Tuesday, June 9, 2009

syukur ALHAMDULILLAH.....

بسم الله الر حمن الر حيم

Pertama-tama sekali, ana mengucapkan ribuan syukur ke hadrat Ilahi ke atas nikmat cuti yang Allah berikan kepada ana ini. Walaupun sedih kerana perjuangan dakwah di medan kampus terpaksa direhatkan sebentar, walaupun rindu di hati ini membuak-buak ingin berjuang dengan sahabat-sahabat disana, tapi, ana akur, dalam menjalankan tugas sebagai dai'e masyarakat, tugas sebagai anak solehah, anak yang menyenangkan juga harus dilaksanakan. Sebagaimana yang telah difirmankan Allah :

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa...." surah AlIsra',17:23



Maka, cuti yang panjang ini, ana mengambil kesempatan untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa ana, menambah ilmu pengetahuan agama, serta mentarbiyyah diri kembali.

Dulu, tika iman sangatlah nipis, ilmu sangatlah tohor, ana seringkali menyesal, sedih kerana keputusan spm ana tidak melayakkan ana untuk menyambung pelajaran keluar negara. Kecewa kerana keputusan spm ana tidak mengkelaskan ana sebagai pelajar cemerlang. Malah, disebabkan keputusan spm yang kurang memberangsangkan, ana gagal mencemerlangkan diri di peringkat matikulasi. Dek kerana terlampau emosional barangkali. Sehinggakan ada seorang guru menegur ana gara-gara melihat sikap acuh tak acuh ana dalam mengejar ilmu, " Kamu belajar sebab disuruh ke? Kamu dah tak berminat belajar ke?" Dan ana, hanya mampu terdiam..


Tapi, hari ini, ana bersyukur ke hadrat Ilahi. Ana bersyukur sesangat kerana dengan percaturan dariNYAlah, ana, kini, dapat menyelami apa ertinya ana menganut Islam yang sebenarnya.. Benarlah seperti firman Allah dalam AlQuran yang bermaksud ;

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." surah AlBaqarah,2:216

Iman seseorang itu tidak lengkap hanya dengan mengucapkan dua kalimah shahadah, tetapi harus difahami, dihayati dan digenggam dengan keyakinan yang tinggi. Menyelami tanggungjawab yang tergalas sebaik sahaja mengucapkan kalimah syahadah ini, sudah cukup membuatkan kita sentiasa takut untuk menangguhkan amalan kebaikan.
Tidakkah antum antuna semua bimbang, dia akhirat nanti kita disoal, apa buktinya kita telah bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah?

Cukupkah sekadar solat lima waktu tetapi dihujung-hujung waktu???
Cukupkah puasa dibulan Ramadhan tetapi mengumpat masih diamalkan???
Cukupkah menutup aurat tetapi tika kesusahan menimpa, pelbagai keluhan dan rintihan terbit dibibir dan hati???
Cukupkah semua amalan kita untuk menjadi bukti bahawa kita mengaku ALLAH itu ALLAH yang ESA???

Baiklah, kita ambil contoh yang mudah;
Sekarang ini, kes ragut semakin menjadi-jadikan.. Pernah tak antum antuna terfikir kenapa mereka yang meragut ini tidak takut dengan tindakan mereka? Padahal mereka ini, rata-ratanya orang melayu kita, orang Islam.. Kerajaan seringkali mewar-warkan hukuman yang menanti jika mereka ditangkap bersalah.. tetapi, mereka sedikit pun tidak gentar.... kenapa?

Kerana, mereka yakin mereka akan terlepas dari hukuman polis sebab mereka ini mat rempit. Bawa motor bagai pelesit.. Polis yang kejar pun boleh pancit.. Itu sebab pertama! Sebab kedua pula, kerana, mereka tidak memahami konsep syahadah, tidak menghayati dan tidak mengaplikasikan konsep syahadah. Ya! Mereka juga mengucapkan kalimah itu, tapi meraka tidak memahami.

Bila mana mereka tidak memahami maksud sebenar kalimah syahadah... Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, maka, rasa takut, rasa gentar pada ALLAH tidak lagi dekat dihati. Mereka lupa pada keESAan ALLAH. Mereka lupa pada hari pembalasan Allah.. Mereka lupa..

Mereka lupa, bukan kerana mereka orang melayu, tetapi, mereka lupa kerana kita lupa untuk mengingati mereka. Jadi, ana berharap sesangat, marilah kita saling ingat-mengitai. Ana sendiri terpukul dengan kata-kata yang ana tulis sendiri, kerana bila mulut seorang penceramah itu berceramah, telinga terdekat untuk diingatkan adalah telinga penceramah. Maka, begitu juga dengan ana, bilamana jari ana laju menari di papan kekunci ini, maka, mata pertama yang akan menjamu tulisan-tulisan ini.. adalah ana sendiri. Sebab itu, kita kena selalu saling ingat mengingati. Kerana sifat manusia itu sendiri mudah lupa.. maka, manusia jugalah yang harus mengingati..

Bagaimana? Dengan selalu menjamah ayat-ayat suci AlQuran. Dengan selalu bergaul dengan sahabat-sahabat sewangi haruman kasturi.. Insyallah dengan izin Allah, kita semua didalam redhaNYA selalu.. Amin..

No comments: