Sunday, July 18, 2010

kecil vs BESAR

Bismillahhirahmanirahim..
Alhamdulillah, disaat dan ketika ini kita masih lagi disini, dibumi ALLAH yang nyata..
sambil menikmati nikmat iman dan islam..
dalam kita bergembira..
teringatkah kita pada yang telah pergi..
dalam kita enak dibuai mimpi..
terfikirkah kita bagaimana rasanya saat mereka menjawab soalan dari mungkar dan nankir..

hhmmm...
satu soalan berkaitan tajuk 'post' kali ini..
antara yang besar dan kecil... yang mana lebih kita takuti?

ye..
mesti kita lebih takutkan yang besar kan..


contoh..
antara harimau dan nyamuk..
pasti harimau lebih ditakuti..


tapi,
sedar atau tidak
data statistik menyatakan mereka yang pergi menemui Ilahi dek kerana gigitan nyamuk lebih ramai berbanding mereka yang terkena gigitan harimau..


hhmm..
cuba renungkan kembali..
antara dosa besar dan dosa kecil mana yang lebih banyak kita lakukan??
ana pasti dosa kecil yang selalu bersama-sama kita kan..
mustahil kita tidak melakukan dosa..
kerana kita bukan nabi..
nabi yang bersifat maksum..


jadi,
mengikut teori nyamuk dan harimau tadi,
dosa kecil pasti memberi impak yang lebih besar kepada kita dalam tidak sedar..
setitik dosa kecil membina setitik titik hitam pada hati..

bayangkan andai titik itu tumbuh tanpa surut setiap hari..
pasti hati kita saat ini telah diliputi oleh noda-noda hitam..
nauzubillah..


moga kita sentiasa diampunkanNYA
tapi,
doa tanpa usaha tiadalah hasilnya..
maka,
dalam usaha mensucikan kembali hati kita..
ayuh
ayuh kita bersama
banyakkan zikir dan mengingati ALLAH..


Jom zikir (^^,)









No comments: