Wednesday, November 4, 2009

99:7-8




"Maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarrah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarrah, akan diberi balasan di akhirat."
(Surah al-Zalzalah: 7-8)




jahat dari segi perbuatan mungkin dapat kita hindari..
jahat dari segi perkataan mungkin juga dapat kita elak..
jahat dari segi hati agak sukar dijangka..
hadirnya dalam pelbagai cara
wujudnya tak kira masa
dalam sedar mahupun tidak
hati kita seringkali diserang..
sama-samalah kita menjaga hati kita
kerana
hati adalah punca kepada wujudnya amalan-amalan lain
hati yang menyebabkan amalan lain menjadi satu kebajikan mahupun kejahatan ...

sesungguhnya...


sesungguhnya..
ana juga hanyalah seorang hamba ALLAH
yang kadang kala semangat memberi kata dorongan kepada orang ramai..
yang kerap kali melontar senyuman memberi harapan kepada ramai..
yang bergurau senda menghibur semua..
yang kelihatan tenang bagai tiada gelora di hati..


sesungguhnya..
ana selalu berharap bahawa hari esok akan sentiasa lebih baik dari hari ini
kerana ana tahu amat beruntunglah mereka yang memiliki hari yang sebegitu
dan rugilah mereka yang memiliki hari esok sama seperti hari ini
serta celakalah bagi mereka yang esok lebih teruk dari hari ini..


sesungguhnya..
ALLAH lebih mengetahui yang terbaik buat kita..
itu yang pasti..


tapi,
itu tak bermakna kita harus bermuram durja mengenang yang sedih..
mengenang yang lalu..
yang telah tiada..
kerana untuk mendapat yang abadi..
yang lebih sempurna di akhirat sana
yang sementara disini perlu ditinggalkan..
kerana
yang indah dan sempurna disana terlalu mahal harganya
dan tak mungkin dimilik tanpa pengorbanan
walau pengorbanan itu mungkin menyakitkan
mungkin juga menyedihkan
malah boleh juga menyebabkan hilangnya seri di hati..


tapi,
yakinlah...
selepas hujan sipelangi pasti akan menceriakan hidupmu
kerana ALLah lebih mengetahui yang terbaik buat setiap hambaNYA..
kerana ALLAH itu MAHA MENGETAHUI..


maka,
yakinlah!!


p/s: buat yang membaca, kalau sudi tinggalkan sedikit kata2 semangat.. (^^,)
buat tatapan bila hati mula tergelecek dari landasan...


Wednesday, October 28, 2009

kali terakhir...


Bila kali terakhir anda membaca AlQuran??
kalau semalam, jawapannya...


maka,


jangan lupa baca AlQuran lagi hari ini..
kerana
antara tanda-tanda orang yang zalim ialah..
tidak membaca sekurang-kurangnya 100 ayat AlQuran dalam sehari...


hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"bacalah Al-Quran, kerana di hari kiamat nanti ia akan menjadi syafaat kepadamu".



Jadi, apa lagi???
Jom kita pergi baca AlQuran...
100 ayat pun dah cukup..
Kalau rajin sikit.. baca lah 101 ayat...(^^,)


kerana


kita bukanlah orang yang zalim...
kan..kan..kan...(^^,)

Monday, October 26, 2009

Mari Mengenal....



Semalam, seorang kenalan lama menghantar sistem pesanan ringkas atau dalam bahasa Inggerisnya digelar short message system(sms)...

Tujuan beliau...

mahu memohon maaf jika ada salah silap disamping mendoakan kejayaan bersama..

Amin...

Moga dimakbulkan doanya itu..

Sahabat ana yang seorang ini cakapnya memang berbunga-bunga..
Bila mendengar beliau bercakap, pasti pening kepala ana memikirkan maksud tersirat yang cuba disampaikan beliau..

Kalau ada blog, mesti ramai jadi follower beliau..

dek terpukau dengan bunga-bunga ayat beliau.. hehehehehe..
kepada beliau, anggap ini sebagai pujian.. ok..(^^,)

tetapi, apa yang ana hendak ceritakan sebenarnya ialah.. ana tertarik untuk berkongsi suatu kata-kata nasihat dari beliau...

"kenallah tuhanmu itu terlebih dahulu sebelum kamu mengenal agamaNYA"

menarik tak kata-kata itu??

pada perkiraan ana, biasa-biasa sahaja kata-kata itu..
tapi, agak berlainan sedikit dari apa yang ana pernah dengar sebelum ini...

"kenalilah dirimu dahulu sebelum mengenal tuhanmu"

itu,
kata-kata yang ana pernah dengar..



YANG MANA YANG BENAR?

Kedua-duanya benar...



KENALI DIRI

Bagaimana dengan mengenal diri, kita kenal pencipta kita?

Dengan melihat setiap nikmat dan keistimewaan yang DIA berikan kepada kita..

"Kalau diri sendiri pun tak kenal, macam mana enti boleh cakap enti kenal ALLAH?" tanya seorang fasilitator kepada ana gara-gara tidak dapat menyatakan kelebihan diri sendiri.
Waktu itu, rasanya seperti mahu menagis..

Kerana baru sedar..
Masyallah, rupanya ana selama ini jauh dari ALLAH..
Diri pun tak kenal.. Tambahla ALLAH..
Patutlah mudah benar hati ini tertarik kepada dunia..


Kesudahannya,
Maka, sejak itu, ana bertekad untuk mengenal diri...
Walaupun, kalau ada orang bertanya apa kelebihan ana, ana masih gagal menjawab..
Tetapi, ana sedikit berpuas hati dengan pencapaian diri setakat ini..


Ana berjaya mengenal pasti banyak kelebihan diri dan belajar untuk membaiki diri..
Ana berjaya menghadapi kelemahan diri dengan rasa syukur dijiwa yakni tidak sedih dengan kelemahan diri..
Ana berjaya mengatasi kelemahan dengan menukar kelemahan itu kepada kelebihan..
Ana berjaya..
dan
semakin berjaya mengenal pencipta ana..

Alhamdulillah....(^^,)



KENALI TUHANmu

Ok, seterusnya, kenalilah tuhanmu..

Supaya,
antum - antunna akan mengenal erti sebenar ISLAM..
antum - antunna akan dapat menghayati ISLAM..
antum - antunna akan dapat menambah rasa cinta kepada ISLAM..
antum - antunna akan menikmati setiap ajaran ISLAM dengan penuh kegembiraan..

Dan,

tidak akan ada lagi...

rungutan bila disuruh agama membuat ini membuat itu..
keluhan bila dilarang ini dilarang itu..

malah diganti rasa rindu, cinta dan gian untuk terus beribadah dan bermunajat kepada ALLAH
Tuhan Yang Maha Esa
Tuhan Yang Maha Agung..

manis dan enaknya beribadah akan dinikmati penuh kesyukuran..
Insyallah..


Jadi, apa tunggu lagi??
Jom kenali dan koreksi diri..
Sambil-sambil kenali dan cintai pencipta kita..
Agar agama terus didalami dan dihayati..
Dengan rasa kehambaan..(^^,)




p/s:
buat sahabat yang menghantar sms semalam, kalau terbaca post ini, sebenarnya sms yang ana kirim tu, bukan ana yang nukilkan, sekadar sms forward je.. hehehehe.. jadi, rasanya pujian mengenai ayat ana yang semakin bermetafora itu bukan untuk ana la ye.. hehehehe.. saje tak nak reply sms tu.. (^^,)










Sunday, October 11, 2009

ukhwah???


bila sebut perkataan ukhwah..
apa yang antum antunna semua bayangkan???

kalau ana...

sebut je ukhwah..
ana bayangkan satu hubungan yang sangat unik..
hubungan yang berlandaskan cinta kepada Allah..
hubungan yang sentiasa dibajai dengan kasih sayang dan senda gurau
walau ada yamg terluka atau terguris
dipendam dan dilupakan terus
kerana tidak mahu ada sedikit ruang pun
buat si durjana syaitan menyelit
dan lantas memusnahkan ukhwah itu..
ukhwah yang suci..

tapi,

kadang-kadang ana pelik
bila lihat ramai yang sibuk bercakap tentang ukhwah
ukhwah ini..
ukhwah itu..
ukhwah sana..
ukhwah sini..

tapi bila sudah ada salah silap sikit
mulalah hendak merajuk sini
mrajuk sana..
muncung sini..
muncung sana..
perli sini..
perli sana..
umpat sini..
umpat sana..

hhmm...
apa agaknya definisi ukhwah bagi mereka?
mungkinlah ana yang tersalah tafsir erti ukhwah yang sebenar???

hhmm...
ana pun kurang pasti..

