Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Friday, August 10, 2012

cari bukan tunggu

Bismillahirahmanirahim

Malam lailatul qadar terus diburu
oleh sang pemburu
pencinta setia syurga Ilahi

hanya yang benar-benar terpilih akan ketemui malam seribu malam itu
berbekalkan ikhlas dan sabar
antum akan menjadi salah seorang yang terpilih itu

teruslah beribadah dan berdoa dengan sabar

kerana malam itu pasti ada
hanya Allah yang tahu bila dan bagaimana

kita selaku hambaNYA
hanya perlu
mencari.. mencari.. mencari..
jangan sekadar tunggu!





Tuesday, June 12, 2012

mardhotillah ^^,


Bismillahirahmanirrahim


kalimat hikmah dari seorang hamba ALLAH yang penyayang
moga ALLAH selalu sayang padanya
^_^


bilamana dirimu didatangkan kejayaan,
ingatlah kepada ALLAH,
bilamana cita-citamu berjaya dikecapi,
ingatlah kepada ALLAH,
tatkala didatangkan seseorang menguji emosimu,
ingatlah kepada ALLAH,
tatkala musibah menguji imanmu,
ingatlah kepada ALLAH..

kerana ingatlah matlamat akhir kita, menuju redha ALLAH SWT..

"begin with the end in mind"







Monday, May 14, 2012

Sabar

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah,
sehingga hari ini
nyawa masih dimiliki bersalut iman dan taqwa
nikmat terbesar dari Ilahi

Sabar
tajuk bicara kali ini




Sesungguhnya sabar itu ada dua macam
i) sabar atas kesusahan/kesakitan
ii) sabar kepada apa yang antum gemari

sesungguhnya sabar itu sakit
namun
sakit itu tarbiyah
dan
tarbiyah itu indah
^_^

maka, teruslah bersabar
sesiapa yang bersabar di atas ujian,
Allah sempurnakan sabarnya,
lalu memasukkannya kedalam mana-mana syurga yang dia suka,
oleh itu
bersabarlah...

cerminan tahap sabar seseorang itu dapat dilihat pada tiga perkara
i)melalui perkataannya
ii)melalui perwatakannya
iii)melalui hati

berpakaian sifat sabar
tidak bermaksud antum akan jadi seorang yang tidak akan marah langsung
cuma
pakaian sabar itu
akan memandu arah marah antum
sabar itu akan mengawal kata-kata antum
sabar itu akan mengawal tingkah antum
sabar itu akan menyejukkan hati antum
kerana sabar itu ubat



sesungguhnya untuk sabar itu sukar
seawal pagi lagi kita disuruh sabar
yakni
sabar menahan gelora tidur
untuk sabar menunaikan kewajipan bertemu sang Pencipta
hanya yang benar-benar sabar mampu bertemu sang Pencipta
kerana DIA Maha Sabar

sempurnakan sabar seawal subuh dinihari lagi
dan
semoga sepnajang hari antum itu
akan dipayungi naugan sabar
insyaALLAH
^_^






Wednesday, January 25, 2012

semalam bagai mimpi




Semalam bagai mimpi
dan saat ini
ana bagaikan baru tersedar dari tidur yang panjang
duduk termenung di birai katil..
Mengharapkan
semalam hanya mimpi

Namun,
yang pergi tetap pergi
dan takkan pernah kembali
kerana nikmat bertemu kasihNYA sangatlah indah
jika hendak dibandingkan dengan nikmat kasih sesama kita






 
Dia hero ana
Yang selalu tersenyum saat menatap ana
Seringkali menjadi peneman seusai habis sekolah

Kini
tiada lagi..

Rindu bertandang sesekali
teringin menelefon dia dan memanggil dia untuk membonceng motor bersama lagi
Tatkala perut bekeroncong
dia mengajak ana singgah di warung itu
memakan mee udang dan air kelapa


Kini
Gerai itu masih kukuh disitu
Motor itu juga masih kuat berlari
Namun lelaki itu telah tiada
Tinggalkan ana dalam kerinduan

Ya ALLAH
Ana sayang dia
Ana rindu dia
Tolong terangkan kuburnya
Tolong lapangkan kuburnya
Tolong harumkan kuburnya
Kerana sesungguhNYA ana sayang dia
  
Maka
Ya ALLAH
Tolonglah sayang dia
lebih dari sayang ana pada dia
kerana
dia
atuk ana

[al-fatihah]



Alhamdulillah
Syukran jazilan ya ALLAH kerana sudi meminjamkan dia buat ana
Suatu hari nanti rindu ini pasti terurai
Maka, tolonglah bantu ana untuk mempersiapkan diri bersamanya bertemuMU
(^_^)



Tuesday, November 29, 2011

amarah

Bismillahhirahmanirahim






seringkali amarah merosakkan ukhwah..
seringkali amarah merosakkan amanah..


dari mana datangnya amarah ini?
dari akhlak yang lemah..
punca akhlak yang lemah?
dari kurangnya penghayatan ilmu dan teori..

bercakap memang mudah..

tetapi praktikalnya terlaksanakah?
tak perlu dinilai peribadi orang..

cukup sekadar merenung diri..
kerana diakhirat nanti soal diri sendiri yang akan dihisab..


cuma dakwah kearah hasanah yang perlu dilakukan..
kerana usaha dakwah kita yang akan dinilai..
bukannya hasil dakwah kita..


andai dakwah kita masih belum terlaksana..
puncanya diri sendiri juga..
kerana dakwah dari hati yang suci dan bersih..
kerana dakwah yang penuh beradab dan berakhlak diterima dengan mudah..
malah dipraktikkan oleh si penerima dengan senang hati..


ayuh berakhlak mulia..
semulia akhlak Baginda..
yang tak pernah membiarkan amarah merosakkan dakwah..


salam muhasabah...


Saturday, September 17, 2011

antara 2...

Bismillahirahmanirahim

antara 2 mana satu pilihan antum?


baik atau jahat

kiri atau kanan

depan atau belakang

kaya atau miskin

cantik atau hodoh

duduk atau berdiri

sopan atau kasar

kuat atau lemah

lapar atau kenyang

sedih atau gembira

rajin atau malas

hidup atau mati

syurga atau neraka


seringkali kita apabila diberi pilihan,lebih cenderung memilih yang tengah.

ya, bersederhana itu adalah yang terbaik..

malah

kehidupan Rasulullah juga dikelilingi kesederhanaan..
Rasulullah tidak makan melainkan jika lapar..
Rasulullah tidak marah melainkan kerana Islam semata..

namun,
dalam kehidupan Rasulullah..
Baginda SAW, tidak pernah bersederhana dalam berbuat baik..
malah berlebih-lebihan..

berbeza dengan pepatah melayu

"buat baik berpada-pada..."

hhmm..

andai disuruh memilih antara syurga dan neraka
mana satukah yang jadi pilihan kalbu?

andai syurga jadi pilihan antum,
maka,
mengapakah harus diseling selikan sifat ma'aruf dan mungkar?

jangan pernah jadikan 'aku manusia biasa, pasti lakukan kesilapan' sebagai alasanmu..
kerana
kesalahan-kesalahan seperti menutup aurat, menjaga ikhtilat dan meninggalkan solat
tidak akan terjadi andai antum tidak mahu kearah itu..

syariat yang sememangnya wajib diperlihara sedari usia hijau lagi..

jadi,
ayuhlah sahabat kita beristiqarah
memohon petunjuk dan redhaNYA
agar setiap pilihan yang kita buat 
seiring dengan keputusan ALLAH
agar segala perancangan kita sentiasa seiring dengan perancanganNYA..





Sunday, September 4, 2011

masih menang??

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah
sebulan kem ibadah telah bersama kita hadapi

tinggi atau rendah prestasi, itu hanya dibawah pengetahuan ALLAH
yang penting, kita telah berusaha mencapai tahap tertinggi
dan hadiahnya
hari kemenangan buat kita diberi

ya!!
kemenangan disambut meriah pada 1 Syawal yang lalu
malah, sehingga hari ini
hari ke-7 syawal pun masih ada yang sedang meraikan kemenangan itu

persoalannya,
masihkah kita layak meraikan kemenangan itu?
atau
sudah tertewaskah kita?

hhmm..
ayuhlah sahabat, kita ambil ibrah dari kisah sirah
jadikan pengajaran kekalahan didalam perang Uhud sebagai pengajaran
kemenangan didalam perang Badar yang melekakan mereka
yang mengakibatkan arahan dilanggar
dan menatijahkan kekalahan yang juga mencederakan baginda Rasulullah SAW

ALLAHuakbar..
mahukah kekhilafan yang lalu berulang kembali
bijak pandai ada mengatakan
' sejarah pasti berulang'
namun,
berusahalah kita
agar sejarah yang pahit bukan datang dari kita
kerana sesungguhnya usaha itulah penilaian ALLAH
bukan hasilnya
kerana
hasil itu ketentuan ALLAH

jadi,
mari kita renung dan tenung sejenak
masih diaras kemenangan kah kita?
masih istiqamahkah kita dengan amalan-amalan dibulan Ramadhan yang lalu?
solat berjemaah..
bertadarus..
berqiamulail..
berpuasa..

andai ada yang tersasar..
ayuh, kita beristighfar

dan
kembali kepada momentum Ramadhan
agar kemenangan Syawal ini
terus bermakna
dan diberkati ALLAH


taqabbalminnawaminkum (^^,)







Monday, July 4, 2011

kenapa??

Bismillahirahmanirahim..

Hari-hari yang dilalui setiap hari menemukan ana dengan pelbagai ragam manusia
memutarkan pelbagai persoalan
dan membuatkan
ana bertemu dengan bermacam jawapan..

ya!!
bermacam jawapan
kerana
setiap yang berlaku pasti bersebab
hatta sehelai daun yang jatuh ke muka bumi juga membawa seribu pengertian buat mereka yang berfikir..


kenapa kita perlu makan?
 kerana kita lapar..
 kerana ingin memberi tenaga kepada badan kita
agar badan dapat berfungsi dengan baik
agar amanah ALLAH pada kita dibumi ini terlaksana dan terlangsai




kenapa kita perlu tidur?
kerana badan kita perlu berehat..
kerana dengan tidur sel-sel otak dapat dibaiki..
kerana dengan tidur sel-sel otak yang kurang digunakan akan disegarkan kembali..

Ibarat printer, kalau lama tidak digunakan, ia akan rosak..
kalau terlampau kerap digunakan pun, ia akan rosak..
sebab itu, kalau dah lama tidak menggunakannya, perlu juga dihidupkan dan digunakan
agar ia tidak mati dan rosak begitu sahaja..
kalau terlampau kerap menggunakannya juga perlu direhatkan sebentar
sebelum digunakan lagi..

begitu juga manusia..


kenapa kita perlu solat?
pertama-tamanya solat dibuat kerana itu suruhan ALLAH..
bukti??
sila rujuk kitab AL-Quran dalam surah Al-Baqarah,2 ayat 3

“……..dan (marilah) mendirikan shalat.."


dengan bersolat juga sebenarnya kita sedang berhubung dengan ALLAH
sedang bercakap-cakap dengan ALLAH..

solat juga membantu kita menjadi mukmin yang sihat dan kuat..
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Malaya ke atas sekumpulan peserta mendapati mereka yang sempurna solatnya lima kali sehari mempunyai nilai komposisi badan yang lebih sihat berbanding dengan sekumpulan peserta yang meninggalkan solat. Malah, tahap ketahanan badan juga turut meningkat...

Wahhh...
Hebatkan??

Solat juga mendidik kita menjadi insan yang berdisiplin..
kenapa perlu berdisiplin??
hhmm... smeua orang tahu, untuk berjaya, perlulah berdisiplin..
kalau asyik malas je.. bila nak berjaya kan??(^^,)

solat juga memberi kekuatan mental dan rohani..
tak percaya???

cuba lihat muka orang-orang yang solatnya diyakini terjaga..
tenang dan mendamaikan???

lalu, cuba tanya pula, samada mereka ini punya masalah atau tidak..
ana yakin pasti mereka juga punya masalah tersendiri..
tetapi, ketenangan jiwa yang diperolehi mereka melalui solat membuatkan hidup mereka sentiasa damai
dan segala ujian dan masalah dalam hidup mereka bagaikan manisan dalam kehidupan..



hhmm...
mahukah kita menjadi seperti mereka???
sentiasa tenang dalam apa jua keadaan...
masyaALLAH
tentu seronokkan???

jadi, apa lagi??

JOM SOLAT (^^,)









Monday, May 23, 2011

nikmatnya... alhamdulillah(^^,)

Bismillahhirahmanirahim..




alhamdulillah.. segala pujian untuk ALLAH
setelah sekian lama menanti.. akhirnya nikmat ini ana perolehi
nikmat yang mendekatkan diri ini pada DIA
nikmat yang menambahkan kecintaan ana padaNYA
nikmat yang membuahkan kembali rindu dihati..
nikmat yang membuktikan kemantapan ukhwah ana dengan 'fresh graduate' itu.. hehehe
rindu sebenarnya pada dia.. (^^,)







nikmat sakit..


ya!!
itu yang sedang ana nikmati

kenapa ana kata sakit itu nikmat??


kerana..
sakit itu hadiah dari ALLAH
tanda ingatan DIA pada ana..

ALLAHUAKBAR..
malunya rasa dihati ini..

dalam kelesuan ibadah ana
dalam keasyikan ana dengan dunia
DIA masih setia mengingati ana
DIA masih sudi memberi hadiah pada ana..


astagfirullahhal'azim
Ya ALLAH..
ampunkanlah diri yang lemah ini
ampunkanlah hamba yang kerdil ini
rasa sangat berdosa sangat diri ini..
huhuhu..
ibarat orang yang tidak mengenang jasa..
kasih dan cinta dibalas tuba..
astagfirullahhl'azim.. ampunkan ana Ya ALLAH..

sesungguhnya kasih dan cinta DIA pada kita hambaNYA takkan pernah ditandingi
walau kita seringkali lupa padaNYA
DIA masih setia mengingati dan melimpahkan rahmatNYA..
hebatnya kasihNYA..

nampakkan betapa agungnya kasih ALLAH pada hamba-hambaNYA
walau kita sering lalai dan alpa
walau kita sering leka dan jauh dariNYA
DIA tetap mengasihi, mencintai dan merindui hambaNYA



Allahuakbar..
jom koreksi diri..
setiakah kita pada cintaNYA
Pencipta kita... ALLAH...
jadikan ana sebagai pengajaran..
jangan diulangi kesilapan ana..
kerana orang yang pandai belajar dari kesilapan diri
tetapi,
orang yang bijak belajar dari kesilapan orang lain..



jom jadi bijak(^^,)



Thursday, February 3, 2011

islamophobia

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah
hingga saat dan detik ini
nikmat iman dan islam kita nikmati bersama
sesungguhnya itulah nikmat terbesar yang kita perolehi
cuma persoalannya
adakah kita menghargai nikmat itu?
adakah kita memanfaatkan sepenuhnya nikmat itu?
adakah kita tergolong dalam golongan yang kufur nikmat?
nauzubillah...


berada di kampung membuatkan ana dapat melihat sendiri senario umat islam yang makin parah
makin ramai yang mengakui keislamannnya
yang mengakui keimanannya
tetapi apabila diajak berbicara mengenai islam
mula berkerut muka
tanda tidak suka
baru sebut usrah sudah tarik muka..

" orang suruh pergi belajar, dia kalut nak join usrah"
" belajarlah dulu... "

antara kata-kata yang ana terima apabila berbicara soal usrah
itu baru usrah!!
belum sentuh bab munakahat, bab pakaian, bab pemerintahan..
haih..
alamatnya perang duniala..
huhuhu..

ya!!
itulah realitinya..
umat islam sendiri takut dengan islam
yang selama ini kita fikir orang putih takut islam..
tapi,
bila kita kembali kepada masyarakat..
rupanya
umat islam sendiri pun takut dengan agamanya..
umat islam sendiri si penganutnya memandang islam dari perspektif negatif
penganut agama lain apa lagi??


hhmm...
apa yang ditakutkan?
ana pun tidak pasti..
bukankah apabila kita belajar agama adalah satu kebanggaan??

belajar agama untuk menjernihkan akhlak
belajar agama untuk mendekatkan diri pada Yang ESA
belajar agama untuk memajukan diri
belajar agama untuk menjadi anak yang soleh solehah
belajar agama untuk mendaulatkan negara tercinta
belajar agama untuk berjaya dunia dan akhirat
sepatutnya begitulah kan??
itu pendapat ana..
tapi,
sebaliknya pula berlaku..
hal agama hanya boleh dibicarakan oleh ustaz dan ustazah..
ya !
itu yang terjadi.

apabila saintis, jurutera, cikgu sukan, penoreh getah, posmen, kerani yang cakap soal agama
maka,
ia satu kepelikan..

hhmm..
tahniahlah pada pencipta idealisme sekularisme..
anda telah berjaya..
ramai betul pengikut anda sekarang
benih yang disemai sudah jadi pokok
buah yang ranum sudah boleh dipetik

dosanya?
anda tanggung!!


pemisahan agama daripada kehidupan
itulah matlamat pejuang sekularisme.

menjadi pejuang mahupun penyokong fahaman ini sepatutnya dihindari?
namun,
dalam sedar atau tidak..
kita kadang-kadang tersokong fahaman mereka?
tidak percaya?

cuba lihat kembali aktiviti harian kita..

apabila disentuh soal pakaian..
owh.. tidak mengapa begini.. asalkan sopan dan cantik..
tetapi, kita terlupa melihat dari pandangan islam yakni agama kita..
sopan dan cantikkah dipandang agama?

apabila dilihat pula dikedai-kedai makan..
tidak ramai yang bangga untuk menadah tangan membaca doa..
ya
tidak ramai..

menjenguk pula dikedai-kedai buku..
tidak ramai saintis dan sejarahwan menjenguk ruang buku agama..
kenapa?
sebab merasakan itu bukan bidang antum?
err...
bukankah yang tidak tahu itulah perlu dipelajari..
sesungguhnya ilmu agama bukan untuk ustaz ustazah sahaja ye..
sebagaimana ana pernah cakap dulu..
syurga bukan untuk ustaz ustazah sahaja..

jadi,
sudah tersedar?
tindakan?
jom berubah..
tidak sedikit... banyak..

berubah untuk mula menghayati islam dalam kehidupan..
jadikan sunnah nabi sebagai amalan..
terlampau banyak sunnah nabi yang boleh kita malkan..
yang boleh menjadi bukti kecintaan kita kepada DIA Sang Pencipta juga kekasihNYA Rasulullah SAW


tips buat mereka yang masih fobia dengan islam
kenali dulu agama islam sebelum kalian kenali penganutnya yang belum tentu kenal islam
kerana islam terlampau indah untuk ditakuti

ayuh!!
syurga sedang menanti kita (^^,) 
kerana kita bukanlah islamophobia
tetapi
islam lover(^^,)



Sunday, January 9, 2011

berlalu.. dan lalui...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

alhamdulillah..
usia kini sudah semakin bertambah..
masa untuk menemuiNYA juga semakin hampir..
cuma dalam keadaan apa sahaja belum diketahui..
berserikah muka kita tatkala pertemuan itu?
harapnya begitulah hendaknya..

bertambahanya usia juga bermaksud bertambahnya amanah dan tanggungjawab

ya!!
tanggungjawab
sesuatu yang kita harus tanggung
dan
jawab dihadapan DIA disana nanti
sudah bersediakah dengan soalan-soalan di makhamah sana nanti?
andai masih ada yang ditanggung itu lompang dan carik
maka, 
bersyukurlah
kerana masih diberi kesempatan untuk membaikinya..

kesilapan dan noda yang telah berlalu
biarlah terus berlalu
usah diulang lagi

dan
terus lalui masa yang sedang dinikmati ini..
lalui dengan penuh rasa kesyukuran
dengan penuh teratur
dengan penuh sistematik
dengan penuh tertib
selaku jawatan yang kita sandang kini
yakni
hamba kepadaNYA

dan sedarlah
detik-detik yang dilalui bakal berlalu
dan jangan biarkan yang dilalui ini sama seperti yang telah berlalu
kerana 
rugilah mereka yang membiarkan masa yang dilalui sama seperti yang berlalu
celakalah mereka yang membiarkan masa yang dilalui lebih teruk dari yang telah berlalu
dan
beruntunglah mereka yang membiarkan masa yang dilalui lebih gemilang dari yang telah berlalu

jadi,
ayuh lalui masa yang ada
dengan penuh tertib dan sopan
berpandukan perlembagaan AlQuran dan AsSunnah




Tuesday, November 9, 2010

BERGABUNG


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Alhamdulillah
hingga saat ini nikmat iman dan islam masih kita kecapi
tanpa sedikit bayaran pun dikenakan
tanpa sedikit ungkitan kita dengar
walaupun seringkali kita mengingkari hakikat sebenar iman dan islam yang sebenar

apakah hakikat iman dan islam yang sebenar?

hayati kalimah dua syahadah..
hayatilah tuntutannya
hayatilah pelaksanaanya

maka,
itulah iman 
itulah islam


okey,
cuba hayati gambar dibawah


apa yang dapat dilihat?
seruling
rebana
gong

atau
dalam bahasa mudahnya
gabungan instrumen muzik
yang menghasilkan irama yang indah
yang seringkali kita dengar diradio dan television
yang akhirnya menyebabkan kita terlupa pada kemerduan zikir dan ayatul Quran
yang membawa kepada kelalaian
yang membawa kepada kealpaan

tapi,
pernahkah kita terfikir?
apakah yang terjadi
andai gabungan bencana berlaku..
masih kedengarankah irama merdu yang mengkhayalkan?
hasil gabungan dentuman guruh
sambaran kilat
gegaran gempa bumi
alunan ombak tsunami
aliran larva gunung berapi
masih sempatkah kita menghayati kemerduan irama yang terhasil??

lantas
apakah tindakan kita andai gabungan itu terjadi akhirnya??
sudah bersediakah kita menanti hari gabungan itu???





Tuesday, October 26, 2010

sebelum terlambat..

بٍسم الله الر حمن الر حيمٍ

ALLAHUAKBAR..
sekarang ni musim peperiksaan di sekolah ana
sekolah-sekolah lain ana rasa belum lagi
tapi sudah rasa bahangnya
moga kita semua terus cemerlang
didunia dan akhirat
insyaALLAH..
(^^,)


namun
entah dimana silapnya semangat peperiksaan seakan hilang
hilang kemana tidak ketemui
mungkin tenggelam dek bahangnya suasana kampung tercinta

hhmm...
macam-macam jadi di kampung ana sekarang
tanda-tanda kesesatan dah makin jelas
sudah tidak perlu guna penyiasat persendirian lagi kalau hendak tahu cerita buruk mereka
mereka sendiri sudah mula tunjuk belang
kalau masih ada yang menyokong mereka
haih..
tak tahulah hendak kata apa
sayangkan islam atau tidak mereka ini..
tinggal tanda tanya..


ada lagi satu golongan yang pelik
yang kononya tidak mahu ambil tahu dunia kotor di kampung ana itu
walaupun mereka sendiri tinggal dikampung itu
kata golongan ini
matlamat yang penting kena sokong yang benar-benar bawa islam
dan mereka yang yang terlibat dengan dunia kotor tak perlu disokong

ya!
bagus matlamat itu
tapi,
kalu kita tidak berjuang untuk membersihkan dunia kotor itu
siapa yang akan bersihkan?
mahu dibina kampung baru?
kenapa?
kenapa tidak dibersihkan sahaja kampung yang sedia ada?
tidak mahu membuat onar?
tidak mahu masuk ke dunia kotor?


siapa suruh?
siapa suruh entaorang buat onar dan masuk kedunia kotor?
kita tugasnya mahu membersihkan yang kotor..

tambah-tambah sekarang ini
dah makin berani mereka buat kotor..
makin berani buat bukan-bukan
makin berani melawan hukum ALLAH
ALLAHUAKBAR!!

moga ALLAH membantu kita
dan
buat mereka yang hanya sekadar mahu menuntut ilmu dan mencari redha ALLAH
tanpa mahu membantu membersihkan kampung kita ini
ingat

" Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah karena perbuatan tanganmu sendiri, dan ALLAH memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)."
AsySyura : 30

andai tiba masanya diakhirat nanti entaorang disoal ALLAH apa yang telah entaorang lakukan untuk kedaulatan islam.. 
apa yang mahu dijawab?

kami telah menyelamatkan diri dan mengajak yang lain juga menyelamatkan diri?
kami telah bina kampung baru untuk yang mahu islam?


huh
itukah solusi yang terbaik?
mengapa tidak dibersihkan kerosakan yang dilakukan mereka yang murka?
mengapa tidak cuba menegakkan daulah islam dikampung sendiri?
mengapa tidak cuba diajak yang mungkar kembali keislam?
mengapa?
mengapa?



fikirkan dan laksanakan tanggungjawab anda..
sebelum terlambat..