Saturday, January 28, 2012

bingkai masa

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah setelah puas bercuti di kampung, akhirnya pulang berjuang di medan jihad...
cehh.. bunyi macam hendak pergi berperang pula kan?

Apa erti jihad pada antum?
Ana percaya apabila sebut jihad,
mesti bayangan pedang terlintas dimata kan?



sebenarnya jihad ni ada banyak
jihad akedemik
jihad wang
jihad tenaga
jihad masa





jihad masa?
hhmm... macam mana tu..

kalau dilihat dari sudut definisi
jihad beerti melakukan dengan bersungguh-sungguh
masa sama erti dengan waktu

jadi,
jihad masa = melakukan dengan bersungguh-sungguh waktu?

errr... ana pun dah jadi pening..
hehe

ok, pada ana
jihad masa = menggunakan masa dengan sebaiknya

bagaimana hendak menggunakan masa dengan sebaiknya?
iaitu dengan merancang masa antum
DAN
mengikut perancangan antum

dulu waktu sekolah masa tingkatan lima
ana pernah ikut satu kem
dalam kem tu, ana disuruh buat bingkai masa ( in english we called it time frame)
bukan yang macam dalam muka buku tu
dalam bingkai masa tu kita dah letak target kita



pada usia sekian-sekian kita adalah siapa
pada usia sekian-sekian kita ada dimana
pada usia sekian-sekian kita ada berapa orang anak
(hehe.. yang akhir tu tambahan je..)


itu contoh perancangan masa panjang
untuk perancangan masa pendek pun sepatutnya ada
supaya hari-hari yang dilalui tidak berlalu kosong







sebaiknya malam sebelum tidur, rancang dulu apa yang perlu dibuat esok
rancang setelah memuhasabah diri apa yang telah dibuat hari ini
adakah perancangan hari ini telah diidi dengan sebaiknya?


jika tidak,
maka buatlah yang lebih baik esok hari
moga dengan usaha yang sedikit ini
dapat membantu kita menjadi muslim yang lebih proaktif
yang sentiasa lebih baik dari semalam
insyaALLAH
(^_^)



Ketahuilah,
masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu, 
tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu. 
Apabila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu, biarkanlah. 
Maka wajib atas kamu menghitungkan pula masa yang di hadapan
itu 
pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.





No comments: