuruh ke? Kamu dah tak berminat belajar ke?" Dan ana, hanya mampu terdiam..


Tapi, hari ini, ana bersyukur ke hadrat Ilahi. Ana bersyukur sesangat kerana dengan percaturan dariNYAlah, ana, kini, dapat menyelami apa ertinya ana menganut Islam yang sebenarnya.. Benarlah seperti firman Allah dalam AlQuran yang bermaksud ;

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." surah AlBaqarah,2:216

Iman seseorang itu tidak lengkap hanya dengan mengucapkan dua kalimah shahadah, tetapi harus difahami, dihayati dan digenggam dengan keyakinan yang tinggi. Menyelami tanggungjawab yang tergalas sebaik sahaja mengucapkan kalimah syahadah ini, sudah cukup membuatkan kita sentiasa takut untuk menangguhkan amalan kebaikan.
Tidakkah antum antuna semua bimbang, dia akhirat nanti kita disoal, apa buktinya kita telah bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah?

Cukupkah sekadar solat lima waktu tetapi dihujung-hujung waktu???
Cukupkah puasa dibulan Ramadhan tetapi mengumpat masih diamalkan???
Cukupkah menutup aurat tetapi tika kesusahan menimpa, pelbagai keluhan dan rintihan terbit dibibir dan hati???
Cukupkah semua amalan kita untuk menjadi bukti bahawa kita mengaku ALLAH itu ALLAH yang ESA???

Baiklah, kita ambil contoh yang mudah;
Sekarang ini, kes ragut semakin menjadi-jadikan.. Pernah tak antum antuna terfikir kenapa mereka yang meragut ini tidak takut dengan tindakan mereka? Padahal mereka ini, rata-ratanya orang melayu kita, orang Islam.. Kerajaan seringkali mewar-warkan hukuman yang menanti jika mereka ditangkap bersalah.. tetapi, mereka sedikit pun tidak gentar.... kenapa?

Kerana, mereka yakin mereka akan terlepas dari hukuman polis sebab mereka ini mat rempit. Bawa motor bagai pelesit.. Polis yang kejar pun boleh pancit.. Itu sebab pertama! Sebab kedua pula, kerana, mereka tidak memahami konsep syahadah, tidak menghayati dan tidak mengaplikasikan konsep syahadah. Ya! Mereka juga mengucapkan kalimah itu, tapi meraka tidak memahami.

Bila mana mereka tidak memahami maksud sebenar kalimah syahadah... Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, maka, rasa takut, rasa gentar pada ALLAH tidak lagi dekat dihati. Mereka lupa pada keESAan ALLAH. Mereka lupa pada hari pembalasan Allah.. Mereka lupa..

Mereka lupa, bukan kerana mereka orang melayu, tetapi, mereka lupa kerana kita lupa untuk mengingati mereka. Jadi, ana berharap sesangat, marilah kita saling ingat-mengitai. Ana sendiri terpukul dengan kata-kata yang ana tulis sendiri, kerana bila mulut seorang penceramah itu berceramah, telinga terdekat untuk diingatkan adalah telinga penceramah. Maka, begitu juga dengan ana, bilamana jari ana laju menari di papan kekunci ini, maka, mata pertama yang akan menjamu tulisan-tulisan ini.. adalah ana sendiri. Sebab itu, kita kena selalu saling ingat mengingati. Kerana sifat manusia itu sendiri mudah lupa.. maka, manusia jugalah yang harus mengingati..

Bagaimana? Dengan selalu menjamah ayat-ayat suci AlQuran. Dengan selalu bergaul dengan sahabat-sahabat sewangi haruman kasturi.. Insyallah dengan izin Allah, kita semua didalam redhaNYA selalu.. Amin..

Tuesday, May 19, 2009

Beriman Dengan Cemerlang..


Kalau ditanya orang, " Berimankah kamu?" Apa jawapan yang akan antum antuna berikan? Kalau ana, ana akan jawab dengan yakin YA!! Ana beriman dengan Allah, beriman dengan Rasullullah SAW, beriman dengan malaikat, beriman dengan kitabul Quran, beriman dengan hari akhirat dan beriman dengan qada dan qadar.

Tapi, ditahap manakah iman kita? Sebagai manusia biasa, ana akui memang iman kita ibarat kulit bawang. Nipis, amat nipis. Jika hari ini bertambah, esok lusa boleh kembali menurun. Jika hari ini, ana mampu melawan godaan syaitan, esok lusa belum tentu lagi. Hhhmm.. itulah iman manusia. Sentiasa bertambah dan berkurang.. Tidak seperti iman malaikat yang sentiasa tetap.. tidak bertambah dan tidak pula berkurang. Tidak juga seperti iman para nabi dan rasul, sentiasa bertambah dan tidak pernah berkurang.

Namun, cukupkah sekadar mengetahui bahawa iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang tanpa apa-apa tindakan? Cukupkah sekadar menjawab.." biasalah iman manusia, ada masa bertambah ada masa berkurang" dan kemudian terus membiarkan diri bergelumang dengan kelekaan, kelalaian dan dosa? Tidak takutkah andai kata nyawa kita ditarik tika iman sedang rendah? Tidak gentarkah jika amalan kita selama ini tidak dikira hanya kerana disaat akhir nyawa kita, kita sedang lemah iman? Tidak takutkah antum antuna pada neraka Allah? Tidak gerunkah antum antuna pada seksa dialam kubur? Nauzubillah.. moga kita semua sentiasa dibawah rahmatNYA, moga kita dilindungi dari seksa api neraka... AMINNN..

Bagaimana ingin menjadi orang yang beriman yang cemerlang?

Ingat lagi slogan yang dilaungkan oleh bekas perdana menteri kita, "Cemerlang, Gemilang, Terbilang"? Hhhmm... Jomlah kita cemerlangkan diri dengan ilmu-ilmu akhirat dan dunia. Kita gemilangkan diri kita dimata Allah. Kita majukan diri kita agar umat Islam menjadi umat yang terbilang..
Jomm.. Jom.. Jom..(^^,)

Dalam satu majlis ilmu yang ana hadiri,ustaz ada memberikan petua untuk menjadi orang beriman yang cemerlang. Mahu tahu? Pertama, harus menjaga hubungan baik dengan Allah SWT. Menjaga hubungan dengan Allah ini, banyak kaedah boleh diaplikasikan. Antaranya, menjga solat yakni, solatlah diawal waktu. Menambah amalan-amaln sunat dalam aktiviti seharian seperti amalan membaca maksurat, solat dhuha, solat tahajut, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, puasa sunat Isnin dan Khamis dan banyak lagi.

Kedua, harus menjaga hubungan baik sesama manusia. Menjaga hubungan sesama manusia ini, pertama sekali ialah terhadap kedua ibubapa kita. Sesungguhnya rugilah meraka yang mensia-siakan peluang berbuat baik terhadap kedua ibubapa mereka dikala mereka masih hidup. Seterusnya, menjaga muamalat dengan jiran tetangga dan sekalian makhlukh yang lain.

Dan akhir sekali, berjihad dan berjuanglah dijalan Allah. Pertama-tama sekali, jihad yang terbesar ialah jihat untuk melawan hawa nafsu. Andai kata, hawa nafsu mampu dilawan, insyallah, jika diserah segunung duit mahupun sekumpulan wanita anggun menggoda, pasti syurga Allah yang ghaib itu juga menjadi idaman hati. Masyallah... Besarnya pengaruh nafsu kepada kita. Selain menangkis godaan syaitan dan tipu daya iblis, dorongan nafsu yang kuat kearah lembah dosa juga tidak patut dipandang enteng. Sebab itu, seperti lagu tombo ati nyanyian Opick, ada berpesan, ada lima perkara yang boleh dilakukan dalam usaha mengubat hati. Iaitu, selalu membaca AlQuran, amalkan zikir setiap saat, berkawanlah dengan golongan ulama, berpuasa dan solat sunat..(huhuhu..asif, ana tak ingat sangat, nanti ana semak balik)

".. Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung. Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kam, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.." (SurahAlHajj,22: 77-78)

Hhhmmm... jalan telah ditunjukkan. Antara mahu atau tidak sahaja. Mahu syurga? Jadi, jom topup iman, jom tambah amal, jom jadi orang beriman...(^^,)

Friday, March 13, 2009

sayang?? betul ke??

Kamu sayang Rasulullah? Sungguh? Betul? Tak tipu? Boleh percaya ke ni?? Hhhmmm.. sebenarnya soalan tu untuk ana sendiri. Hari-hari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.(Bila? Dalam solat kan kita ada selawat... sedar tak?)Tapi, cukupkah dengan berselawat itu sebagai bukti kecintaan kita kepada rasul kita? Kenapa bila disuruh untuk boikot barang yahudi, berjela-jela alasan diberi, malah alasan itu lebih banyak dari jumlah barang yang perlu diboikot? Kenapa disuruh amalkan sunnah nabi, masing-masing buat muka? Itukah bukti cinta kamu??? Kenapa bila ditanya salasilah nabi kita, semua orang mulalah tergagap-gagap.. tak tahu hendak cerita..

Hhhmmm.. penting ke semua itu? Cinta pada rasul...selawat tu tak cukup ke tanda cinta dan kasih ana pada rasul?

Okeylah, kita buat perbandingan sikit eh...

Kalau anda cintakan kekasih si pengarang jantung anda, apa buktinya bila kekasih anda soal tahap kecintaan anda? Takkan nak jawab belahlah dada, operatelah jantung... Haish..buat si awek/pakwe anda ambil kapak belah betul-betul baru tahu...

Mestilah anda sanggup tolong top-up kan untuk sidia, sanggup belanja makan dia, beli hadiah ke dia.. Tapi, lepas tu anda minta dia bayar balik ke? Mestilah takkan... Takkan nak suruh bayar? Apalah... Kedekutnya.. Tapi, walau anda tidak minta dibalas,(walau dalam hati berharap juga kan..kan..kan..)sibuah hati anda mesti akan balas juga, bagi hadiah ke anda dan macam-macam lagilah..

Haa... macam itulah konsep cinta dan kasih kepada rasul kita, Nabi Muhammad SAW... Nabi sayang kita? Masyallah... Kalau anda tahu tahap sayangnya rasul kepada kita, mesti anda dah tak cari kekasih lain dah.. menangis air mata anda bilamana terpaksa memadukan kasih dan cinta anda pada kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Tahukan, di akhir hayat baginda pun, baginda masih menyebut-nyebut " umat aku..umat aku..umat aku..." Bahkan ketika baginda sedang menahan sakit tatkala nyawanya sedang ditarik pun, sempat lagi baginda minta ke malaikat Jibrail supaya biarlah rasa sakit menghadapi sakaratulmaut umat-umatnya ditanggung dia seorang.. Menangis malaikat Jibril mendengar permintaan kekasih Allah itu. Bayangkanlah betapa agungnya cinta dan kasihnya baginda kepada kita umatnya di akhir zaman ini. Adakah anda mampu mencari pencinta terhebat selain Nabi Muhammad SAW? Masyallah, sampai ke akhir hayatnya pun baginda tak pernah sekelumit saat pun terlupa pada kita. Kita? Hendak tunggu Maulud Nabi baru hendak ingat ke nabi? Baru hendak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW?

Nanti, suatu hari, kita akn ke PAdang Masyar. Itu pasti!Menunggu giliran untuk dihisab di Padang Masyar sangat lama.Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad SAW dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi dan Rasul,berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab." Jawab Nabi Muhammad SAW,"Aku akan tolong kamu semua."Rasulullah SAW pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH SWT pun berfirman,"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.Aku akan kabulkan permintaanmu."Rasulullah SAW menjawab,
"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah SAW yang mengucapkan kalimah," Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Lihat..betapa Nabi Muhammad sayangkan kita.. Sampaikan umat-umat baginda yang sombong dan takbur pun baginda kasih.. tapi, takkan kita mahu tergolong dalam golongan itu? Masih tidak mahu sayangkan Rasulullahkah?

Tahukan, neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad SAW yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah SAW mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah SAW yang sombong, baginda pengsan. Bila sudah sedar, baginda bersabda, "Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?Jibrail menjawab,"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama. Masyaallah... Agungnya cinta dan kasih baginda kepada umatnya dikhir zaman.. Umat yang seringkali alpa dan leka dari mengingati Allah dan baginda. Umat yang seringkali melakukan kemungkaran. Umat yang....

Persoalannya,adakah kita sayangkan Rasulullah SAW sebagaimana Rasulullah SAW sayangkan kita??

Tuesday, February 17, 2009

SAHABAT...


Sahabat..kawan.. friends.. peng you..

4 kalimah yang berbeza bunyi, berbeza ejaan dan berbeza bahasa.. tetapi membawa maksud yang sama yakni teman..

Siapa yang mampu hidup tanpa teman disisi? Siapa yang mampu hidup bersendirian? Siapa yang sanggup hidup seorang diri? Paling tidak pun, pasti akan ada seorang kawan penghibur duka dan lara..

tadi, ana baru saja lepas menjenguk-jenguk ke blog sahabat-sahabat ana. Ada antara sahabat ana jauh dimata dekat dihati, ada juga yang dekat dimata dekat dihati..(^^,). Apa yang pasti, sekali kita bersahabat, selamanya ukhwah yang terjalin tidak akan putus..itu yang ana harapkan..insyallah.

Namun begitu, dalam bersahabat, bukan boleh main kawan je.. Hendak pilih kawan pun ada caranya. Secara mudahnya ana boleh simpulkan pilihlah kawan macam kalian beli buah. Hehehehe.. rasanya mudah saja anologi ana kali ini.

OK, kalau kita ke kedai misalnya hendak membeli buah limau.. Orang yang menjual itu pasti akan bagi kita rasa seulas dua buah limau itu, lepas tu penjual tu pun promotelah,
"Buah limau ni manisss...kak. Belilah.. Buah baru sampai ni kak.. Cuba rasa kak, betul manis.."

Hhhmm..lebih kurang macam itulah bunyi si penjual mempromosikan buahnya. Lepas itu, kita pun ambil buah tu rasa seulas, lepas tu, panggil adik-adik ajak rasa ramai-ramai.(hehehehehe..ana dengan adik-adik ana selalu macam tu, jumpa je tempat yang bagi rasa makanan, kami pun serbu ramai-ramai.Hehehehe..lepas tu, lalu tempat tu dua tiga kali.. hehehehe..rindu kat adik-adik ana.) Lepas itu, dah puas merasa dan terbukti buah tu manis kita pun belilah buah tu dalam sekilo dua.

Hmmm...Apa yang samanya?
Macam ni,

Kita mudah tertarik kepada sesuatu yang kelihatan dan kedengaran menarik. Misal kata, kita tahu budak H tu baik orangnya. Rajin pergi surau, selalu belanja orang, pandai pun pandai, ada jawatan pula tu.. Hhhmm.. kedengaran menarik kan? Mestilah kita tertarik hendak berkawan dengannya.Macam kita pilih buah tdi tulah, kita tertarik dengar si penjual tu mempromote kepada kita lantas kita pun merasa dan membeli. Kulit buah liamu tu pun nampak menarik je..Licin..Memang menariklah.. Bukan bermakna kita berkawan dengan si H tu atas kepentingan peribadi, tetapi, bila kita berkawan dengan orang yang baik dan rajin, kita pun akan merasa juga tempias baik dan rajin itu.

