Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

HARAPAN

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah..
Hari ini rahmat hujan membasahi bumi
setelah hampir dua minggu bumi kepanasan..

Sesungguhnya ALLAH Maha Pemberi Rahmat

Seterik mentari
Sebahang sang matahari
Begitulah kuatnya aura KUNING di bumi kelahiran ana

Baru hendak surut,
ada saja arang lain yang disumbat..
hanya ISTIGFAR penyejuk hati..

ALLAHuakbar...


Saat ini hati ini sudah sesak dan lemas dihantui amarah dan benci
maka, semalam penyejuk hati kak Hasbieyana dan zauj nya berjaya meredakan marah dihati
owh..
baru seminit bersua, sudah membuah rindu dihati.. ^_^

gambar pula lupa diambil semalam..
sebagai pengubat rindu jom tersenyum melihat wajah-wajah comel permata dunia yang baru lahir
sehening wajah menggambarkan kesucian wajah mereka..









semoga satu hari nanti, 
ana akan mendapat anak yang soleh solehah penyejuk hati...
pembela agama...
insyaALLAH ^_^







Thursday, March 1, 2012

maaf

Bismillahirahmanirahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Moga kasih dan sayangNYA sentiasa milik kita bersama-sama redhaNYA
InsyaALLAH
^_^



Benarlah sesungguhnya hidayah ALLAH itu hadir dalam pelbagai bentuk
juga dalam pelbagai cara
dan
di pelbagai tempat

Ada yang melalui pencarian
Ada yang melalui kebetulan
Ada yang melalui teman
Ada yang melalui alam semesta

Sesungguhnya itulah nikmat terbesar yang sedang kita kecapi kini
nikmat iman dan islam
Alhamdulillah
^_^


Dalam mengharungi setiap saat dan detik
pasti kita tersadung bertemu khilaf dan silap
melukakan sang sahabat mahupun teman
itu biasa


dan kita selalu berkira-kira
untuk memaafkan dia
dek kerana sakit dihati masih bersisa


bertambah perit tatkala orang yang dimarahkan itu terpaksa disua saban waktu



namun,
pernah terfikir apa yang dirasa sahabat kita tatkala dia marahkan kita?



mampukah dia tersenyum manis saat menatap kelibat kita?
mampukah dia berjabat mesra bagaikan semalam tidak wujud?



dan
disaat kita bersalah, apa harapan kita?


antum,


ana tidak pasti..
yang pasti, ana selalu mengharapkan ana dimaafkan
kerana ana juga manusia biasa..
yang kerap kali
 tergelecek
tersadung
dan 
tersungkur





maafkan ana disetiap khilaf ana ye..
T_T






seorang sahabat bertanya ana, apa yang ana lakukan jika ana marahkan seseorang



.........






ana terdiam kerana disaat itu memang ana sedang marahkan seseorang
tiada jawapan yang mampu ana tuturkan


soalan diteruskan




bagaimana hendak memaafkannya?







.....










diam lagi







...








akhirnya ilham dari Allah dititipkan buat ana
" Memang susah hendak memaafkan. Tetapi, berazamlah dan berusahalah untuk memaafkan. Kesian dia, dia pun hendak masuk syurga juga.. Jangan disebabkan marah kita, dia tidak menerima syurga.."




jawapan itu juga sebenarnya untuk mengubat marah dihati ini




Alhamdulillah ya Allah diatas jawapan itu





insyaALLAH marah makin surut





sesungguhnya harga sebuah ukhwah itu lebih mahal dari harga marah ana
terlampau mahal dan bernilai untuk ditukar ganti
ukhwah fillah
^_^


Sunday, February 5, 2012

cinta


Bismillahirahmnirahim

Saat ini hati ini ingin berbicara soal cinta.


Ya!! Cinta itu satu perasaan misteri.
Hadirnya tanpa disedari..
Hadirnya membawa seribu satu reaksi yang seringkali dilakukan diluar sedar..
Ada orang jadi tersipu malu bahana cinta
Ada orang jadi super ceria
Ada orang jadi tidak tentu arah
Ada orang tenang tanpa bicara..

Tetapi, dalam hati siapa tahu.. kan?


Bagi ana
Cinta itu selayaknya untuk ALLAH
Namun, cinta untuk manusia tetap tidak dinafikan
Cinta kepada mak ayah
Cinta kepada sahabat
Cinta kepada saudara
Cinta kepada suami


Ya!


Hanya suami
Bukan bakal suami
Kerana bakal suami tidak semestinya suami



Biarlah judul cinta ini hanya pada dia si suami
Yang insyaALLAH
Akan menerima gelaran itu suatu masa nanti
insyaALLAH
yang akan membantu menambahkan kecintaan ana kepada DIA
Pemilik cinta Yang Hakiki
(^_^)



Saturday, January 28, 2012

bingkai masa

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah setelah puas bercuti di kampung, akhirnya pulang berjuang di medan jihad...
cehh.. bunyi macam hendak pergi berperang pula kan?

Apa erti jihad pada antum?
Ana percaya apabila sebut jihad,
mesti bayangan pedang terlintas dimata kan?



sebenarnya jihad ni ada banyak
jihad akedemik
jihad wang
jihad tenaga
jihad masa





jihad masa?
hhmm... macam mana tu..

kalau dilihat dari sudut definisi
jihad beerti melakukan dengan bersungguh-sungguh
masa sama erti dengan waktu

jadi,
jihad masa = melakukan dengan bersungguh-sungguh waktu?

errr... ana pun dah jadi pening..
hehe

ok, pada ana
jihad masa = menggunakan masa dengan sebaiknya

bagaimana hendak menggunakan masa dengan sebaiknya?
iaitu dengan merancang masa antum
DAN
mengikut perancangan antum

dulu waktu sekolah masa tingkatan lima
ana pernah ikut satu kem
dalam kem tu, ana disuruh buat bingkai masa ( in english we called it time frame)
bukan yang macam dalam muka buku tu
dalam bingkai masa tu kita dah letak target kita



pada usia sekian-sekian kita adalah siapa
pada usia sekian-sekian kita ada dimana
pada usia sekian-sekian kita ada berapa orang anak
(hehe.. yang akhir tu tambahan je..)


itu contoh perancangan masa panjang
untuk perancangan masa pendek pun sepatutnya ada
supaya hari-hari yang dilalui tidak berlalu kosong







sebaiknya malam sebelum tidur, rancang dulu apa yang perlu dibuat esok
rancang setelah memuhasabah diri apa yang telah dibuat hari ini
adakah perancangan hari ini telah diidi dengan sebaiknya?


jika tidak,
maka buatlah yang lebih baik esok hari
moga dengan usaha yang sedikit ini
dapat membantu kita menjadi muslim yang lebih proaktif
yang sentiasa lebih baik dari semalam
insyaALLAH
(^_^)



Ketahuilah,
masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu, 
tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu. 
Apabila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu, biarkanlah. 
Maka wajib atas kamu menghitungkan pula masa yang di hadapan
itu 
pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.





Tuesday, January 3, 2012

2012

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, sekali lagi kita masih diberi nikmat islam dan iman...
Diberi nikmat nyawa untuk terus menyemai pahala
agar dapat dijadikan bekalan ke padang masyar kelak..


Bagaimana tahun baru anda kali ini?
Meriah dan menarik?

Moga sambutan itu tidak melampau-lampau dan membazir..

Ana?
Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang memeriahkan suasana di dataran Shah Alam
Sambutan yang boleh dikatakan biasa-biasa sahaja tentatifnya
tetapi,
menjadi hebat kerana dihadiri ulama terkenal
Ustaz Azhar Idrus


Subhanallah...
Memang hebat penangan ustaz ini..
Berpuluh ribu orang yang hadir..
Moga permulaan yang hebat di tahun ini menjadi pemangkin untuk terus menghebatkan hari-hari seterusnya
InsyaALLAH 
(^^,)


Tahun 2012
Diharap akan terus bersinar dengan kerlipan sinar hidayah dimerata tempat dibumi ALLAH

Untuk ana sendiri,
ana berharap
segala perancangan untuk tahun ini berjalan sebaiknya
tolong doakan ana ye..
sebab mungkin ada diatara antum sekalian yang doanya dimakbulkan ALLAH
tolong doakan ana ye..
moga tahun ini lebih hebat dari tahun sebelum-sebelum ini..
InsyaALLAH
(^^,)

Friday, August 13, 2010

senyum

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah, sudah tiga hari kita dijengah Ramadhan Al-Karim..
Moga-moga Allah terus merahmati kita sepanjang kita didalam bulan penuh barokah ini..

Tadi,
ana berkesempatan menolong sahabat ana yang membuka gerai di bazar Ramadhan..
Kak Has yang pertama kali ana kira menjaga gerai, mengeluarkan satu penyataan..
" Hari ini akak belajar satu perkara, SENYUM"
Dan ana tersenyum medengar pernyataan itu..

Sebenarnya,
itu adalah salah satu sebab kenapa ana suka menjaga gerai..

Seorang penjual semestinya memaniskan muka kepada semua pelanggan
walau seteruk mana pun moodnya ketika itu..
Biar pun pelanggan itu cuma menjengah membelek-belek tanpa membeli..


ya
itu antara akhlak yang seharusnya ada pada setiap peniaga..


Satu emel yang ana terima dari Dr Inspirasi. Kata beliau,
sebenarnya,

kita akan gembira bila tersenyum
dan
bukannya tersenyum bila gembira

satu penemuan yang betul-betul berjaya mengubah hidup ana..

kini,
setiap kali ana murung, sedih atau tidak bersemangat
ana pasti mencari sesiapa atau apa-apa yang akan membantu ana tersenyum
agar
segala kemurungan dan kesedihan itu hilang dibawa angin



malah,
senyum itu adalah salah satu bentuk sedekah..






jadi,
jom senyum(^^,)




Tuesday, May 11, 2010

gagakku hensem..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah.. beberapa hari lepas, ana selamat mendarat di kampung halaman.
tapi, seminggu cuma tempoh diberi..
huhu..
lepas itu,

kena balik ke lapangan ilmu yang sibuk itu..
tak mengapalah..
nama pun berjuang kan??
kenalah berkorban

setibanya ana di rumah rehat (R&R), ana termenung melihat alam sekeliling sementara menanti abah ana datang mengambil ana.



Tiba-tiba,
beberapa ekor burung gagak terbang-terbang sekitar ana..
huhu..
takut gak..
sebab takut burung tu patuk ana...
huhuhu..

tapi,
dalam diam ana kagum dengan kehenseman burung itu..
hohoho
apakah itu??
betul
ana tak tipu
burung gagak hensem
bak kata siapa ntah dalam iklan
Hitam itu menawan

burung gagak ni sebenarnya kalau tengok betul-betul

hensem
bergaya
smart
menawan

tapi,
kenapa kita tak sukakan burung ini??

ya
tepat sekali!!
sebab
burung ini perangainya tidak senonoh
kotor
makan sampah



macam itu jugalah kita manusia
biarlah cantik bergaya macam mana sekalipun
kalau perangai hodoh buat apa kan??


dalam bahasa lain
akhlak mencerminkan peribadi
kalau hensem macam mana sekalipun
tinggi mana sekalipun ilmu anda
kalau akhlak anda kurang
salah sikit mengeluh
salah sikit mencarut
salah sikit mencela
apa gunanya kan??


jadi
jom kita upgrade akhlak kita
jaga akhlak
jaga bahasa
jaga iman


jom(^^,)

* sebenarnya teguran untuk diri sendiri juga.. huhuhu..*


p/s: teringat pernah terbaca peristiwa burung gagak menunjukkan Qabil cara menanam saudara yang dibunuhnya Habil.


Monday, April 12, 2010

apa itu islam??



assalamualaikum
selamat pagi..
selamat hidup kembali.. (^^,)

dah solat?
hhmm..
semalam kita solat
tadi kita solat
sekejap lagi dan esok...
insyallah kita akan solat lagi..
kerana apa??
kerana kita umat islam..
solat itu tiang agama..

tapi,
apa itu islam??
hah.. siapa mahu jawab??
hehehehe

kalau ditanya kepada kamu..." apa itu islam " oleh seorang bukan beragama islam,
apa jawapan yang mahu disua??

huhuhu... pernah terfikir tak kamu?

mungkin kamu akan jawab..
islam itu agama... hehehehe..
islam itu secara bahasanya bermaksud selamat..
islam itu indah..
islam itu mudah..
islam itu.. islam ini..

tapi, ada satu jawapan yang betul-betul mengujakan ana..







islam itu hati kamu...

kenapa hati??

kerana islam itu menyuruh apa yang hati kamu mahu dan suka buat dan
melarang apa yang hati kamu tak suka dan mahu buat..