Friday, October 9, 2009

Air apa eh???


Bangun pagi hari ini, ana mengucapkan alhamdulillah...
Nikmat iman dan islam masih milik diri ini..


Pergi kelas dan pulang seperti biasa..
seperti hari-hari lain juga..

Cuma bezanya hari ini, duit dalam poke
t tak cukup untuk ana beli air..
jadi ana pulang membawa nasi sahaja..

Dalam perjalanan masih berfikir-fikir kehendak tekak yang mahukan air sejuk..
Ana tak puas hati, tengok dompet ana lagi sekali...


Laaa... ada lagi RM2 la... cukup je kalau nak beli air tadi...

Ana pun singgah la koop.. sebab malas nak naik dataran(tempat beli makanan) balik...
Dalam koop, ana dalam dilema..
hhmm.. nak beli air apa ni.. semua tak berkenan..

tilik punya tilik, ana pun ambil air epal..

Memang tabiat ana, sebelum bayar, akan belek dulu tin t
u..
belek punya belek, rupanya air tu keluaran F&N..


alamak, keluaran F&N la pula...

letak balik...
tilik lagi.. air apa eh nak beli.. nampak air Nescafe pula..

Hhhmm.. sedap juga ni.. Dah lama tak minum.. Tapi, Nescafe pun kena boikot juga..

Tilik air lain pula.. tapi, hati duk meronta-ronta hendakkan air nescafe tu juga..
Sambil tangan duk gapai air nescafe tu..

terlintas di hati ana,

takpelah bukan selalu..

tiba-tiba, ada satu suara hati berbunyi..

ha'ah.. bukan selalu membunuh...

berderau darah ana.. huhuhu..

yela, bila kita tidak memboikot barangan israil ibarat kita merelakan saudara seislam kita disana dibunuh tanpa belas..

masyallah...
ana akhirnya, ambil air soya keluaran drinho..
huhuhu..
hilang juga dahaga ditekak ni..
alhamdulillah...(^^,)


APA KHABAR SAUDARAKU??


Balik bilik, lepas habis study sikit, ana pinjam broadband roomate ana, nak lihat keadaan saudara di palestin...

(Terkini) Yayasan Al-Aqsa: Terowong baru Israel bawah Masjid Al-Aqsa.

Zionis mulakan pembinaan 105 unit rumah baru di wilayah Baitulmaqdis.



Semalam, kawan sekelas ana pergi McD..
Hhhmm...
Sudah ramai yang semakin lupa tentang kempen memboikot itu..
Sudah ramai yang lebih senang hati memuaskan keinginan perut masing-masing..
Sudah ramai yang terlupa tentang sedih pilu saudara seislam mereka di Palestin hanya dek kerana batasan wilayah yang direka-reka manusia sendiri..
Sudah ramai..
Adakah kita salah salah seorang dari yang ramai itu?

Mungkin ramai yang berpendapat boikot itu tak dapat manfaatnya pun..
Tapi, apa lagi yang kita boleh buat???
Mahu turut berperang dengan mereka disana?
Tak usahlah..
MereKa pun tak mahu..
Sebab berperang dengan cara mereka dengan mengangkat senjata senapang dan itu semua bukan kepakaran kita..
Sebab itu, ana kira memboikot adalah antara cara kita untuk membantu..
Moga usaha kecil kita ini akan membantu...

Membantu saudara seislam kita disana
juga
membantu kita dalam usaha membeli syurga milik Allah itu...
Insyallah..(^^,)

Tuesday, September 22, 2009

SENdu + taWA = SENdaWA


Ramadhan sudah berlalu...

Maknanya syawal menjelma lagi..

Semua orang gembira… ana pun gembira juga.
Almaklumlah, masa raya macam inilah,hendak jumpa keluarga tercinta, sanak-saudara yang jauh dimata.. tambah-tambah pula boleh pakai baju baru, makan ketupat yang emmm… sedapnye.. Dan yang paling best, dapat duit raya.. hehehehe.. Jangan cemburu, ana masih dapat duit raya tau.. hehehehe…

Sebenarnya, perkara yang paling ana suka tentang syawal ni ialah, peluang untuk pulang ke kampung halaman. Almaklumlah, hidup sebagai pelajar dan daie di rantau orang sering kali membataskan peluang untuk ana pulang ke kampung. Jadi, cuti seminggu yang ada ini, insyallah akan ana manfaatkan sepenuhnya untuk memikat hati mak dan abah ana.

TERKILAN DAN SEDIH
Disebalik celah-celah gembira menyambut hari raya ini, sebenarnya ana agak terkilan dan sedih melihat masalah sosial yang berlaku disekeliling ana di kampung ini. Rasa macam haihh… punyalah ana ajak kawan-kawan kat kampus buat baik, turun ke surau, jaga akhlak dan yang sewaktu dengannya.. rupa-rupanya dekat kampung ana ni pula yang tak terjaga. Sedih dan pilu hati ini bila mana adik ana menceritakan pula tentang perihal adik lelaki ana yang seorang itu..

Ya Allah.. bimbinglah adikku itu. Bantulah dia untuk kembali takut kepadaMU. Temukanlah dia dengan sahabat-sahabat yang dapat membimbing dia kembali menjadi hambaMU yang taat.. Taat diluar dan didalam waktu solatnya…
Aminnnn…


BUDAK SEKOLAH AGAMA KENA JADI USTAZAH?
Tidak cukup dengan itu, tadi adik ana bercerita tentang sepupu ana. Sudah pandai bawa kawan lelaki ke rumah.

Tak boleh ke?

Hhhmmm… Kalau kawan lelaki itu kawan sekolah ke kawan sekampus ke kawan sekampung ke kawan sekerja ke, ana taklah kisah sangat.

Yelah, ana pun kawan juga dengan lelaki. Sudah nama pun manusia ni ada dua jenis lelaki dan perempuan, memanglah kena kawan dengan dua-dua jenis. Tapi, yang menyedihkan ana ni, kawan lelaki itu sekadar kawan yang tersalah hantar mesej. Salah number. Tak pernah jumpa pun. Tak pernah kenal pun hati budi.. Kebetulan, mak ana pergi rumah diorang tadi.. Mak ana pun cakaplah kat sepupu ana tu bahawa kalau ana tahu mesti ana marah..

Lepas tu, yang menyedihkan ana bila adik ana cakap, sepupu ana jawab,” Tak semestinya budak sekolah agama kena jadi ustazah..”

Masyallah.. Bila masa pula ana cakap budak sekolah agama kena jadi ustazah??


CEMBURU

Kalau kalian-kalian(budak sekolah agama) semua hendak tahu, sebenarnya, ana cemburu dengan peluang yang antum antunna semua dapat. Dapat belajar tasawuf, usuluddin, syariah dan yang sewaktu dengannya. Ana belajar pendidikan islam je.. Ayat-ayat AlQuran pun berapa kerat je ana tahu.Hadis dan dalil yang lain-lain lagilah..
Hukum-hakam pun tak khatam lagi. Hendak banding ilmu anum antunna dengan ana, hhmm… malu rasanya diri ini. Kerdil sangat!!!

Sebab itu ana berpendapat budak sekolah agama kenalah lebih baik akhlaknya. Sebab antum antunna semua tahu apa hukumnya buat ini, apa hukumnya buat itu.

Tak semestinya kena jadi ustazah..

Takkanlah ustazah saja yang kena jaga akhlak kena jaga adab yang kena jadi muslimah sejati?? Doktor, pensyarah cikgu, nurse, bomba, polis, posmen hatta suri rumah sekalipun tak perlu jadi muslim muslimah sejati ke? Tak perlu tahu hukum hakam agama? Tak perlu jaga hubungan dengan Allah??

Tak perlu ke?


AYAT ALQURAN UNTUK SEMUA
Ayat AlQuran, Allah turunkan untuk semua umat manusia. Bukan untuk ustaz ustazah sahaja. Bahkan bukan untuk umat Islam sahaja. Tetapi, untuk semua umat manusia.. SEMUA!!!

Malah, dalam wasiat terakhir Rasulullah SAW sendiri ada menyebut bahawa baginda meninggalkan kepada kita dua perkara, AlQuran dan AsSunnah. Kalau kita pegang keduanya, maka, selamatlah kita. Insyallah..

Jadi, kenapa masih timbul lagi isu, budak sekolah agama tak semestinya jadi ustazah???

Ingat, jadi ustazah atau tidak, kita masih hamba Allah.

Kita masih hamba yang kerdil.
Hamba yang hina.
Hamba yang lemah.

Jadi, kita tiada hak untuk menolak segala syariat Allah.. Tiada hak untuk memilih-milih hukum mana yang mahu diikut, hukum mana yang tidak mahu diikut. Bab pakaian ikut, bab ikhtilat tak mahu ikut.. Mana boleh.. Apa hak kita untuk memilih-milih hukum Allah. Sebagaimana firman Allah..

“Masuklah kedalam agama islam keseluruhannya…”


Ayat di atas ialah ayat AlQuran. Ayat AlQuran untuk semua. Bukan untuk ustaz ustazah sahaja. Jadi selagi mana kita hidup dengan menggalas nama hamba Allah.. Maka, patuhilah syariat Allah..

Kenapa kena patuh???

Sebab Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terbaik buat hamba-hambanya.

“…Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[AlBaqarah,2:216]


PROTON DAN KERETA
Kalau kita beli kereta keluaran proton, kita diberi kemudahan untuk pergi ke servis room of proton. Kenapa mesti pergi ke servis room proton? Kenapa tidak ke servis room of acer?

Sebab.. yang mengeluarkan kereta ialah kilang proton.. bukan kilang acer..

Kalau pergi ke servis room acer juga, takut jadi ibarat tikus membaiki labu.. bukannya makin elok, tapi, makin berlubang.. huhuhu…

Macam itulah juga manusia. Bila sudah rosak yakni letih, penat, sedih, risau hatta gembira sekalipun, kembalilah kepada Allah..

Apabila gembira, ucaplah Alhamdulillah..

Tika sedih, ucaplah innalilallah.. dan berdoalah pada Allah, mohon kekuatan, ketenangan dan keampunan dariNYA.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”
[AlBaqarah,2:153]





Moga kehadiran syawal ini dapat menggamit hati kita untuk terus mencari redha dan berkat dariNYA... Insyallah(^^,)


p/s: kenyang sungguh raya kali ini... eerrkk... alhamdulillah(^^,)

Monday, September 21, 2009

sedikit cenderahati sempena raya...(^^,)


Sempena aidilfitri yang datang ini, beberapa kad telah ana nukilkan.. niat dihati hendak print dan hantar ke kawan-kawan, teman dan sahabat-sahabat..
Tapi, masa x mengizinkan..
Jadi,
tunjuk kat blog pun jadilah.. hehehehe

SELAMAT HARI RAYA...(^^,)







berlalulah sudah RAMADHAN....




Syawal menjelma lagi...
Maknanya...
Ramadhan sudah pergi..
pergi tinggalkan kita..
jauh tinggalkan kita..
entah jumpa atau tidak lagi..
hanya doa yang mampu kuhulur..
agar ramadhan akan datang bakal kutemui..
Insyallah..

sedikit pesanan buat diri ini dan sahabt-sahabat sekalian...
Jika, sepanjang ramadhan yang lalu, kita mampu istiqamahkan diri bertadarus...
Maka, teruskanlah..
sepanjang-panjang hari walau tanpa ditemani ramadhan..
Jika, sepanjang ramadhan yang lalu, kita sering solat berjemaah di surau dan masjid..
Maka, kekalkanlah berkunjung ke rumah-rumah Allah..
Sama-sama kita imarahkan..
Jika, sepanjang ramadhan kita mampu berpuasa selama sebulan..
Maka, ayuhlah kita teruskan dengan puasa 6 dibulan syawal..
Dan diikuti puasa sunat Isnin dan Khamis..
Jika, sepanjang ramdhan kita rajin bangun berqiamulai..
Maka, teruskanlah bangun..
Kerana sesungguhnya, qiamulail itu sumber kekuatan kita umat Islam..


Sebagaiman dalam sirah-sirah ada menceritakan bahawa didalam setiap peperangan, sahabat-sahabat yang bangun mengerjakan qiamulaial yang terpilih untuk berada disaf hadapan di medan perang...
Andai kita hidup dizaman itu???
Di saf manakah kita akan berdiri??
Hadapan atau belakang??
Sama-sama kita renungkan..
Sama-sama kita beramal...

p/s: rindunya pada ramadhan.. huhuhu..


Thursday, September 3, 2009

ANA SAYANG SEMUANYA...(^^,)


بسم الله الر حمن الر حيم

Hari ini pagi jumaat yang indah.. Masih didalam bulan Ramadhan penuh berkah. Sudah memasuki fasa 10 malam pertengahan yakni malam-malam mencari pengampunan dari Allah Taala. Moga kita semua mendapat keampunan dariNYA... Insyallah..

Tadi, pergi melawat blog-blog teman seperjuangan swaktu di alam JENAN... Waahhh... rindu sangat sama kamu semua.. Buka blog mamawuby, jumpa entry tajuk my sayangs!!. Buka blog emymimie, jumpa plak entry tajuk my sayangs jugak. Dahla 2, siap ada gambar lagi tu.. Wahhh... memang rindu bangetla sama-sama teman-teman sekolah dulu. Walaupun ana cuma join sekolah tu sekadar 2 tahun cuma, tapi, kenangan yang tersemat sepanjang hidup disitu memang kenangan yang indahlah.. Tak mungkin dapat cari ditempat lain.. Dapat pula jumpa geng-geng yang BEST + ROCK + LOVELY.. hehe.. best rr.. Walaupun, nampak kami seperti geng yang baik dan skema disekolah, tapi, hehehehe.. perkara-perkara nakal pun ada juga.. oooppsss... biarlah rahsia perkara apa.. biarkan ia menjadi kenanangan terindah kami..(^^,)

Apa yang ana nak cakap sebenarnya cuma...

ANA SAYA
NG SEMUANYA(^^,)

Moga kita semua berjaya dalam bidang masing-masing...
Insyallah..

Tapi, harapnya, tidaklah kita semua sekadar berjaya didunia, bahkan diakhirat juga hendaknya.. Insyallah..


Kenapa?

Kerana, demi Allah, dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut,
air yang tersia dijarinya ketika diangkat itulah nilai dunia.

Marilah kita ikut resam manusia pada zaman keagungan Islam.
Mereka melebihkan akhirat berbanding urusan dunia.
Mereka diibaratkan menjunjung akhirat dengan tangan kanan dan menjinjing dunia dengan tangan kiri.
Andai akhirat di atas kepada hampir terjatuh, mereka akan melepaskan dunia untuk menyelamatkan akhirat dari tergadai.

Fahamkah???

Maksudnya, dunia adalah alat untuk mencapai akhirat,
maka,
buatlah sehabis baik semasa didunia dalam apa jua hal. Tapi, andai kata, yang terbaik diduni itu mampu merosakkan prestasi di akhirat,
maka,
tinggalkanlah dunia itu.

Sudah menjadi kelaziman kita, untuk buat sesuatu yang sopan, yang baik untuk masyarakat, yang semua orang akan suka dan tidak mendatangkan marah dihati manusia-manusia.
Tetapi,
jarang sekali, kita memikirkan tentang marah ALLAH. Kerapkali, kita melakukan sesuatu yang dianggap normal dan cantik dimata manusia tetapi hodoh pula pada pandangan YANG ESA.

