Thursday, August 20, 2009

Ahlan Ya Ramadhan..(^^,)

Esok 1 Ramadhan 1930H. Moga-moga kita sempat untuk menikmati bulan penuh keberkatan itu.. Tempoh 24 jam itu.. macam-macam boleh terjadi..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Ketika Ramadhan tiba, semua gerbang syurga terbuka."
(Riwayat Shahih Bukhari)


Gerbang syurga dibuka?? Wahh.. seronoknya..

Tapi.....,

tidak semudah itu untuk masuk syurga, kerana syurga itu mahal harganya.. setimpal dengan keindahan dan kemewahan yang ditawarkan ALLAH kepada kita.. Oleh itu,sudahkah kita bersedia untuk menghadapi Ramadhan?

Apa persiapan yang telah dibuat? Kurma dah beli? Makanan sahur dah ada? Haish... Takkan itu sahaja??

Fikir lagi..Ada lagi yang tertinggal tu..

Apa yang tertinggal eh??

Hhhmmm.. Antara yang ana boleh pesan ialah..

(1) Dah latih perut untuk berlapar dan dahaga? Bukan apa, bimbang kalau-kalau perut terkejut dan terkejang sehingga gastrik datang menyerang pula nanti..

(2) Dah latih bangun solat malam? Bukan apa, bimbang kalau-kalau sahabat-sahabat menyesal pula nanti kalau tak dapat bangun di malam Lailatul Qadar nanti.. Sepertimana yang telah terakam dalam kitabul Quran, Surah Al-Qadr..

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apa dia kebesaran malam al-Qadar itu? Iaitu malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin tuhan mereka kerana segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun beikut). Sejahteralah malam itu hingga terbitnya fajar.
(Al-Qadr : 1-5)


(3) Lagi satu, jangan liat bangun sahur ye sahabat-sahabat sekalian... Sebab dalam sahur itu ada keberkatan. Shur itulah yang membezakan puasa orang Islam dan orang lain..

Hari ini 30 Syaaban 1930H.
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda: "Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dari Abi Sa'id Al-Khudri katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sahur itu berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan meneguk seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang makan sahur."
(HR. Ahmad)


Lagipun, belum tentu lagi, Ramadhan akan datang akan kita ketemu lagi.. Jadi, jomlah kita manfaatkan sepenuhnya madrasah Ramadhan ini. Semoga berakhirnya Ramadhan ini nanti, akan melahirkan kita yang baru, yang lebih hebat akidahnya, tauhidnya dan ibadatnya. Insyallah... Jom, sama-sama kita berusaha ke arah itu..(^^,)

Jangan lupa juga untuk bersolat terawih dibulan ini, sebab bulan lain tiada solat terawih..Dalam setahun, hanya 30 hari sahaja amalan terawih ditawarkan.. Jadi, jomlah kita ramai-ramai berebut melakukannya...(^^,)

Akhir kalam...

SALAM RAMADHAN...
p/s: rindunya pada Ramadhan...

No comments: