Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

hilangnya kerlipan bintang itu..

Bismillahirahmanirahim




walau tidak pernah kubersua muka dengannya, 

walau tidak pernah kudengar lunak merdu suaranya..
namun pemergiannya sangat kurasakan.. 
itulah hikmah seorang ulama.. 
dari jauh kukesilauan melihat sinar bintangnya.. 
ALLAHhurabbi.. 
moga dia bahagia disana bertemu Syurga yang juga merinduinya....

antara mutiara hikmah yang mampu kutitipkan
dipetik dari bicara almarhum Datuk Hj Yahya Othman
buat pedoman kita yang selalu alpa ini...






1. Taqwalah kamu kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa


2. Beramallah dengan al-Quran (العمل بتنزيل)

3. Siap siaga selalu dengan kematian

4. Redha dengan perkara yang sedikit

Mari berlari ke Tanjung Rhu,
Sambil galas buah perpat,
Kalau diri mencari guru,
Baru jelas jalan makrifat!




Tuhan, kau santunilah roh murrabbi ini dengan keampunan dan kerahmatan-Mu ;'(



dalam tidak sedar, air mataku menitis jua..




Saturday, April 7, 2012

rindu terlerai akhirnya

Bismillahirahmanirahim..


Alhamdulillah...
setinggi pujian buatMu Ya Allah
dengan segala berkah dan kasih sayangMU
diri ini masih disini 
menghirup nikmat Islam ini
mencium haruman iman ini
Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...


Seiring dengan derapan kasutnya meniti didalam ruang legar itu
Sebaris senyuman mula menguntum dibibir kecil ini
Allahhurabbi..
menatap susuk tubuhnya saja sudah membangkitkan semangat jiwa muda ini
itulah dia bahana sang pejuang

Sedari 20 tahun dahulu..
laman rumahnya selalu kulewati
setiap kali rumahnya kulalui, seringkali kepala ini mengintai-intai
dengan harapan akan terpandang raut wajahnya
persis sang perindu tegar
yang tidak dapat lihat tuan badan
dapat lihat bumbung rumahpun jadilah..
huhuhu..



Selama 20 tahun lebih ini berita mengenainya selalu diperolehi melalui media massa
jua laman sesawang
serta bual bicara teman


malam ini
wajahnya kutatap
susuk tubuhnya kurenung
semangatnya kuserap
bicaranya kuhadam


kagum!!!

itulah yang mampu kugambarkan kini perasaanku

dia memang seorang pemimpin yang disegani

biar beribu
malah berjuta tomahan dilemparkan padanya
dia tetap kuat
dia tetap kental
malah semakin berani
merangka transformasi
demi negara tercinta


Allahuakbar
moga setiap usahamu dipadang ALLAH
moga semangatmu mengalir dijiwa muda-mudi
moga kau terus kuat
moga negaraku semakin aman dengan terbitnya kegemilangan Islam




nota kaki 
dia bercakap bahasa yang sama dengan ana.. 
membuat jiwa rindu pada kampung halaman ^_^







Tuesday, October 26, 2010

sebelum terlambat..

بٍسم الله الر حمن الر حيمٍ

ALLAHUAKBAR..
sekarang ni musim peperiksaan di sekolah ana
sekolah-sekolah lain ana rasa belum lagi
tapi sudah rasa bahangnya
moga kita semua terus cemerlang
didunia dan akhirat
insyaALLAH..
(^^,)


namun
entah dimana silapnya semangat peperiksaan seakan hilang
hilang kemana tidak ketemui
mungkin tenggelam dek bahangnya suasana kampung tercinta

hhmm...
macam-macam jadi di kampung ana sekarang
tanda-tanda kesesatan dah makin jelas
sudah tidak perlu guna penyiasat persendirian lagi kalau hendak tahu cerita buruk mereka
mereka sendiri sudah mula tunjuk belang
kalau masih ada yang menyokong mereka
haih..
tak tahulah hendak kata apa
sayangkan islam atau tidak mereka ini..
tinggal tanda tanya..


ada lagi satu golongan yang pelik
yang kononya tidak mahu ambil tahu dunia kotor di kampung ana itu
walaupun mereka sendiri tinggal dikampung itu
kata golongan ini
matlamat yang penting kena sokong yang benar-benar bawa islam
dan mereka yang yang terlibat dengan dunia kotor tak perlu disokong

ya!
bagus matlamat itu
tapi,
kalu kita tidak berjuang untuk membersihkan dunia kotor itu
siapa yang akan bersihkan?
mahu dibina kampung baru?
kenapa?
kenapa tidak dibersihkan sahaja kampung yang sedia ada?
tidak mahu membuat onar?
tidak mahu masuk ke dunia kotor?


siapa suruh?
siapa suruh entaorang buat onar dan masuk kedunia kotor?
kita tugasnya mahu membersihkan yang kotor..

tambah-tambah sekarang ini
dah makin berani mereka buat kotor..
makin berani buat bukan-bukan
makin berani melawan hukum ALLAH
ALLAHUAKBAR!!

moga ALLAH membantu kita
dan
buat mereka yang hanya sekadar mahu menuntut ilmu dan mencari redha ALLAH
tanpa mahu membantu membersihkan kampung kita ini
ingat

" Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah karena perbuatan tanganmu sendiri, dan ALLAH memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)."
AsySyura : 30

andai tiba masanya diakhirat nanti entaorang disoal ALLAH apa yang telah entaorang lakukan untuk kedaulatan islam.. 
apa yang mahu dijawab?

kami telah menyelamatkan diri dan mengajak yang lain juga menyelamatkan diri?
kami telah bina kampung baru untuk yang mahu islam?


huh
itukah solusi yang terbaik?
mengapa tidak dibersihkan kerosakan yang dilakukan mereka yang murka?
mengapa tidak cuba menegakkan daulah islam dikampung sendiri?
mengapa tidak cuba diajak yang mungkar kembali keislam?
mengapa?
mengapa?



fikirkan dan laksanakan tanggungjawab anda..
sebelum terlambat..





Saturday, October 16, 2010

islam kini..

islam kini
kelihatannya begitu janggal dimata kita
kelihatannya begitu sukar dipraktikkan
kelihatannya begitu asing

islam yang digalas sedari kecil
kelihatan begitu rigid..
 begitu jauh..
begitu pelik..
begitu susah..

tahukah kita
islam itu indah sebenranya
islam itu membawa kemajuan
islam itu kemodenan
tapi,
sering disalah pandang
islam kini dipandang sepi

yang dikatakan moden bila berpakaian ketat dan sendad
yang dikatakan maju bila semuanya laju
sampai solat pun berlalu
yang dikatakan indah bila semuanya boleh
tak kira halal
tak kira haram

segala panduan dan pedoman anjuran islam
hilang
sepi
ditolak tepi

kemana ertinya islam dalam diri kita?
kemana hilangnya identiti islam kita?
kemana perginya jati diri islam kita?

bila bercakap soal agama sikit
mulalah digelar ustaz ustazah
bila mengomel soal agama sikit
mulalah semua mengalabah tak senang duduk
bila berceloteh soal agama sikit
mulalah hendak ubah topik

kenapa?
islam itu hanya untuk ustaz ustazah sahajakah?
islam itu susah sangatkah?
islam itu pelik sangatkah?

hhmmm...
islam kini






Wednesday, June 2, 2010

musim???

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Hari-hari dilalui
dengan semangat kebencian kepada pihak zionis yahudi
dengan semangat cintakan keamanan
dengan semangat kasihkan saudara kita di Palestina

Friday, October 9, 2009

Air apa eh???

Bangun pagi hari ini, ana mengucapkan alhamdulillah...
Nikmat iman dan islam masih milik diri ini..


Pergi kelas dan pulang seperti biasa..
seperti hari-hari lain juga..

Cuma bezanya hari ini, duit dalam poke
t tak cukup untuk ana beli air..
jadi ana pulang membawa nasi sahaja..

Dalam perjalanan masih berfikir-fikir kehendak tekak yang mahukan air sejuk..
Ana tak puas hati, tengok dompet ana lagi sekali...


Laaa... ada lagi RM2 la... cukup je kalau nak beli air tadi...

Ana pun singgah la koop.. sebab malas nak naik dataran(tempat beli makanan) balik...
Dalam koop, ana dalam dilema..
hhmm.. nak beli air apa ni.. semua tak berkenan..

tilik punya tilik, ana pun ambil air epal..

Memang tabiat ana, sebelum bayar, akan belek dulu tin t
u..
belek punya belek, rupanya air tu keluaran F&N..


alamak, keluaran F&N la pula...

letak balik...
tilik lagi.. air apa eh nak beli.. nampak air Nescafe pula..

Hhhmm.. sedap juga ni.. Dah lama tak minum.. Tapi, Nescafe pun kena boikot juga..

Tilik air lain pula.. tapi, hati duk meronta-ronta hendakkan air nescafe tu juga..
Sambil tangan duk gapai air nescafe tu..

terlintas di hati ana,

takpelah bukan selalu..

tiba-tiba, ada satu suara hati berbunyi..

ha'ah.. bukan selalu membunuh...

berderau darah ana.. huhuhu..

yela, bila kita tidak memboikot barangan israil ibarat kita merelakan saudara seislam kita disana dibunuh tanpa belas..

masyallah...
ana akhirnya, ambil air soya keluaran drinho..
huhuhu..
hilang juga dahaga ditekak ni..
alhamdulillah...(^^,)


APA KHABAR SAUDARAKU??


Balik bilik, lepas habis study sikit, ana pinjam broadband roomate ana, nak lihat keadaan saudara di palestin...

(Terkini) Yayasan Al-Aqsa: Terowong baru Israel bawah Masjid Al-Aqsa.

Zionis mulakan pembinaan 105 unit rumah baru di wilayah Baitulmaqdis.



Semalam, kawan sekelas ana pergi McD..
Hhhmm...
Sudah ramai yang semakin lupa tentang kempen memboikot itu..
Sudah ramai yang lebih senang hati memuaskan keinginan perut masing-masing..
Sudah ramai yang terlupa tentang sedih pilu saudara seislam mereka di Palestin hanya dek kerana batasan wilayah yang direka-reka manusia sendiri..
Sudah ramai..
Adakah kita salah salah seorang dari yang ramai itu?

Mungkin ramai yang berpendapat boikot itu tak dapat manfaatnya pun..
Tapi, apa lagi yang kita boleh buat???
Mahu turut berperang dengan mereka disana?
Tak usahlah..
MereKa pun tak mahu..
Sebab berperang dengan cara mereka dengan mengangkat senjata senapang dan itu semua bukan kepakaran kita..
Sebab itu, ana kira memboikot adalah antara cara kita untuk membantu..
Moga usaha kecil kita ini akan membantu...

Membantu saudara seislam kita disana
juga
membantu kita dalam usaha membeli syurga milik Allah itu...
Insyallah..(^^,)

Tuesday, September 22, 2009

SENdu + taWA = SENdaWA

Ramadhan sudah berlalu...

Maknanya syawal menjelma lagi..

Semua orang gembira… ana pun gembira juga.
Almaklumlah, masa raya macam inilah,hendak jumpa keluarga tercinta, sanak-saudara yang jauh dimata.. tambah-tambah pula boleh pakai baju baru, makan ketupat yang emmm… sedapnye.. Dan yang paling best, dapat duit raya.. hehehehe.. Jangan cemburu, ana masih dapat duit raya tau.. hehehehe…

Sebenarnya, perkara yang paling ana suka tentang syawal ni ialah, peluang untuk pulang ke kampung halaman. Almaklumlah, hidup sebagai pelajar dan daie di rantau orang sering kali membataskan peluang untuk ana pulang ke kampung. Jadi, cuti seminggu yang ada ini, insyallah akan ana manfaatkan sepenuhnya untuk memikat hati mak dan abah ana.

TERKILAN DAN SEDIH
Disebalik celah-celah gembira menyambut hari raya ini, sebenarnya ana agak terkilan dan sedih melihat masalah sosial yang berlaku disekeliling ana di kampung ini. Rasa macam haihh… punyalah ana ajak kawan-kawan kat kampus buat baik, turun ke surau, jaga akhlak dan yang sewaktu dengannya.. rupa-rupanya dekat kampung ana ni pula yang tak terjaga. Sedih dan pilu hati ini bila mana adik ana menceritakan pula tentang perihal adik lelaki ana yang seorang itu..

Ya Allah.. bimbinglah adikku itu. Bantulah dia untuk kembali takut kepadaMU. Temukanlah dia dengan sahabat-sahabat yang dapat membimbing dia kembali menjadi hambaMU yang taat.. Taat diluar dan didalam waktu solatnya…
Aminnnn…


BUDAK SEKOLAH AGAMA KENA JADI USTAZAH?
Tidak cukup dengan itu, tadi adik ana bercerita tentang sepupu ana. Sudah pandai bawa kawan lelaki ke rumah.

Tak boleh ke?

Hhhmmm… Kalau kawan lelaki itu kawan sekolah ke kawan sekampus ke kawan sekampung ke kawan sekerja ke, ana taklah kisah sangat.

Yelah, ana pun kawan juga dengan lelaki. Sudah nama pun manusia ni ada dua jenis lelaki dan perempuan, memanglah kena kawan dengan dua-dua jenis. Tapi, yang menyedihkan ana ni, kawan lelaki itu sekadar kawan yang tersalah hantar mesej. Salah number. Tak pernah jumpa pun. Tak pernah kenal pun hati budi.. Kebetulan, mak ana pergi rumah diorang tadi.. Mak ana pun cakaplah kat sepupu ana tu bahawa kalau ana tahu mesti ana marah..

Lepas tu, yang menyedihkan ana bila adik ana cakap, sepupu ana jawab,” Tak semestinya budak sekolah agama kena jadi ustazah..”

Masyallah.. Bila masa pula ana cakap budak sekolah agama kena jadi ustazah??


CEMBURU

Kalau kalian-kalian(budak sekolah agama) semua hendak tahu, sebenarnya, ana cemburu dengan peluang yang antum antunna semua dapat. Dapat belajar tasawuf, usuluddin, syariah dan yang sewaktu dengannya. Ana belajar pendidikan islam je.. Ayat-ayat AlQuran pun berapa kerat je ana tahu.Hadis dan dalil yang lain-lain lagilah..
Hukum-hakam pun tak khatam lagi. Hendak banding ilmu anum antunna dengan ana, hhmm… malu rasanya diri ini. Kerdil sangat!!!

Sebab itu ana berpendapat budak sekolah agama kenalah lebih baik akhlaknya. Sebab antum antunna semua tahu apa hukumnya buat ini, apa hukumnya buat itu.

Tak semestinya kena jadi ustazah..

Takkanlah ustazah saja yang kena jaga akhlak kena jaga adab yang kena jadi muslimah sejati?? Doktor, pensyarah cikgu, nurse, bomba, polis, posmen hatta suri rumah sekalipun tak perlu jadi muslim muslimah sejati ke? Tak perlu tahu hukum hakam agama? Tak perlu jaga hubungan dengan Allah??

Tak perlu ke?


AYAT ALQURAN UNTUK SEMUA
Ayat AlQuran, Allah turunkan untuk semua umat manusia. Bukan untuk ustaz ustazah sahaja. Bahkan bukan untuk umat Islam sahaja. Tetapi, untuk semua umat manusia.. SEMUA!!!