Contohnya, dari sudut pakaian.

Memakai pakaian yang menutup aurat bagi masyarakat umum ialah memakai tudung dan berseluar atau berkain labuh.. menutupi sehingga ke buku lali.

Yang menjadi cacatnya ialah apabila, ada yang memakai tudung,
tapi,
tidak labuh menutupi dada,ada juga yang pakai tudung tapi, baju pula berlengan pendek dan turut wujud golongan yang memakai baju cukup tutupnya yakni sudah berlengan panjang tetapi, ketatlah pula..



Cantik.. hanya dipandangan manusia..
Sopan.. juga hanya dipandangan masyarakat umum..
Tetapi,
Apa pula pandangan ALLAH???

Bukankah pandangan ALLAH yang lebih utama??
Sebab DIA yang menciptakan kita..

Ana rasa semua maklum dengan etika berpekaian disisi ALLAH yang sebenarnya.. Cuma tinggal nak laksankan sahaja.


Jadi,
jomlah kita praktikkan apa yang kita tahu.. Sebab, ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah..
Pokok apa yang takde buah??
Pokok bunga kertas, walaupun indah dipandang, tetapi kita tetap tak mendatangkan manfaat sepenuhnya..


Ingat, kita mencari keredhaan ALLAH sepenuhnya.. Bukan separuh, suku atau sebahagian..


Jadi,
jomlah kita jadi seperti pokok kelapa, yang berguna keseluruhannya.
Malah buahnya sahaja dah banyak manfaat..

Hendaknya, kita pun begitulah.. Amal kita bukan sahaja akan membantu kita diakhirat nanti, malah membantu ibu, ayah, suami, anak-anak dan orang-orang yang meneladani amal yang kita kerjakan..
Insyallah..

Jadi,
ana tak mahu cakap banyak..
Jom kita pergi beramal dengan apa yang kita tahu sekarang..

Jomm..(^^,)

Saturday, August 22, 2009

(^^,) Sebuah Pertemuan...


Andai suatu hari nanti ada yang bertanya kepada ana... " Zaman manakah yang paling nti rindui?"

Pasti jawapan yang ana akan berikan ialah zaman ini, yakni zaman universiti..Zaman dimana ana mengenal erti ukhwah.. Zaman dimana ana mengenal erti perjuangan .. Zaman dimana ana mengenal erti sahabat yang sebenarnya..

Sahabat yang sentiasa disisi walau apa keadaan sekalipun.. Sahabat yang tidak pernah lupa untuk menegur salah silap diri ini.. Sahabat yang tidak pernah surut dengan kata-kata semangat dikala ana kelunturan semangat.. Sahabat yang bagaikan permata dicelahan kaca..

Kalimah terima kasih tidak mungkin mampu membayar nilai hubungan ini. Tetapi, hanya itu yang mampu ana lafazkan.. Buat sahabat-sahabat seklaian, ketahuilah ana betul-betul sayangkan antunna semua...(^^,)




Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan


Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan

Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan


Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


Thursday, August 20, 2009

Ahlan Ya Ramadhan..(^^,)


Esok 1 Ramadhan 1930H. Moga-moga kita sempat untuk menikmati bulan penuh keberkatan itu.. Tempoh 24 jam itu.. macam-macam boleh terjadi..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Ketika Ramadhan tiba, semua gerbang syurga terbuka."
(Riwayat Shahih Bukhari)


Gerbang syurga dibuka?? Wahh.. seronoknya..

Tapi.....,

tidak semudah itu untuk masuk syurga, kerana syurga itu mahal harganya.. setimpal dengan keindahan dan kemewahan yang ditawarkan ALLAH kepada kita.. Oleh itu,sudahkah kita bersedia untuk menghadapi Ramadhan?

Apa persiapan yang telah dibuat? Kurma dah beli? Makanan sahur dah ada? Haish... Takkan itu sahaja??

Fikir lagi..Ada lagi yang tertinggal tu..

Apa yang tertinggal eh??

Hhhmmm.. Antara yang ana boleh pesan ialah..

(1) Dah latih perut untuk berlapar dan dahaga? Bukan apa, bimbang kalau-kalau perut terkejut dan terkejang sehingga gastrik datang menyerang pula nanti..

(2) Dah latih bangun solat malam? Bukan apa, bimbang kalau-kalau sahabat-sahabat menyesal pula nanti kalau tak dapat bangun di malam Lailatul Qadar nanti.. Sepertimana yang telah terakam dalam kitabul Quran, Surah Al-Qadr..

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apa dia kebesaran malam al-Qadar itu? Iaitu malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin tuhan mereka kerana segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun beikut). Sejahteralah malam itu hingga terbitnya fajar.
(Al-Qadr : 1-5)


(3) Lagi satu, jangan liat bangun sahur ye sahabat-sahabat sekalian... Sebab dalam sahur itu ada keberkatan. Shur itulah yang membezakan puasa orang Islam dan orang lain..

Hari ini 30 Syaaban 1930H.
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda: "Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dari Abi Sa'id Al-Khudri katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sahur itu berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan meneguk seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang makan sahur."
(HR. Ahmad)


Lagipun, belum tentu lagi, Ramadhan akan datang akan kita ketemu lagi.. Jadi, jomlah kita manfaatkan sepenuhnya madrasah Ramadhan ini. Semoga berakhirnya Ramadhan ini nanti, akan melahirkan kita yang baru, yang lebih hebat akidahnya, tauhidnya dan ibadatnya. Insyallah... Jom, sama-sama kita berusaha ke arah itu..(^^,)

Jangan lupa juga untuk bersolat terawih dibulan ini, sebab bulan lain tiada solat terawih..Dalam setahun, hanya 30 hari sahaja amalan terawih ditawarkan.. Jadi, jomlah kita ramai-ramai berebut melakukannya...(^^,)

Akhir kalam...

SALAM RAMADHAN...
p/s: rindunya pada Ramadhan...

Saturday, August 15, 2009

HARGA SEHELAI HIJAB




Andai inilah nilai sehelai hijab itu…
Tak mampu untuk aku membayarnya..
Andai inilah harga sehelai hijab itu..
Tak mungkin mampu aku milikinya..
Andai hijab ini hanya akan dimiliki..
Dengan bisu seorang ibu..
Tak mungkin aku sanggup..
Andai hijab ini bukan lagi milikku..
Aku pasrah..
Tapi,
Ya Allah Ya Tuhanku..
Janganlah Kau jauhkan diri ini dari kasih seorang ibu..
Sesungguhnya,
Aku masih belum mampu untuk hidup tanpa kasih seorang ibu…


Bait-bait ayat diatas adalah antara isi hati seorang sahabat.. Yang tidak ingin dikenali..
Sayu hati ini tatkala mengenang kisah sahabat ini..
Betapa tingginya nilai sehelai hijab buat sahabat ini..
Tapi, masih ada diantara kita, yang masih tidak tahu menilai nilai hijab ini..
Yang masih acuh tak acuh dengan peranan sehelai hijab..
Yang masih menganggap hijab itu sebagai penghalang kebebasan..

Walau diberi peluang, diberi ruang untuk memakai hijab itu, tetapi masih tidak mahu..
Malah, ada yang hanya memakainya atas sebab pihak sekolah suruh ataupun atas sebab dah terbiasa..
Tahukah wahai kaum hawa sekalian..
Hijab itulah lambang maruah kita..
Lambang harga diri kita..
Semakin sehelai hijab itu mampu menjaga diri kita, semakin tinggi nilai hijab itu..

Janganlajh kita memakia hijab itu atas dasar adat..
Tetapi, hayatilah sepenuhnya nilai sehelai hijab..
Agar dapat sama-sama kita mendapat manfaat dari amalan kita memakai hijab itu..
Bukan sekadar sabagai adat dan kebiasaan..
Tetapi, sebagai satu amalan yang membawa kita semakin dekat denganNYA..
INSYALLAH… Moga dipermudahkan Allah jalan itu buat kita semua(^^,)
 

(^^,) NAdhiRaH's WoRds (^^,) Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino