Showing posts with label cerita hidup. Show all posts
Showing posts with label cerita hidup. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

baru ^_^



Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah..
sudah hampir seminggu kita melangkah ke tahun baru..

2013

Moga-moga tahun ini semakin bermakna
juga semakin dekat kita dengan Allah
terasa seperti baru semalam menyambut tahun baru 2012
sudah pula masuk 2013..
begitu cepat masa berlalu..
amalan pula tidak begitu kencang..
Allahurabbi..
Ampunkan hambaMU ini Ya Allah..

Banyak benda baru yang dapat ana kongsikan



Tahun ini dapat mengajar kelas baru
Dapat pelajar baru
Dapat kenderaan baru
Dapat masuk rumah baru
Dapat housemate baru ^_^

Alhamdulillah
Housemate baru ini sangat baik
sangat penyayang
sangat menggembirakan




Alhamdulillah

Moga-moga bahagia ini berkekalan
^_^

Jom kita jadikan tahun baru ini tahun yang bermakna
Kita topup ilmu kita
Kita tambah amal kita
Kita garap bakat kita
^_^

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...
(Ar-Radd : 11)

Maka, 
antumlah yang sepatutnya menentukan kebahagian antum sendiri.
Jom bina bahagia dengan selalu dekat dengan Allah.
InsyaAllah
^_^







Wednesday, October 3, 2012

Utusan Raja Sehari


Bismillahirahmanirahim


Alhamdulillah
Setelah beristiqarah dan bermusyawarah dengan pihak yang sepatutnya
akhirnya
kata putus diambil

perutusan raja sehari pun menjelma







mohon doa dari semua
moga ini yang terbaik buat kami
moga urusan ini didalam redha Allah
moga berkah dan rahmat Allah sentiasa mengiringi usaha kami
insyaAllah






doa kalian amat kami perlukan
^_^



Tuesday, September 11, 2012

cerita ceritu..

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, setelah ber'foya-foya' selama beberapa bulan,
melepas geram penat di kampus barangkali,
hari ini,
sudah mula mengorak langkah
dalam usaha
untuk terus istiqamah mencari redha Ilahi

moga segala leka dan lalai mencari damai itu
dikira juga serba sedikit sebagai nilai ibadahku
yang menjadi bekal di padang Masyar nanti
insyaALLAH..


Sekarang ini, status diri bergelar seorang guru
Mengajar di sekolah rendah maahad tahfiz
Pagi membantu pengurusan di pejabat sekolah
Petang mengajar juga mendidik
serba sedikit anak-anak cerdik bakal ulama' ini
insyaALLAH



Sedikit mengenai sekolah ini

Sangat baru 
Masih banyak perlu ditambah baikkan
Moga sekolah ini terus bertahan hingga ke akhirnya
insyaALLAH


Bekerja dimana pun pasti ada susahnya
Tekanan datang bertimpa-timpa
Naluri seorang ibu barangkali,
membuatkan ana jatuh cinta dengan anak-anak disini
^_^

Anak-anak ini dilatih sejak kecil untuk berdampingan dengan Al-Quran
Pagi menghafaz Al Quran
Petang belajar akedemik
Seimbang dunia akhirat
Berjaya hidup mereka insyaALLAH



Doakan
moga ana terus kuat disini
jika ini yang terbaik buat ana
insyaALLAH
^_^





p/s :  saje je nak update perkembangan diri.. ^_^

Thursday, August 2, 2012

akhirnya ^_^

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah..
Perjalanan 4 tahun dibumi kampus
semakin menemui pengakhiran
segala pahit, manis, masam dan kelat
kini tinggal kenangan



kenangan yang tidak akan dilupa
malah akan ana genggam erat
buat pedoman masa depan

sesekali ditikam sahabat sendiri
sesekali kepercayaan dikhianati
sesekali dipandang hina

itu adat dunia
tidak semua memandang kita makhluk ciptaan Allah yang sempurna selalu
kerana
sememangnya manusia itu tiada yang sempurna

secara hikmahnya ALLAH mengajar ana agar lebih berhati-hati
bak kata pepatah melayu

"Rambut sama hitam, hati lain-lain"

sekali terkena selamanya ingat
mungkin akan ada berkata

"sesungguhnya memaafkan itu lebih baik"

namun, 
ana lebih gemar mengambil iktibar

"orang yang jatuh sekali dan bangkit semula itu orang yang sentiasa belajar dari kesilapan
orang yang yang jatuh berkali-kali ditempat yang sama itu tidak pernah belajar"

maka,
anda pilihlah mana satu yang anda mahu jadi



namun, 
kenangan manis juga ternyata banyak



kenangan masak bersama
kenangan sesat bersama
kenangan demi kenangan
membuatkan diri ini selalu merindui kalian
moga perjalanan dimasa depan akan lebih manis untuk diterokai
insyaALLAH


sahabat
ketahuilah
diri kalian sangat bermakna buat diri ini
melalui kalian kecintaan kepada ALLAH semakin memekar
melalui kalian juga kerinduaan kepada Rasulullah SAW semakin menggebu

maka,
tidak mungkin nama kalian akan terhapus dari memori ana
melainkan dengan izin ALLAH SWT

selepas ini
masing-masing akan bertebaran keserata tempat 
meneruskan perjalanan
mencari keredhaan ALLAH
moga kalian selalu diredhoi dan diberkati ALLAH selalu

kenanglah diri ini didalam doa kalian selalu
wassalam
^_^



Tuesday, July 3, 2012

menyendiri

Bismillahirahmanirahim

Kadang-kadang, kita perlu masa untuk menyendiri..
Salah satu simtom-simtomya ialah 
bila mana soalan-soalan yang dulu kita senangi 
kini menjadi sesuatu yang sangat kita mahu hindari


terasa serabut dengan segala perhatian anda



Jadi,
bila nampak diri ini mula berkelakuan pelik
itu tandanya
diri ini mahu menyendiri




Maka,
jangan tanya banyak sangat..
bimbang ada yang terluka pula nanti..
huhu..


notakaki : sekarang banyak post yang meluah rasa.. huhu.. maaf !



Sunday, June 24, 2012

miss independent ^_^

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, manusia kerdil ini semakin lama semakin berjaya sesuaikan diri
sesuaikan diri dengan suasana baru
suasana tanpa teman, sahabat serta saudara di baitul sumayyah itu
semakin lama semakin belajar
alhamdulillah


Dulu, hampir tersungkur
bagaikan mahu berpatah balik dan pergi berdampingan dengan mereka kembali

namun,





Allah lebih tahu yang terbaik
DIA tahan diri ini dengan bermacam sebab
dan akhirnya
diri ini masih disini
bersama sahabat seperjuangan juga
yang semakin berjaya dimengerti
alhamdulillah
^_^



Semalam, 
dia buat ana terharu sangat
dalam kemalasan untuk beribadat
saat iman semakin menipis
dia naik ke atas
membawa makanan dan air
diberi kepada ana
demi menikmati nikmat sahur itu bersama





Allahuakbar
mulianya pekertimu
tidak pernah mahu kutip pahala seorang diri

terima kasih sahabat
sayang awak ketat-ketat

^_^



Thursday, June 14, 2012

hilangnya kerlipan bintang itu..

Bismillahirahmanirahim




walau tidak pernah kubersua muka dengannya, 

walau tidak pernah kudengar lunak merdu suaranya..
namun pemergiannya sangat kurasakan.. 
itulah hikmah seorang ulama.. 
dari jauh kukesilauan melihat sinar bintangnya.. 
ALLAHhurabbi.. 
moga dia bahagia disana bertemu Syurga yang juga merinduinya....

antara mutiara hikmah yang mampu kutitipkan
dipetik dari bicara almarhum Datuk Hj Yahya Othman
buat pedoman kita yang selalu alpa ini...






1. Taqwalah kamu kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa


2. Beramallah dengan al-Quran (العمل بتنزيل)

3. Siap siaga selalu dengan kematian

4. Redha dengan perkara yang sedikit

Mari berlari ke Tanjung Rhu,
Sambil galas buah perpat,
Kalau diri mencari guru,
Baru jelas jalan makrifat!




Tuhan, kau santunilah roh murrabbi ini dengan keampunan dan kerahmatan-Mu ;'(



dalam tidak sedar, air mataku menitis jua..




Sunday, May 27, 2012

masalah =(

Bismillahirahmanirahim

Bila ada masalah,
siapa yang suka?

Ana ada masalah sekarang
Rajuk ana pada dia masih belum hilang

Walau selalu bertemu,
manis diwajah sudah tiada

Walau selalu beristighfar saat marah memuncak
Geram dihati masih membeku

Hhhmm...
Ana letih menyeksa hati

Orang cakap kalau selalu marah
Hati penat

Kesian hati ana
Dari mula marah sampai sekarang
penat itu masih belum hilang

Ana sedih dia buat begitu
Tapi,
dia macam tak dak perasaan
Muka sombong buat makin menyampah

Hhhmm...

Ana bukan malaikat
Sakit dijiwa tak mampu nak tanggung lama

=(



Tuesday, May 15, 2012

Gembira

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah
selepas semalam
hari ini menulis lagi
ana sekarang sedang cuba menggilap sinar penulisan
harap-harap tidak jadi hangat-hangat kek coklat saja..
hehe..



Gembira?
Sekarang ini gembirakah ana?
hhmm...
apa pun perasaan ana saat ini
hanya lafaz syukur yang selayaknya ana titipkan..


Beberapa hari lepas
usai liqa' bersama murabbi Ustaz Mohd Ridhaudin
ana sangat gembira




kerana liqa' itu ibarat reunion kecil-kecilan kami adik-beradik Kulihat Hijau
dulu
boleh dikatakan setiap minggu jumpa
jumpa atas urusan
sampai hampir tidak rasa manis ukhwah sangat
sebab
tiap kali jumpa mesti dan harus serius
sekarang sudah tidak jumpa atas urusan
cuma menyapa di alam maya
sambil-sambil saling mengingatkan tentang hala tuju masing-masing
manisnya ukhwah makin mekar 
^_^


Ya!!
Sesungguhnya itulah manis selepas pahit


Sebelum kami tekun mendengar azimat ustaz
Ustaz minta setiap kami nyatakan perancangan dalam 3 tahun lagi
Nyata
Semua masih teraba-raba
Masih mengharap bimbingan dari ustaz-ustazah
yang terlebih dulu makan garam



Ustaz bilang
"Jadilah apa jua yang antum mahu jadi. Tiada yang salah, tiada yang betul.
Siapa cakap kalau ambil bidang kejuruteraan, mesti akhirnya jadi jurutera?
Siapa cakap kalau ambil bidang undang-undang, akhirnya dia jadi peguam?
Kalau ambil bidang jurutera, tapi minat jadi cikgu tadika, maka, pilihlah untuk jadi cikgu tadika.
Cikgu tadika itu bagus dan penting untuk kelangsungan ummah akan datang.
Jadilah apa sahaja, asalkan kamu minat dan itu membawa kepuasan dan kegembiraan.
Kegembiraan akan memandu anda untuk hidup lebih bahagia dan penuh rasa syukur.
Rasa syukur itulah yang membawa kepada kesejahteraan."




Banyak lagi azimat-azimat ustaz.
Juga diceritakan realiti masa kini, yang baru kami tahu.
Terdiam dan termenung kami dibuatnya.


Namun, hadirnya ustaz sebentar cuma.
Itu pun atas urusan lain.
Dan kami ambil kesempatan itu, menculik ustaz sebentar demi mengubat rindu mendengar amanatnya.
Entah bila pula baru ketemu lagi
Moga segala usaha ustaz diredhoi Allah selalu.
Moga dipermudahkan urusan ustaz selalu.
Moga bermanfaat untuk Islam selalu ^_^
insyaALLAH










notakaki : ingat ka ustaz bawa anaknya sekali.. 
hehe..
 rindu nak jumpa Aisyah ^_^


Wednesday, February 29, 2012

mengusik... diusik.. terusik..

Bismillahirahmanirahim

Semoga penulisan ini membawa diri ini semakin hampir dengan redho dan kasih sayangNYA
InsyaALLAH

Seminggu ini di kawasan kejiranan ana 
suasana ceria petang sering diusik cerianya
dengan hadirnya sang gerimis senja
yang mendamaikan
namun turut meresahkan jua...

Seakan mengerti aura alam
hati ini turut merasa terusik dengan perubahan cuaca itu
sering kali tersentuh
sering kali melatah
sering kali terhiris
...
...
...

satu rasa yang tidak seharusnya ada pada sang daie
walaupun itu bukan taraf ana
namun,
ana bercita-cita menjadi seorang 'daie'
seorang daie yang setabah Saidatina Khadijah
seorang daie yang secerdas Saidatina Aisyah
seorang daie yang seanggun Saidatina Fatimah

ingin menjadi seperti srikandi-srikandi yang hidup bersama baginda Muhammad SAW

Allahuakbar..
mampukah ana..
....


baru diusik soalan sensitif wanita, 
sudah terusik

sejujurnya
ana tidak pernah melenting berkenaan hal itu
malah,
ana sendiri berdiskusi berkenaan hal ini dengan teman-teman seusia
jua bersama bonda tercinta
dan ana antara golongan yang dikatakan 'hati kering'
kerana seolah-olah tidak mengerti kenapa soalan itu begitu sensitif


namun,
malam itu ana benar-benar terusik dengan usikan itu
usikan dari sang pengusik 
yang betul-betul mengusik hati ini
hati kecil ana ini bagai dihiris-hiris

mereka kelihatan seronok mempersendakan kaum wanita dengan soal itu


ana kecewa melihat usikan mereka
seolah-olah wanita ini terlampau lucu dimata mereka
mereka bagikan lupa
dari rahim wanita juga mereka lahir
dan bersama wanita juga mereka akan hidup nanti
bahkan mungkin dikurniakan anak gadis yang bakal menjadi wanita


berbekalkan husnudzon yang makin menipis
ana biarkan mereka terus tersenyum lucu
gembira melihat usikan mereka mengena


maaf,
tindakan antum benar-benar mengusik jiwa ini
yang membuatkan diri ini kecewa melihat tingkah antum


teruslah tersenyum melihat hati ini terusik dengan usikan antum
teruskan..
teruskan..


biar Allah sahaja yang mengubat hati yang terusik ini
kerana antum
sang pengusik yang mengusik
tidak berhak untuk mengubat hati yang diusik ini..






Sunday, February 19, 2012

KELAPANGAN yang kucari..

Bismillahirahmirahim

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang
Hanya kepadaMUlah tempat pengharapan diri ini


 

Pernah tidak antum merasa resah di dingin pagi?
atau
resah tika terik mentari?
atau 
runsing di hening malam?


hhmmm..
mungkin pernah.. mungkin tidak..






namun, 
yang pasti,
setelah kelapangan dan kedamaian ditemukan
hanya deraian air mata yang dapat ana titiskan
bukti syukur atas nikmat damai itu

dalam pencarian nikmat damai itu..
ana ditemukan dengan ayat-ayat cinta dariNYA
kedamaian dan kelapangan yang dicari
seribu kelapangan yang DIA berikan

subhanALLAH
betapa kasihNYA dia pada ana..
membuat diri ini seribu kali terharu..
huhu..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


mengulang-ulang kalimah cinta ini
membuatkan hati ini diserbu seribu kedamaian
sepertimana sabda Baginda Rasulullah SAW  yang bermaksud

"Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".


ALLAHUAKBAR
itulah yang hanya mampu ana tuturkan
sesungguhnya hati ini milik DIA
dan DIA jugalah yang berhak memberi ketenangan ini atau mengambilnya kembali
sesungguhnya sentiasalah mendekatiNYA
dan
ketenangan
kedamaian
serta
kelapangan itu pasti milikmu
INSYAALLAH 

^_^


Wednesday, January 25, 2012

semalam bagai mimpi




Semalam bagai mimpi
dan saat ini
ana bagaikan baru tersedar dari tidur yang panjang
duduk termenung di birai katil..
Mengharapkan
semalam hanya mimpi

Namun,
yang pergi tetap pergi
dan takkan pernah kembali
kerana nikmat bertemu kasihNYA sangatlah indah
jika hendak dibandingkan dengan nikmat kasih sesama kita






 
Dia hero ana
Yang selalu tersenyum saat menatap ana
Seringkali menjadi peneman seusai habis sekolah

Kini
tiada lagi..

Rindu bertandang sesekali
teringin menelefon dia dan memanggil dia untuk membonceng motor bersama lagi
Tatkala perut bekeroncong
dia mengajak ana singgah di warung itu
memakan mee udang dan air kelapa


Kini
Gerai itu masih kukuh disitu
Motor itu juga masih kuat berlari
Namun lelaki itu telah tiada
Tinggalkan ana dalam kerinduan

Ya ALLAH
Ana sayang dia
Ana rindu dia
Tolong terangkan kuburnya
Tolong lapangkan kuburnya
Tolong harumkan kuburnya
Kerana sesungguhNYA ana sayang dia
  
Maka
Ya ALLAH
Tolonglah sayang dia
lebih dari sayang ana pada dia
kerana
dia
atuk ana

[al-fatihah]



Alhamdulillah
Syukran jazilan ya ALLAH kerana sudi meminjamkan dia buat ana
Suatu hari nanti rindu ini pasti terurai
Maka, tolonglah bantu ana untuk mempersiapkan diri bersamanya bertemuMU
(^_^)



Wednesday, October 19, 2011

Rindu Bertamu Lagi..

Bismillahirahmanirahim..

Mendung awan berarak menutup kecerian pagi ini..
Jualan di gerai-gerai juga sedikit suram berbanding semalam yang ceria
Namun, setia si penjual tetap menanti hadirnya pelanggan
Demi sesuap nasi
Buat anak-anak kecil yang sentiasa ceria dirumah
Masih belum mengenal erti kehidupan


Hari ini usia ana berganjak lagi..
Sama seperti hari-hari semalam
Berganjak sedikit demi sedikit mendekati mati
Dalam sedar ana alpa
Alpa dengan dunia
Membuatkan diri ini sedikit demi sedikit jauh dariNYA
Yang mengakibatkan kecerian juga mula terhakis
Dek kerana terlampau rindukan belaianNYA dimalam hari
Saat diri ini bermanja dan mengadu keluh kesah kehidupan..

Buat sahabat yang sedang asyik dilamun cinta Sang Pencipta saban malam
Tolong doakan ana juga boleh?
Doakan moga rindu dihati terubat
dan 
Diri ini mampu untuk kembali menyulam kasih dengan NYA
Kekasih Sejati
Kekasih Abadi..




Friday, August 12, 2011

pujukan Sang Pencipta

Bismillahirahmanirahim
semalam terus berlalu sepi..
bersama berita yang meghimpit jiwa..
dalam sendu aku terus bermunajat
memohon padaNYA agar sesuatu dapat dilakukan
dengan kuasa dan iradatNYA
moga berita semalam bertukar ceria..

dalam tawa aku menangis
dalam tenang aku bermuram
dalam diam aku bermenung
mengharap keajaiban dari ilahi

mengharap dan terus mengharap


alhamdulillah
ALLAH maha Mendengar
ALLAH maha Mengasihi
doa dan rayuanku didengariNYA
Sang Pengasih lagi Penyayang

namun
jawapan yang diberi bukan seperti yang kuharap
dalam berhikmah DIA memberi jawapan
memujuk aku untuk redha dengan ketentuanNYA

saat itu aku rasa amat disayangi
tidak kusangka ALLAH sangat menyayangi aku
sehingga sanggup memujuk aku dikala aku merajuk

Ya ALLAH
aku sangat terharu..
aku sangat tersentuh..
aku sangat bersyukur..

kerana pujukanMU sangat membekas kedalam jiwa..
ampunkan aku kerana terlalu lama merajuk
syukran jazilan kerana bersabar memujuk aku..

ALLAHUAKBAR..
layananMU  membuatkan kecintaanku padaMU semakin memekar..

alhamdulillah..
moga ini yang terbaik buatku
dalam usaha aku menjadi hambaMU yang solehah

semoga syurga menjadi tempat pertemuan aku denganMU
insyaALLAH...


Monday, April 25, 2011

hepi besday mak(^^,)

Bismillahhirahmanirahim
hari ini hari lahir mak ana
mak yang selama ini cukup bersabar dengan kerenah anaknya..
hehehe.. syukran mak
walau sesusah mana pun mak, mak tetap sayangkan anak mak ni.. (^^,)

banyak dugaan dan ujian yang mak terima
tapi, mak tak pernah tunjuk kesusahan tu pada kami
sebab mak tak mahu kami risau..
kan mak kan?
syukran mak..

akak anak pertama mak
ermm..pertama yang membesar dengan sihat didepan mak hingga hari ini..
alhamdulillah
membuatkan mak menaruh harapan yang agak tinggi pada akak
maaf mak,
kerana tak tergapai harapan itu
akak dah cuba.. ini je yang dapat
hhmm.. memang salah akak pun,
sebab tak terlalu bersungguh
maaf ye mak..

dulu-dulu, mak selalu marah akak
dulu-dulu akak tak faham
tapi, sekarang dah faham
mak marah sebab sayang
mak marah sebab akak yang cari pasai
hehehe..
maaf ye mak..
anggaplah tu warna-warni dalam kehidupan
jangan simpan dalam hati eh.. hehehe(^^,)

sejak tingkatan 4 sampai sekarang akak dah jarang ada kat rumah
dah kurang masa dengan mak
maaf ye mak..
tapi, insyaALLAH selagi iman didada
selagi nyawa dimilki
mak takkan pernah hilang dari doa akak
akak selalu berdoa agar akak sempat untuk menggembirakan mak
akak selalu berdoa moga ALLAH sayangkan mak lebih daripada mak sayangkan akak
sebab akak takut akak tak mampu syangkan mak lebih dari mak sayangkan akak
terima kasih mak atas kasih sayang itu..(^^,)

mak selalu cakap mak pandai masak, mak rajin..
tapi, anak mak yang ni tak mau ikut pun perangai tu..
hehehe..
dulu yela mak..
tapi, dah besar-besar ni.. anak mak dah makin rajin..
hehehe..
dah tahulah masak sikit-sikit..
tahu je.. tak pandai lagi..
oklah tu mak kan..
hehehe..

sempena hari lahir mak ni, maaflah tiada hadiah..
nanti akak bagi benda lain eh mak..
hehehe..
benda yang tak boleh beli..
hanya dapat melalui doa dan redha mak..
kalu mak suka insyaALLAH milik mak juga nanti..(^^,)
kalu mak tak suka... ermm.. akak pujuk bagi mak suka juga..
hehehe..

oklah mak, sekarang musim peperiksaan
doakan akak ye mak..
saja nak minta juga mak doakan
walaupun mak mesti akan jawab..
ya, mak selalu doakan.. mana ada mak yang tak doakan anak dia.
hehehe.. akak tahu..
tapi, saja nak juga cakap
terima kasih mak
terima kasih atas segala-galanya
akak sayang mak(^^,)


Tuesday, February 1, 2011

coretan rindu..

Bismillahirrahmanirrahim

Fuhh... Fuhh..
Dah lama tidak menjenguk blog ini dengan erti kata 'jenguk' yang sebenar..
Asif jiddan..
Bukanlah sibuk sangat pun..
Cuma mungkin sudah semakin kurang membaca..
Kurang membaca membuatkan kurang ilmu untuk dikongsi..
Hhhmm..
Ok,
Please do remind me to read a lot more okey (^^,)

Alhamdulillah..
Setelah sekian lama tidak menjenguk kampung halaman yang tidak terlampau kampung ini
hehehe
akhirnya sampai juga dimuka pintu rumahku..
wahhh...
memang macam-macam dah berubah..
dah banyak 'upgrade'
makin maju..
hehehe..
membuatkan hati ini berbisik..
hhmm.. kalau macam ni gayanya ana dah boleh bina penempatan di luar kawasan kampung la kot..
hehehe..

ok,
entry kali ini sekadar luahan hati je boleh tak?

hhmm..
bolehla kan..

luahan pertama
rindu kat sahabat-sahabat kampung syauqa
kampung yang sentiasa akan mekar dihati dan sanubari ini..
InsyaALLAH

dikampung itu, ana kenal
fairuz yang berlagak matang.. hehehe
yasmeen yang suka membebel.. hehehe
mimi yang comel.. ok, itu semua orang yang cakap..
yani yang dah terlebih dahulu pindah.. huhu
kak azi yang berkaliber.. huhuhu
kak midah yang baik.. =)
hafsah yang bertimbang rasa..
di kampung itu juga ana dapat ramai kakak..
kak jang yang ceria dan tegas
kak siti yang penyabar
kak moon yang comel
kak amal yang wow... hehehe
kak yun yang sangat dirindui..
kak has yang sangat sangat sangat dicari.. mana akak menghilang ni??
kak dila yang penyayang..
kak ain yang cantik.. hehehe
kak nurul yang baik..
dan banyak lagi..
cukuplah yang ini dulu eh..
nanti panjang pula post ini


hhmm..
banyak kisah yang tidak terungkap disini
biarlah ia tersimpan kemas dihati ini..


" Sahabat ialah saudara yang kita pilih untuk diri kita, maka jagalah ukhwah sesama sahabatmu sebaiknya"

luahan kedua
berpindah ke kampung baru ini diharapkan akan menambahkan keredhaan ALLAH pada hamba yang kerdil ini..
baru sebulan bersama
perpisahan yang sementara ini telah membuahkan rindu dihati
hehehe..
terpuitis pula..
tapi,
sungguh
perkenalan singkat dengan mereka membuatkan hidup ini lebih berwarna-warni
moga segala kelakuan kami sentiasa didalam jagaNYA agar tidak terleka atau terlalai walau dalam kadar sekelip mata sekalipun
sesungguhnya siapalah kami tanpa redhoMU Ya ALLAH..

dalam sibuk beribadah padaMU
ujian itu pasti hadir
dalam sedar ataupun tidak
tidak pernah kami pinta ujian itu
tapi,
kami akui uijan itu penting
kerana ujian itu bukti kasihMU pada kami
sebagai peringatan buat kami agar tidak terlalu jauh dariMU
cuma satu kupinta Ya ALLAH
bimbinglah kami dalam kami menghadapi ujianMU
hambaMU ini cuba sebaiknya menjaga hati, mata, tangan dan kaki agar tidak lari dari redhoMU
namun,
dek kerana fitrah manusia
kadang-kadang tertewas juga Ya ALLAH
ampunilah hambaMU ini Ya ALLAH
sesungguhnya Engkau lebih mengetahui yang terbaik buat hambaMU
maka,
Engkaulah yang selayaknya membantu diri ini
hanya kepadaMUlah pusat pengharapanku...