Tuesday, May 19, 2009

Beriman Dengan Cemerlang..


Kalau ditanya orang, " Berimankah kamu?" Apa jawapan yang akan antum antuna berikan? Kalau ana, ana akan jawab dengan yakin YA!! Ana beriman dengan Allah, beriman dengan Rasullullah SAW, beriman dengan malaikat, beriman dengan kitabul Quran, beriman dengan hari akhirat dan beriman dengan qada dan qadar.

Tapi, ditahap manakah iman kita? Sebagai manusia biasa, ana akui memang iman kita ibarat kulit bawang. Nipis, amat nipis. Jika hari ini bertambah, esok lusa boleh kembali menurun. Jika hari ini, ana mampu melawan godaan syaitan, esok lusa belum tentu lagi. Hhhmm.. itulah iman manusia. Sentiasa bertambah dan berkurang.. Tidak seperti iman malaikat yang sentiasa tetap.. tidak bertambah dan tidak pula berkurang. Tidak juga seperti iman para nabi dan rasul, sentiasa bertambah dan tidak pernah berkurang.

Namun, cukupkah sekadar mengetahui bahawa iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang tanpa apa-apa tindakan? Cukupkah sekadar menjawab.." biasalah iman manusia, ada masa bertambah ada masa berkurang" dan kemudian terus membiarkan diri bergelumang dengan kelekaan, kelalaian dan dosa? Tidak takutkah andai kata nyawa kita ditarik tika iman sedang rendah? Tidak gentarkah jika amalan kita selama ini tidak dikira hanya kerana disaat akhir nyawa kita, kita sedang lemah iman? Tidak takutkah antum antuna pada neraka Allah? Tidak gerunkah antum antuna pada seksa dialam kubur? Nauzubillah.. moga kita semua sentiasa dibawah rahmatNYA, moga kita dilindungi dari seksa api neraka... AMINNN..

Bagaimana ingin menjadi orang yang beriman yang cemerlang?

Ingat lagi slogan yang dilaungkan oleh bekas perdana menteri kita, "Cemerlang, Gemilang, Terbilang"? Hhhmm... Jomlah kita cemerlangkan diri dengan ilmu-ilmu akhirat dan dunia. Kita gemilangkan diri kita dimata Allah. Kita majukan diri kita agar umat Islam menjadi umat yang terbilang..
Jomm.. Jom.. Jom..(^^,)

Dalam satu majlis ilmu yang ana hadiri,ustaz ada memberikan petua untuk menjadi orang beriman yang cemerlang. Mahu tahu? Pertama, harus menjaga hubungan baik dengan Allah SWT. Menjaga hubungan dengan Allah ini, banyak kaedah boleh diaplikasikan. Antaranya, menjga solat yakni, solatlah diawal waktu. Menambah amalan-amaln sunat dalam aktiviti seharian seperti amalan membaca maksurat, solat dhuha, solat tahajut, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, puasa sunat Isnin dan Khamis dan banyak lagi.

Kedua, harus menjaga hubungan baik sesama manusia. Menjaga hubungan sesama manusia ini, pertama sekali ialah terhadap kedua ibubapa kita. Sesungguhnya rugilah meraka yang mensia-siakan peluang berbuat baik terhadap kedua ibubapa mereka dikala mereka masih hidup. Seterusnya, menjaga muamalat dengan jiran tetangga dan sekalian makhlukh yang lain.

Dan akhir sekali, berjihad dan berjuanglah dijalan Allah. Pertama-tama sekali, jihad yang terbesar ialah jihat untuk melawan hawa nafsu. Andai kata, hawa nafsu mampu dilawan, insyallah, jika diserah segunung duit mahupun sekumpulan wanita anggun menggoda, pasti syurga Allah yang ghaib itu juga menjadi idaman hati. Masyallah... Besarnya pengaruh nafsu kepada kita. Selain menangkis godaan syaitan dan tipu daya iblis, dorongan nafsu yang kuat kearah lembah dosa juga tidak patut dipandang enteng. Sebab itu, seperti lagu tombo ati nyanyian Opick, ada berpesan, ada lima perkara yang boleh dilakukan dalam usaha mengubat hati. Iaitu, selalu membaca AlQuran, amalkan zikir setiap saat, berkawanlah dengan golongan ulama, berpuasa dan solat sunat..(huhuhu..asif, ana tak ingat sangat, nanti ana semak balik)

".. Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung. Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kam, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.." (SurahAlHajj,22: 77-78)

Hhhmmm... jalan telah ditunjukkan. Antara mahu atau tidak sahaja. Mahu syurga? Jadi, jom topup iman, jom tambah amal, jom jadi orang beriman...(^^,)

1 comment:

aurora hijau said...

kerana itu pentingnya sahabat..

dan sahabat itu adalah cermin bagi diri kita..