Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Friday, August 12, 2011

pujukan Sang Pencipta

Bismillahirahmanirahim
semalam terus berlalu sepi..
bersama berita yang meghimpit jiwa..
dalam sendu aku terus bermunajat
memohon padaNYA agar sesuatu dapat dilakukan
dengan kuasa dan iradatNYA
moga berita semalam bertukar ceria..

dalam tawa aku menangis
dalam tenang aku bermuram
dalam diam aku bermenung
mengharap keajaiban dari ilahi

mengharap dan terus mengharap


alhamdulillah
ALLAH maha Mendengar
ALLAH maha Mengasihi
doa dan rayuanku didengariNYA
Sang Pengasih lagi Penyayang

namun
jawapan yang diberi bukan seperti yang kuharap
dalam berhikmah DIA memberi jawapan
memujuk aku untuk redha dengan ketentuanNYA

saat itu aku rasa amat disayangi
tidak kusangka ALLAH sangat menyayangi aku
sehingga sanggup memujuk aku dikala aku merajuk

Ya ALLAH
aku sangat terharu..
aku sangat tersentuh..
aku sangat bersyukur..

kerana pujukanMU sangat membekas kedalam jiwa..
ampunkan aku kerana terlalu lama merajuk
syukran jazilan kerana bersabar memujuk aku..

ALLAHUAKBAR..
layananMU  membuatkan kecintaanku padaMU semakin memekar..

alhamdulillah..
moga ini yang terbaik buatku
dalam usaha aku menjadi hambaMU yang solehah

semoga syurga menjadi tempat pertemuan aku denganMU
insyaALLAH...


Saturday, October 16, 2010

islam kini..

islam kini
kelihatannya begitu janggal dimata kita
kelihatannya begitu sukar dipraktikkan
kelihatannya begitu asing

islam yang digalas sedari kecil
kelihatan begitu rigid..
 begitu jauh..
begitu pelik..
begitu susah..

tahukah kita
islam itu indah sebenranya
islam itu membawa kemajuan
islam itu kemodenan
tapi,
sering disalah pandang
islam kini dipandang sepi

yang dikatakan moden bila berpakaian ketat dan sendad
yang dikatakan maju bila semuanya laju
sampai solat pun berlalu
yang dikatakan indah bila semuanya boleh
tak kira halal
tak kira haram

segala panduan dan pedoman anjuran islam
hilang
sepi
ditolak tepi

kemana ertinya islam dalam diri kita?
kemana hilangnya identiti islam kita?
kemana perginya jati diri islam kita?

bila bercakap soal agama sikit
mulalah digelar ustaz ustazah
bila mengomel soal agama sikit
mulalah semua mengalabah tak senang duduk
bila berceloteh soal agama sikit
mulalah hendak ubah topik

kenapa?
islam itu hanya untuk ustaz ustazah sahajakah?
islam itu susah sangatkah?
islam itu pelik sangatkah?

hhmmm...
islam kini






Wednesday, April 14, 2010

cintaku diganggu



hari ini hati ana berlagu pilu
kerana cinta ana diganggu gugat orang
rindu ana cuba diragutnya..

ana tak mahu cinta lain..
jangan kau cuba membuat onar..
biarkan ana terus setia..
biarkan ana terus bercinta..
biarkan ana terus merindu..

ana cemburu melihat orang masih setia dengan cinta dan rindu mereka..
sedang ana
hampir terlalai hanya kerana hadirnya kau..
si pengganggu
si pengacau

nyahlah kau
pergilah kau
jangan kau ganggu ana..
kerana tak mungkin ana bisa hidup tanpa cinta itu
tak mungkin kau bisa mengganti rindu itu..

Ya Allah..
bantulah ana..
ana tak mahu cinta ana padaMU dicabuli yang lain..
ana tak mahu rindu ana pada kekasihMU diracuni yang lain..

Ya Allah..
ana rasakan diri ana makin menjauh dariMU
janganlah KAU biar ana terus menjauh..
ana rindukan cinta yang dulu..
ana rindukan kasih yang dulu..
bantulah ana Ya Allah..
bantulah ana menghalau dia pergi..

dia..
sang dunia..
sang nafsu..
sang perosak..






Thursday, June 25, 2009

Katanya Kau Seorang Pejuang...


Katanya Kau Seorang Pejuang
Katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

Katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

Katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

Katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dengan alasan nak release tension

Katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan Rasul Nya

Katanya kau seorang pejuang
kau sibuk update isu semasa berbanding Al Quran 1 juz sehari

Katanya kau seorang pejuang
kau tidak pun berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

Katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

Katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

Katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah di hatimu tanpa usaha membuangnya

Katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

Katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

Katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal qiamullail bebanding mengamalkannya

Katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

Katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerana tidak berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

Katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

Katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

Katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu

Katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

Katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh

Katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

Katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih

Katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yang kau infakkan

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi

Katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan berdakwah apatah lagi melakukannya

Katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang

Katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

Katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu

Katanya kau seorang pejuang
Benarkah???

Thursday, March 12, 2009

maaf....

maaf
kalimah yang sukar sekali diungkapkan
buat teman-teman
dari aku seorang yang ego
dari aku seorang yang hina dan lemah
dari aku
yang sentiasa berusaha membaiki diri

maaf
kerana aku bukan aku yang dulu
aku cuba menjadi ana
aku tidak mahu jadi aku
kerana aku mahu jadi ana

kenapa ana?

kerana ana lebih islamik bunyinya
kerana ana lebih lembut bunyinya
kerana ana lebih membuatkan ana lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan
kerana ana dapat membantu ana menjadi muslimah
dan
yang paling utama
kerana ana mahu lebih dekat denganNYA

tapi
tidak bermakna aku tidak dekat denganNYA
cuma
ana berjaya memlembutkan hati ini
untuk terus taat dan patuh padaNYA
untuk terus takut berbuat maksiat

maaf
ana betul-betul ingin berubah
tolonglah bantu ana
ana betul-betul mahu jadi ana
dan
tinggalkan aku jauh-jauh...