Malah, dalam wasiat terakhir Rasulullah SAW sendiri ada menyebut bahawa baginda meninggalkan kepada kita dua perkara, AlQuran dan AsSunnah. Kalau kita pegang keduanya, maka, selamatlah kita. Insyallah..

Jadi, kenapa masih timbul lagi isu, budak sekolah agama tak semestinya jadi ustazah???

Ingat, jadi ustazah atau tidak, kita masih hamba Allah.

Kita masih hamba yang kerdil.
Hamba yang hina.
Hamba yang lemah.

Jadi, kita tiada hak untuk menolak segala syariat Allah.. Tiada hak untuk memilih-milih hukum mana yang mahu diikut, hukum mana yang tidak mahu diikut. Bab pakaian ikut, bab ikhtilat tak mahu ikut.. Mana boleh.. Apa hak kita untuk memilih-milih hukum Allah. Sebagaimana firman Allah..

“Masuklah kedalam agama islam keseluruhannya…”


Ayat di atas ialah ayat AlQuran. Ayat AlQuran untuk semua. Bukan untuk ustaz ustazah sahaja. Jadi selagi mana kita hidup dengan menggalas nama hamba Allah.. Maka, patuhilah syariat Allah..

Kenapa kena patuh???

Sebab Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terbaik buat hamba-hambanya.

“…Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[AlBaqarah,2:216]


PROTON DAN KERETA
Kalau kita beli kereta keluaran proton, kita diberi kemudahan untuk pergi ke servis room of proton. Kenapa mesti pergi ke servis room proton? Kenapa tidak ke servis room of acer?

Sebab.. yang mengeluarkan kereta ialah kilang proton.. bukan kilang acer..

Kalau pergi ke servis room acer juga, takut jadi ibarat tikus membaiki labu.. bukannya makin elok, tapi, makin berlubang.. huhuhu…

Macam itulah juga manusia. Bila sudah rosak yakni letih, penat, sedih, risau hatta gembira sekalipun, kembalilah kepada Allah..

Apabila gembira, ucaplah Alhamdulillah..

Tika sedih, ucaplah innalilallah.. dan berdoalah pada Allah, mohon kekuatan, ketenangan dan keampunan dariNYA.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”
[AlBaqarah,2:153]





Moga kehadiran syawal ini dapat menggamit hati kita untuk terus mencari redha dan berkat dariNYA... Insyallah(^^,)


p/s: kenyang sungguh raya kali ini... eerrkk... alhamdulillah(^^,)

Friday, July 31, 2009

KENAPA yahudi AMAT BERKUASA?


Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan. Artikel asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Why Are Jews So Powerful?

Wednesday, April 15, 2009

makanan anda.... halalkah???

Mutakhir ini, ana banyak mendengar tentang lemak babi yang terdapat dalam makanan yang dianggap halal malah 'dilabelkan' HALAL. Namun lemak-lemak babi tersebut tidak ditulis terang-terangan LEMAK BABI atau PIG FAT, sebaliknya dinyatakan dalam bentuk kod.Kod-kod di bawah ini ana temui dalam internet, malah ada yang diterima menerusi SMS. Kini ramai yang mencetak kod-kod ini untuk disimpan dalam dompet bagi memudahkan mereka memeriksanya ketika berada di kedai atau pasaraya.
Salah satu sumbernya ialah

http://keranacinta.wordpress.com/2008/01/26/kod-babi-pada-makanan-penting-untuk-ummat-islam/.


E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Minggu lepas, dalam stu ceramah yang ana dengar.. ustaz tu cakap, ada ahli sains buat kajian tentang sifat babi dan membuat perbandingan dengan sifat ayam.
Kajian itu bermula dengan, meletakkan tiga ekor babi jantan dan seekor babi betina didalam satu kandang. Dalam kandang yang lain pula, tiga ekor ayam jantan dan seekor ayam betina pula diletakkan sekali.
Pada hari pertama, ayam betina itu dirapati oleh seekor ayam jantan.. lagak dua ekor ayam itu persis sepasang kekasih dua sejolila..(^^,) Pada masa yang sama juga, dalam kandang yang satu lagi, babi betina itu turut dirapati oleh seekor babi jantan juga berlagak persis sepasang kekasih..
Ok, kajian diteruskan..

Pada hari kedua, dalam kandang ayam, ayam jantan yang sama masih bersama ayam betina itu. Kalaupun, ayam jantan itu menjauh, ayam jantan yang lain tidak berani menghampiri.. bimbang ditaji ayam jantan yang pertama barangkali..hehehehe
Manakala, dalam kandang babi pula, babi jantan yang kedua pula menghampiri babi betina itu. Mereka bercerekarama dengan gembira dihadapan babi-babi yang lain. Babi jantan yang pertama juga turut melihat tetapi buat-buat tak nampak sahaja..
Begitu juga pada hari ketiga.. dalam kandang ayam-ayam itu, pasangan kekasih itu, masih setia bersama, tetapi, babi betina sudah bertukar kekasih lagi dan dua ekor babi yang pernah bercerekarama dengan babi betina itu melihat cerekarama baru itu dihadapan mata mereka tanpa ada sekulumit rasa cemburu atau marah. Kalau marah, mesti dah ada pergaduhankan...

Kenapa ana bawa cerita ini? Kerana ana nak tunjuk, betapa kurangnya rasa cemburu dalam hati babi itu.. Sebab itulah, sekarang ni, orang dah tak kisah kalu isteri mereka buka aurat, isteri mereka keluar makan-makan bergembira dengan lelaki lain. Sebab rasa cemburu dalam hati dah makin terhakis.. Gara-gara, kita memakan makanan yang mengandungi babi itu, kita juga mewarisi sifat binatang itu. Sebab itulah, kita kena jaga pemakanan kita sebaik yang mampu..

Penting ke cemburu? Eh, mestilah penting.. Tapi, jangan sampai cemburu buta pula. Dalam satu kisah ketika Nabi Muhammad SAW sedang duduk-duduk bersama sahabat-sahabat baginda, baginda SAW bertanya kepada salah seorang pemuda," Wahai pemuda, andai kata anda melihat isterimu bercakap dengan lelaki lain apa yang akan anda lakukan?"
Jawab pemuda itu, " Akanku bunuh lelaki yang bercakap dengan isteriku itu!"
" Wah..wah..wah..lihatlah semua betapa kuatnya cemburu pemuda ini. Tetapi, kalau aku, akanku lakukan yang lebih dasyat dari itu." jawab Rasulullah SAW.

Lihat, betapa tingginya cemburu ya Rasulullah..
Kita sekarang ini..
Bukanlah minta menjadi seorang yang cemburu buta, tetapi, cukuplah sekadar menuntut isteri kita menjaga apa yang patut. Seperti misalnya, aurat. Jadi, sang suami-suami sekalian, jalankanlah tanggungjawab anda ye..(^^,)

Jangan lupa sebarkan berita ini agar makanan kita lebih terpelihara dari segala macam anasir haram. Semoga kita lebih berhati-hati dengan makanan kita selepas ini... Insyallah(^^,)

Friday, March 13, 2009

sayang?? betul ke??

Kamu sayang Rasulullah? Sungguh? Betul? Tak tipu? Boleh percaya ke ni?? Hhhmmm.. sebenarnya soalan tu untuk ana sendiri. Hari-hari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.(Bila? Dalam solat kan kita ada selawat... sedar tak?)Tapi, cukupkah dengan berselawat itu sebagai bukti kecintaan kita kepada rasul kita? Kenapa bila disuruh untuk boikot barang yahudi, berjela-jela alasan diberi, malah alasan itu lebih banyak dari jumlah barang yang perlu diboikot? Kenapa disuruh amalkan sunnah nabi, masing-masing buat muka? Itukah bukti cinta kamu??? Kenapa bila ditanya salasilah nabi kita, semua orang mulalah tergagap-gagap.. tak tahu hendak cerita..

Hhhmmm.. penting ke semua itu? Cinta pada rasul...selawat tu tak cukup ke tanda cinta dan kasih ana pada rasul?

Okeylah, kita buat perbandingan sikit eh...

Kalau anda cintakan kekasih si pengarang jantung anda, apa buktinya bila kekasih anda soal tahap kecintaan anda? Takkan nak jawab belahlah dada, operatelah jantung... Haish..buat si awek/pakwe anda ambil kapak belah betul-betul baru tahu...

Mestilah anda sanggup tolong top-up kan untuk sidia, sanggup belanja makan dia, beli hadiah ke dia.. Tapi, lepas tu anda minta dia bayar balik ke? Mestilah takkan... Takkan nak suruh bayar? Apalah... Kedekutnya.. Tapi, walau anda tidak minta dibalas,(walau dalam hati berharap juga kan..kan..kan..)sibuah hati anda mesti akan balas juga, bagi hadiah ke anda dan macam-macam lagilah..

Haa... macam itulah konsep cinta dan kasih kepada rasul kita, Nabi Muhammad SAW... Nabi sayang kita? Masyallah... Kalau anda tahu tahap sayangnya rasul kepada kita, mesti anda dah tak cari kekasih lain dah.. menangis air mata anda bilamana terpaksa memadukan kasih dan cinta anda pada kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Tahukan, di akhir hayat baginda pun, baginda masih menyebut-nyebut " umat aku..umat aku..umat aku..." Bahkan ketika baginda sedang menahan sakit tatkala nyawanya sedang ditarik pun, sempat lagi baginda minta ke malaikat Jibrail supaya biarlah rasa sakit menghadapi sakaratulmaut umat-umatnya ditanggung dia seorang.. Menangis malaikat Jibril mendengar permintaan kekasih Allah itu. Bayangkanlah betapa agungnya cinta dan kasihnya baginda kepada kita umatnya di akhir zaman ini. Adakah anda mampu mencari pencinta terhebat selain Nabi Muhammad SAW? Masyallah, sampai ke akhir hayatnya pun baginda tak pernah sekelumit saat pun terlupa pada kita. Kita? Hendak tunggu Maulud Nabi baru hendak ingat ke nabi? Baru hendak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW?

Nanti, suatu hari, kita akn ke PAdang Masyar. Itu pasti!Menunggu giliran untuk dihisab di Padang Masyar sangat lama.Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad SAW dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi dan Rasul,berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab." Jawab Nabi Muhammad SAW,"Aku akan tolong kamu semua."Rasulullah SAW pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH SWT pun berfirman,"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.Aku akan kabulkan permintaanmu."Rasulullah SAW menjawab,
"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah SAW yang mengucapkan kalimah," Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Lihat..betapa Nabi Muhammad sayangkan kita.. Sampaikan umat-umat baginda yang sombong dan takbur pun baginda kasih.. tapi, takkan kita mahu tergolong dalam golongan itu? Masih tidak mahu sayangkan Rasulullahkah?

Tahukan, neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad SAW yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah SAW mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah SAW yang sombong, baginda pengsan. Bila sudah sedar, baginda bersabda, "Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?Jibrail menjawab,"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama. Masyaallah... Agungnya cinta dan kasih baginda kepada umatnya dikhir zaman.. Umat yang seringkali alpa dan leka dari mengingati Allah dan baginda. Umat yang seringkali melakukan kemungkaran. Umat yang....

Persoalannya,adakah kita sayangkan Rasulullah SAW sebagaimana Rasulullah SAW sayangkan kita??

Tuesday, January 6, 2009

selamatkanlah Palestin ya Allah...

Tengah hari tadi, tika ana di kedai makan ingin membeli makanan, ana terlihat berita di televisyen. Setelah sekian lama tidak melihat berita, ana terkedu mendengar berita kematian lagi.. Semalam di surau, ada juga sahabat beritahu ana jumlah terkini kematian para mujahid mujahidah islam di Palestin. Semalam, lebih kurang 700++ orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita telah dibunuh. Tengah hari tadi, seramai sekurang-kurangnya 60 orang lagi dibunuh. MasyaALLAH... Kejamnya orang-orang Israel ini..

Tika melihat berita di televisyen itu, tiba-tiba ana teringat janji-janji yang presiden Amerika pernah lontarkan dulu. Kononnya menjelang 2010, semua tentera rejim Amerika akan lesap dari bumi Palestin.. Boleh percaya ke? Tetapi, ramai juga yang percaya malah, tidak kurang juga ada yang bersorak gembira melihat kemenangan Obama.Ana akui, ana sendiri tertipu dengan janji Obama tu.. huhuhu...

Hhmm.. Mungkinkah ada maksud tersirat disebalik janjinya itu???
Tetiba ana terfikir, mungkin juga apa yang cuba disampaikan oleh Obama ialah menjelang 2010 semua rakyat Palestin telah tiada dan bumi Palestin berjaya ditawan.. Mungkinkah itu yang difikirkan Obama?? Nauzubillahh...
Tapi, kalau betul, maka, maksudnya cita-cita Obama sebenarnya bukanlah untuk menamatkan perang itu dengan mengundurkan tentera dari bumi Palestin tetapi sebenarnya untuk menamatkan perang itu dengan suatu kemenangan..

MASYAALAH....
Jika benarlah itu yang sedang dirancang oleh rejim Israel laknatullah, maka, riwayat Masjidill AL-Aqsa semakin singkat.. Ya Allah, itu juga bermaksud tanda-tanda besar kiamat semakin hampir.. sebab, salah satu tanda besar hari kiamat ialah runtuhnya Masjid Al-Aqsa..

"Ya ALLAH, Ya Tuhanku, Tuhan segala alam, Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihi, selamatkanlah masjid AL-AQSA. Kuatkanlah semangat juang rakyat Palestin dan hancurkanlah kaum yahudi laknatullah. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, perkenankanlah permintaanku ini kerana sesungguhnya hanya kepada Engkaulah aku berharap dan hanya Engkaulah yang Maha Berkuasa terhadap sesuatu..Ameen Ya Rabbila'lamin"



Kalau kita berdoa sesorang, mungkin doa itu susah hendak dimakbulkan.. Kenapa ana cakap maca tu? Sebab ana sedar, kalau macam ana sendiri iman masih lemah, hati belum jernih memang susah sikitlah doa tu nak termakbul. Cerita tentang macam mana hendak dapat doa yang makbul ana cerita lain kali eh.Tapi, ana percaya kita sama-sama berusaha kearah golongan yang mantap imannya. InsyaALLAH dimudahkan Allah..(^^,)Jadi, marilah sama-sama kita mengimarahan surau, lakukan solat hajat secara berjemaah kerana doa berjemaah lebih lantang dan mudah dimakbulkan. InsyaALLAH...

Setakat ini, itulah sahaja ana kira usaha terbaik yang mampu kita lakukan selain membantu memboikot produk keluaran Yahudi setakat yang termampu. Kenapa ana cakap setakat yang termampu? Kerana, tidak dapat dinafikan Yahudi telah berjaya mengusai ekonomi negara dan kebanyakkan produk makanan adalah produk yahudi. Jadi, boikotlah yang termampu. Mungkin dengan memboikot sejenis barang keluaran yahudi sekalipun, mungkin pihak yahudi akan kekurangan satu peluru. InsyaALLAH.. Kalau sepuluh orang boikot barang yang berlainan sekalipun, mungkin sudah 5 pluru kurang..Maka,berpuluh nyawa rakyat Palestin akan terselamat. Kalau kita berjaya memboikot barang Belanda baru-baru ini, mengapa tidak untuk barang-barang Yahudi ini..kan..kan..kan..(^^,)

p/s: untuk senarai penuh produk yahudi boleh rujuk laman web persatuan pengguna islam Malaysia..