Seterusnya, sewaktu kita diberi peluang untuk merasa buah limau tu, si penjual hanya bagi kita rasa sebiji buah saja.Malah bukan sebiji pun, seulas dari buah tu saja.. Tapi, dengan mudah, kita membuat konklusi bahawa kesemua buah yang dijualnya itu manis-manis belaka. Kenapa kita berfikiran begitu? Hhhmm.. kerana itulah fitrahnya. Kita menganggap buah yang sebiji itu pasti datang dari pokok yang sama dan kalau bukan pokok yang sama sekalipun, mesti dari kebun yang sama yang menggunakan baja yang sama dan segala macam yang sama lagi yang membuatkan buah lain turut merasa manis seprti buah yang kita rasa seulas itu. Begitulah juga manusia. Kalau kita berkawan dengan yang baik-baik.. yang rajin-rajin.. pasti kita juga akan merasa tempias yang sama. Walau tidak dipandang baik oleh orang lain, pasti kita sendiri dapat merasa perubahan dalam diri kita. Ya, betul..ana tak tipu, sebab ini berdasarkan pengalaman peribadi.

Sebab, apabila kita bergaul dengan yang baik-baik, paling tidak, dalam satu hari, pasti kita akan mendapat satu pengajaran, satu nasihat atau satu makanan hati yang dapat membantu kita bertambah baik dari hari ke hari. Pentingkah? Ya.. sangat penting untuk menjadi kita yang baru setiap hari kerana berdasarkan hadis nabi Muhammad S.A.W,

" Sesungguhnya beruntunglah mereka yang hari ini lebih dari hari semalam, Rugilah mereka yang hari ini, sama seperti semalam dan Celakalah mereka yang hari ini lebih teruk dari semalam."

Sebab itu, kita digalakkan bermuhasabah diri kita selalu. Sekurang-kurangnya sekali sebelum tidur.Bermuhasabah, bertaubat dan berazam untuk lebih baik esok hari.

Dalam satu hadis nabi Muhammad S.A.W. yang lain , baginda bersabda " Jika berkawan dengan si pembuat besi, badan kita berbau busuk habuk besi. Jika berkawan dengan si pembuat minyak wangi, badan kita akan sentiasa harum mewangi.."

Tetapi, harus diingat, janganlah kamu sekali-kali mencela orang lain hanya kerana kamu ahlu sunnah wa jamaah sedangkan orang yang dicela itu ahlu bidaah. Faham tak ayat ni.Ayat ni ana jumpa dalam satu buku atau majalah ana tak ingat. Tapi, lebih kurang begitulah ayatnya.

Maksud ayat itu ialah, kalaupun sekalipun kalian adalah orang yang rajin ke surau, rajin solat, rajin berpuasa dan segala macam rajin lagi buat amal kebaikan, jangan sekali-kali mengata atau mengutuk orang yang kurang melakukan amal-amal itu. Kerana sesungguhnya, jika kamu mengata atau mengutuk orang itu, maka, kamu dan orang itu sama sahaja. Bahkan boleh jadi, kamu lagi teruk dari orang itu.Boleh jadi orang itu lebih baik dari kamu walaupun orang itu tidak melakukan amal-amal yang kamu lakukan. Mungkin orang itu, tidak buat seperti kamu kerana mereka tidak tahu.

Hmm...

OKlah..ana tetiba hilang idea dah nak tulis apa..hehehehe.. Jadi, tak ada penutup tak apa kan..hehehehehehe..oKlah.. salam tarbiyyah(^^,)

Friday, January 16, 2009

berusahalah walau sedikit....

Di keheningan malam ini, ana hanya mampu terbaring lemah dikatil ini...

"Ya Allah, penatnya.... Dari pagi ada kelas. Malam plak kena wat aktiviti surau."antara kata-kata yang pernah terlintas di benak hati..Malah, disebabkan kelemahan iman dalam diri ini, pernah juga hati kecil ini berdesis ingin berhenti dari semua ini..

Tetapi,

teringat ana akan tazkirah yang disampaikan Kak Biey,

"Adik-adikku, masih ingatkah tentang cerita Nabi Ibrahim A.S yang dibakar hiup-hidup oleh Raja Namrud? Bagaimana besarnya marak api itu, hinggakan berhari-hari api itu menyala tanpa terpadam walau sesaat..

Besarnya marak api itu, sehinggakan walau orang-orang cuba memadamkan api itu, api itu, tetap tidak pernah terpadam. Sehinngalah akhirnya semua orang tidak berusaha untuk memadamkan api marak itu.

Namun begitu, ada seekor burung kecil ini(asif, ana tak ingat burung apa)terus-terusan mengaut air menggunakan paruhnya. Perbuatannya itu, dilihat oleh seekor haiwan lain..

"Hai burung, kenapa engkau bersusah-payah mengambil air menggunakan paruh kau itu? Sedagkan engkau sudah maklum, air dari paruh kau itu, sedikit amat. Bukan setakat untuk memadamkan api itu, malah, baru seketika keluar air itu dari paruh kau, air itu sudah kering. Tidakkah sia-sia sahaja usaha kau itu?" tanya binatang itu.

Jawab burung itu,"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada hasiL.Allah melihat kepada usahaku. Semoga usahaku ini, akan menjadi saksi kepadaku di hari pembalasan nanti."

Cuba kita bandingkan usaha burung itu, dengan usaha kita hari ini...

Apa yang telah kita lakukan untuk memantu saudara seislam kita di sana?

Antara usaha yang kita patut lakukan ialah;

menderma - mereka amat memerlukan wang kita untuk membeli ubat-ubatan, makanan dan senjata. Tahukah kalian? Setiap pembedahan yang dilakukan disana, dilakukan tanpa bius... Ya ALLAH, kentalnya mereka...

menmboikot - kalau boikot hendak makan apa? huh, betulkah tiada makanan langsung selain McD, Milo, Nescafe, Maggi, Nestle dan Cadbury? Apa salahya kita tukar selera? Makanlah ayam goreng mamak, minumlah kopi cap Kapal Api atau Vico dan coklat jenama lain.. Tidak sedap? Alah, apalah salahnya makan yang kurang sedap sikit berbanding saudara palestin langsung tak merasa nikmat ayam goreng tu..

kepakaran - jika kalian pakar bedah tanpa bius, tolonglah bedah. Kalau kalian pakar kimia, ciptalah senjata untuk orang palestin. Kalau anda pakar pemakanan, ciptalah makanan agar tiada lagi orang merungut tentang masalah memboikot. Jika kalian pakar bercakap, bercakaplah untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan bersatu. Jika kalian belum menjadi pakar, berusahalah kearah itu..

doa- inilah senjata orang-orang mukmin. Dengan doa dan keyakinan kepada Allah, insyALLAH, semua perkara menjadi mudah...

Marilah kita sama-sama berjuang dijalan Allah demi menegakkan agama kita..

ALLAHUAKBAR!!!

Thursday, January 1, 2009

Al-Fatihah....

Suratul Fatihah... surah yang pasti semua umat Islam telah menghafalnya.. Malah, ana pernah berjumpa dengan sorang hamba Allah yang tidak beragama Islam yang boleh menghafal surah ini. Hanya mungkin hidayah Allah masih belum diberikan Allah kepadanya. InsyaAllah, suatu hari nanti. Paling kurang pun dalam sehari pasti kita akan membaca surah itu 17 kali sehari.

Namun begitu, antum-antuna fahamkah apa yang antum-antuna semua bacakan sebanyak 17 kali itu?? Setiap hari, kita membacanya sejak kita kecil.. Kalau umur kalian sama dengan ana, barangkali sudah 10 tahun lebih kalian membaca surah itu... Bayangkan jika 17 kali sehari sebulan sudah 510 kali, setahun 6120 kali. kalau sudah sepuluh tahun, hhmm... banyak kali dahla...

Kalau ana suruh kalian tafsirkan maksud setiap kata-kata didalam surah ini tanpa melihat mana-mana rujukan tafsir Quran mahupun bertanya kepada sesiapa.. mampukah kalian?? Hmm... renung-renungkanlah..Sama-samalah kita muhasabah diri ita kembali.

Bayangkan apabila seseorang datang kepada kita dan bercakap dengan kita tetapi apabila kita tanya orang itu apa maksud yang orang itu cuba sampaikan. Tetapai, orang itu jawab tak tahu.. sudah tentu kita akan menganggap orang itu gilakan???

Hhhmm.. jadi, adakah gila berlagak gila didepan Allah selama ini?? Masyallah... Sama-samalah kita muhasabah diri kita kembali...

Friday, December 5, 2008

insyALLAH

Ucaplah InsyALLAH di akhir setiap kata janjimu..

Kerana sesungguhnya, insyALLAH itu bermaksud dengan izin ALLAH. Memanglah sesuatau perkara itu akan terjadi jika kita hendak melakukannya. Jika kita berusaha untuk melakukannnya, tetapi sedarkah kita, setiap usaha, setiap tindakan kita, jika tanpa rahmat, kasih saying dan izin ALLAH pasti kejayaaan tidak bersama kita..

Ana teringat satu kisah yang an abaca dari majalah NUR yang diriwayatkan oleh hadis riwayat Bukhari, ada diceitakan tentang Nabi Sulaiman A.S yang memiliki 60 orang isteri.Dia berkata kepada dirinya, “Aku akan meniduri isteri-isteriku dalam satu malam secara bergilir-gilir. Sudah tentu, semua isteriku akan mengandung dan melahirkan anak-anak lelaki dalam satu masa yang sama. Dengan demikian , dapatlah aku bentuk satu pasukan berkuda yang terdiri daripada anak-anak lelakiku yang berjuang di jalan ALLAH.”

Padan malam yang ditentukan, Nabi Sulaiman meniduri isteri-isterinya secara bergilir dalam satu malam sahaja. Namun perancangannya tidak menjadi. Daripada 60 orang isterinya, hanya seorang sahaja yang hamil dan melahirkan seorang anak lelaki.

Rasullullah SAW mencerikan kisah ini dan mengulas dengan bersabda, ” Kalaulah Nabi Sulaiman menyertai azam atau hasratnya itu dengan kata-kata ’insyaALLAH’, sudah tentu semua 60 orang isterinya akan mengandung dan melahirkan anak lelaki, yang boleh dijadikan pasukan berkuda untuk berjuang di jalan Allah seperti yang diharapkannya.”

Pengajaran kisah ini amatlah jelas, bahawa setiap hamba Allah, yakni kita tidak mempunyai kuasa untuk menentukan berjaya atau tidak rancangan kita, walau serapi manapun perancangan kita buat.

Namun begitu, AWAS!!
Harus diingat, jikalau sudah menjadi amalan antum-antuna untuk mengucapkan kata insyALLAH itu, maka tidak seharusnya antum-antuna membiarkan janji tinggal janji.

Dalam satu kisah yang lain, terdapat seorang pelajar muslim yang belajar di luar negara. Alhamdulillah, walaupun sudah bertahun dia di perantauan, namun, iman di dada masih tebal malah makin tebal.

Hendak dijadikan cerita, dia ini suka belajar berkumpulan. Maka, selalulah juga dia belajar bersama-sama pelajar dari seluruh negara. Mereka selalu berjanji untuk berjumpa jam 3 petang dan disetiap kali berjanji pasti pelajar muslim ini akan berkata,”InsyALLAH”.begitulah setiap kali berjanji, pasti kalimah itu yang disebut. Baguskan??? Tapi, malangnya, pelajar muslim ini selalu lewat datang. Sehinggalah satu hari...

”Tomorrow at 3 o’clock again, okeyh?” tanya salah seorang rakan diskusi pelajar muslim itu.

”InsyALLAH” sekali lagi pelajar muslim itu menjawab sambil tersenyum.

Tapi, jawapan itu segera dipintas,” No! No more InsyALLAH! You must come at 3 o’clock!”

Terkesima pelajar muslim itu mendengar protes itu. Antum-antuna faham tak apa yang cuba ana sampaikan.? Kesimpulannya, janganlah kita mencemarkan keindahan maksud InsyALLAH itu… perkataan InsyALLAH itu, dilafazkan ibarat satu doa mudah-mudahan ALLAH memudahkan kita melaksanakan tanggungjawab, janji dan perancangan kita. Tapi, jangan hanya berharap pada kata-kata itu sahaja, kita sendiri harus berusaha kearah itu… INSYALLAH kejayaan pasti bersama kita(^^,)