wah..
menarikkan islam(^^,)

mungkin akan ada yang cakap..
owh..
kalau begitu, saya suka bercinta dengan kekasih saya
maka,
bolehlah saya bercinta dari sudut sisi islam..

hohoho..
sudah tentu boleh sahaja bercinta tetapi selepas berkahwinlah..
bukankah yang halal itu yang terbaik.. (^^,)
lebih manis..
lebih indah..
lebih berkat..

kalau ditanya kepada yang sedang bahagia bercinta itu pun
pasti ke pintu gerbang perkahwinan itu yang mahu dituju..
hah
kan betul ana cakap tadi..
itu kan suara hati kamu..
mahu berkahwin..
dan
itulah yang islam suruh sebenarnya

bukan tak boleh bercinta
bukan tak boleh berjumpa ber'dating' atau apa saja ber..
tapi,
kahwinlah dulu..
kerana didalam perkahwinan itu ada keberkatan..(^^,)

contoh lain..
kamu tak suka lihat orang bersikap biadap..
kamu tak suka lihat orang bercakap tak senonoh..
begitu juga islam..
islam pun tak suka juga..
sebab itu islam suruh bersopan-santun dan menjaga akhlak..
mungkin akan ada yang cakap..
ala, saya ni bukannya minah ayu..
nak bersopan santun..
nak lemah lembut..
lagipun saya tak suka nak berkelakuan hipokrit ni..

huhuhu..
siapa pula yang suruh kamu berhipokrit..
sopan santun tak semestinya mesti ayu..
bercakap yang sopan tak semestinya hipokrit..
mahu jadi rock?? boleh saja..
tapi, tak payah sampai cara cakap pun nak di'rock'kan..
tak payah sampai nak ikut orang-orang yang sedang meng'rock'kan diri mereka tu..
tak seronok pun..
sebab itu bukanlah apa yang hati kamu mahu..
maka, bersederhanalah dalam setiap perkara..

oklah,
sampai sini dulu..
sebab hati ana berkata ana perlu belajar..
sebab hati ana mahu cemerlang dalam peperiksaan yang bakal menjelma beberapa hari lagi..
maat taufiq wa najjah fil imtihan wat semua yang sedang bergelumang dengan peperiksaan..(^^,)








Saturday, March 20, 2010

SENYUM =)



Dua beberapa hari yang lalu.. ketika ana sedang berjalan-jalan mencari tempat program pertandingan debat yang diadakan di kolej ana, ana dengan tiba-tiba terserempak dengan seorang adik surau. Namanya, ooppsss... terlupa plak.. hehehehe.. maafla ye dik..

Setelah bersalam-salaman dan bertanya khabar, adik itu memulakan luahan hatinya..


"Kak, saya tension la kak skrang ni.."

"Laa... kenapa tensen plak?"

"Banyak asignment la kak.. pastu kuiz, test.. Tiap-tiap minggu ada.. Result pun tak ok.."

"Alaa.. biasala tu dik.. akak pun lebih kurang je.."

" Hhhmmm... Saya tak fahamlah apa yang saya belajar kak. Rasa macam nak tukar kos je.."

"Eh, janganlah sampai macam tu dik.. Kalau tak faham, jumpalah lecterur, tanay soalan.. takpun, tanya kawan.. Jumpa senior-senior ke.."

"Senior tak kenallah kak.. Lecterur garang sangat.."

"Ok, adik kos kejuruteraan kimia kan? Takpe, akak ada kawan kos ni juga.. nanti akak kenalkan dia pada adik.. adik tanyalah dia apa yang tak faham.."

"Hhhmm... Ntahla kak.."

"Takpe dik, mesti boleh buat punya. Ibnu Sina pun bila dia ada masalah dan tak dapat selesaikan, dia berhenti dulu dan solat sunat dua rakaat.. Adik pun buatla macam tu.. mana tahu berkesan.."

"Hhhmm.. Akak ni nampak tenang je.."

"Aishh... adik jangan cakap macam tu.. akak ni pun lebih kurang je dik.. Test, kuiz bukannya ok sangat pun.."

Hhhhmmm.... lebih kurang begitulah perbualan anatara ana dan seorang adik surau tu..
Duhai adikku, andai kata kakakmu ini sibuk memikirkan masalah-masalah diri, mungkin kita tidak bersua hari ini..
Dek kerana sibuk melayan masalah..

Andai kata kita bertemu sekalipun, mungkin adik tidak sanggup menegur akak..
Dek kerana keseriusan dan kesuraman muka akak..
Oleh itu, kenapa memilih yang negatif andai yang positif terhidang didepan mata..

Janganlah masalah, beban dan kerunsingan mengeruhkan jernih wajah kita..
Kerana berwajah tenang sebenarnya membantu menenangkan jiwa juga(^^,)
Maka, senyumlah selalu..
Di bawah ana lampirkan lirik lagu Senyum nyanyian Raihan.. Hayatilah..


p/s: lagu cari sendirila eh.. hehehehe


Artist: RAIHAN
Title: SENYUM

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah


Jadi, apa lagi dik????
Jom.. SENYUM...(^^,)


Tuesday, March 16, 2010

di suatu petang...

Petang itu, seperti menjadi rutin biasa diri ini,
ana berjalan-jalan di pasar malam..
sambil membantu teman menjual barang jualannya..

Direnung dan ditatap wajah pembeli dan penjual disitu..
Semuanya Islam...
Alhamdulillah..
Ramai sungguh umat Nabi Muhammad saat ini...
Comel-comel belaka..

Di gerai menjual rojak itu, kulihat dua wajah comel milik kanak-kanak lelaki..
Asyik melihat ayahnya membuat rojak..
Comel..
Lalu, ana dan sahabat ana pergi mengusik anak itu..
Kami mendapat respon..
Hati girang gembira bermain dengan anak-anak itu..
Tambah teruja bila dapat tahu, anak itu bernama Abdullah Fahmi dan Abdullah Fahim..
Hehehehe..ana peminat Abdullah Fahmi sebenarnya.. tu yang teruja semacam sikit..(^^,)

Dalam keasyikan melayan kerenah si comel, ana titipkan doa...
moga mereka menjadi pemuda harapan agama suatu hari nanti.. Insyallah..
moga Islam dan Iman tidak pernah jauh dari hati mereka..
moga Allah dan Rasul sentiasa dihati.. Aminn...

Di satu sudut lain,
dilihat dua anak lelaki yang sedang menginjak remaja..
sekitar belasan umur mereka..
tika itu, waktu maghrib..
Apabila ditanya sudah solatkah maghrib???
jawapan yang diberi, " errmm... insyallah" sambil tersenyum, senyum..
lalu pesanan dititipkan agar selepas ibu pulang dari surau, adik pergila solat pula..
anggukan tanda baik, ana terima..
namun..
sehingga isyak..
mereka tetap digerai..

huhuhuhu...
salah siapakah???
anak-anak itu atau ibu bapa yang tidak mengambil tahu..
sudah banyak kisah yang ana terima..
kebanyakkan masalah yang anak-anak ini alami, berpunca dari ibu bapa sendiri..
walaupun,
rata-rata kita lebih suka menyalahkan anak-anak itu yang salah pilih kawan...

duhai ibu,
duhai ayah..
bukan niat dihati ingin salahkan mu..
kerana engkau telah terlampau banyak berkorban untuk kami..
engkau telah banyak memberi kepada kami..
engkau telah terlampau berjasa kepada kami..
sehingga apa pun yang kami lakukan..
takkan pernah mungkin dapat membalas segala itu dan ini yang kau lakukan pada kami..

tapi mak.. ayah..
kami juga hamba Allah..
kami juga umat Muhammad..
yang akan diadili di akhirat sana..
yang akan dihisab di hujung nyawa kami..
yang akan mendapat balasan berdasarkan amalan kami..

maka,
tolonglah bimbing kami wahai ibu.. wahai ayah..
kerana kami bimbang..
kerana kami gusar..
andai kami tidak dapat kesyurga disana..
bersama-samamu..
kerana bekalan itu tidak kami perolehi..


hhmmm....
mungkin inilah luahan hati anak-anak itu dalam tak sedar..

maka,
buat sahabat-sahabat ana yang bakal bergelar ayah dan ibu..


tolonglah..
tolonglah..

janganlah kalian mengabaikan bekalan akhirat..
disamping bekalan dunia..
sedih hati ini tatkala melihat amalan si ibu yang melimpah-limpah..

tapi,

anaknya..
sampai tak tahu nak buat amalan apa...


janganlah begitu wahai sahabatku..
kerana bimbang.. takut-takut..
dek kerana kealpaan kita mengajar anak kita suatu hari nanti..
menjadi penyebab kita dihalang memasuki syurgaNYA..

maka,
dengan itu..
ayuhlah..
kita mulai sekarang mengorak langkah menimba ilmu..
ilmu duniawi dan ukhrawi..
agar diri ini menjadi berilmu..
untuk disampaikan kepada anak-anak kita nanti..
disamping sebagai bekalan kepada diri kita.. (^^,)

p/s: post ini tidak membawa maksud ana dah nak kahwin..
tapi, sekadar sebagai peringatan.. ~~

Friday, February 19, 2010

pujangga cinta

dah lama tak mengupdate blog..
mahu update..
tiada curahan ilham pula..
ana titipkan gambar kata-kata pujangga berkaitan cinta..
mungkin ada kata-kata itu yang berbekas dihati..
renung-renungkan...(^^,)




p/s : untuk gambar yang lebih jelas, klik pada gambar tersebut...(^^,)



Sunday, January 10, 2010

MaaF


"Kenapa eh diorang minta maaf eh?" tanya seorang adik kepada kawannya selepas habis solat isyak tadi..

hehehehe... wahai adikku sayang..
kenapa kami selalu meminta maaf setiap kali selesai solat berjemaah..
kerana itulah salah satu cara kami merapatkan ukhwah..
kata maaf mungkin kedengaran murah dan mudah diucapkan bila selalu diucapkan..
tapi, percayalah, ia sebenarnya sukar diungkapkan bilamana kata maaf itu benar-benar diperlukan..

pernah terjadi pada ana sendiri, bila mana ana rasa bersalah sangat pada seorang sahabat itu, selepas solat, rasa macam nak lari jer..
tak mahu salam dengan dia..
tapi, bila memikirkan, sampai bila mahu dipendam rasa bersalah itu, maka,
tangan dihulur, maaf dipinta..
maka,
hubungan yang suam-suam kuku kembali hangat(",)
alhamdulillah..

Teringat ana pada kata seorang teman sekolah ana dulu,
" Kalau kata maaf terlalu kerap diungkapkan, maka, mana nilainya kata maaf itu?"

Hhhhmmm... ana cuma diam tapi, tidak bermaksud ana setuju dengan pendapatnya.
Sebenarnya, walau sekerap mana pun kata maaf diungkapkan, andai ia lahir dari hati yang ikhlas,
maka, ia sebenarnya semakin mahal semakin hari..
bahkan akan membantu menambahkan rasa rendah diri dalam diri kita..
pernah tak terfikir, dalam sedar atau tidak..
kita mungkin telah melukakan hati sahabat kita??
mungkin kita rasa tindakan kita betul walau dia kecil hati..
tapi,
apa salahnya kita mengalah dan meminta maaf andai itu mampu menghangatkan suasana??

betul tak??
itu pandangan ana..


"Kalau dengan kata maaf segalanya mampu selesai, kenapa harus ada polis?" suara lain pula bersuara..

Polis diciptakan kerana wujudnya orang-orang yang enggan meminta maaf dan memberi maaf..
Kalau semua mengamalkan sifat maaf memaafkan.. mungkin polis tidak sesibuk sekarang..
Makhamah juga tidak perlu memikirkan hal-hal yang remeh..

Betul, sekarang ni banyak sangat kes-kes remeh dibicarakan..
anak saman ayah..
kawan saman kawan..
jiran saman jiran..

aduhh..
bila perkara-perkara kecil dibicarakan..
bila umat islam mahu faham erti islam yang sebenar??

tadi, ana buka satu blog yang disarankan sahabat ana..
sebenarnya, dah beberapa minggu yang lepas sahabat ana sarankan kepada ana..
tapi, baru hari ini rajin nak membaca..
hehehehe...

dan,
keputusannya..
amat mengejutkan..
kita, umat islam amat jauh ketinggalan..
kita telah didoktrin sejak beribu-ribu tahun dahulu..
masyallah..
kalau isu ukhwah dan maaf masih lemah..
bagaimanalah nak selesaikan hal yang lebih besar??

renung-renugkanlah duhai sahabat-sahabat sekalian...