Sunday, January 10, 2010

MaaF


"Kenapa eh diorang minta maaf eh?" tanya seorang adik kepada kawannya selepas habis solat isyak tadi..

hehehehe... wahai adikku sayang..
kenapa kami selalu meminta maaf setiap kali selesai solat berjemaah..
kerana itulah salah satu cara kami merapatkan ukhwah..
kata maaf mungkin kedengaran murah dan mudah diucapkan bila selalu diucapkan..
tapi, percayalah, ia sebenarnya sukar diungkapkan bilamana kata maaf itu benar-benar diperlukan..

pernah terjadi pada ana sendiri, bila mana ana rasa bersalah sangat pada seorang sahabat itu, selepas solat, rasa macam nak lari jer..
tak mahu salam dengan dia..
tapi, bila memikirkan, sampai bila mahu dipendam rasa bersalah itu, maka,
tangan dihulur, maaf dipinta..
maka,
hubungan yang suam-suam kuku kembali hangat(",)
alhamdulillah..

Teringat ana pada kata seorang teman sekolah ana dulu,
" Kalau kata maaf terlalu kerap diungkapkan, maka, mana nilainya kata maaf itu?"

Hhhhmmm... ana cuma diam tapi, tidak bermaksud ana setuju dengan pendapatnya.
Sebenarnya, walau sekerap mana pun kata maaf diungkapkan, andai ia lahir dari hati yang ikhlas,
maka, ia sebenarnya semakin mahal semakin hari..
bahkan akan membantu menambahkan rasa rendah diri dalam diri kita..
pernah tak terfikir, dalam sedar atau tidak..
kita mungkin telah melukakan hati sahabat kita??
mungkin kita rasa tindakan kita betul walau dia kecil hati..
tapi,
apa salahnya kita mengalah dan meminta maaf andai itu mampu menghangatkan suasana??

betul tak??
itu pandangan ana..


"Kalau dengan kata maaf segalanya mampu selesai, kenapa harus ada polis?" suara lain pula bersuara..

Polis diciptakan kerana wujudnya orang-orang yang enggan meminta maaf dan memberi maaf..
Kalau semua mengamalkan sifat maaf memaafkan.. mungkin polis tidak sesibuk sekarang..
Makhamah juga tidak perlu memikirkan hal-hal yang remeh..

Betul, sekarang ni banyak sangat kes-kes remeh dibicarakan..
anak saman ayah..
kawan saman kawan..
jiran saman jiran..

aduhh..
bila perkara-perkara kecil dibicarakan..
bila umat islam mahu faham erti islam yang sebenar??

tadi, ana buka satu blog yang disarankan sahabat ana..
sebenarnya, dah beberapa minggu yang lepas sahabat ana sarankan kepada ana..
tapi, baru hari ini rajin nak membaca..
hehehehe...

dan,
keputusannya..
amat mengejutkan..
kita, umat islam amat jauh ketinggalan..
kita telah didoktrin sejak beribu-ribu tahun dahulu..
masyallah..
kalau isu ukhwah dan maaf masih lemah..
bagaimanalah nak selesaikan hal yang lebih besar??

renung-renugkanlah duhai sahabat-sahabat sekalian...




5 comments:

slaveofALLAH said...

salam...betul2....terjd juga pada saya...susah untuk melafazkn bila maaf tue diperlukan sgt2...so..untuk elakkan kesusahan itu sentiasa lah ucapkan nya...

slaveofALLAH said...

Apa aje yg disuruh oleh ALLAH ade hikmah disebaliknya...percayalah hikmah yg diberi amatla manis...

شاح اندرني said...

Assalamualaikum.. Ana tertarik dengan "Maaf". . Ana berpendapat maaf ni sepatutnya jadi amalan seharian.. Yalah,dosa kita dengan Allah boleh diampun tapi dosa kita dengan manusia kene minta ampun dari manusia itu sendiri.. jadi dalam erti kata lain "maaf". Bukan kita tahu bila kita meninggal.. kejap lagi ka? Esok ka? seminit dua lagi ka? Setuju?

Okey, Yang Ana kurang suka kita hadkan kata "maaf" itu.. Pernah dengar kata ini " Ala,tunggu rayalah baru minta maaf" Dan ini " Esok Ana ada imtihan, maafkan ea salah silap Ana"

Pelbagai lagi peristiwa orang had maaf ni.. Ana suka dan berbesar hati jika "maaf" ini melengkapi hidup kita sehari harian.

Wassalamualaikum

hafizulfaiz lan said...

salam..

ana tertarik dgn post nie..
agak susah jika kita hendak memulakan ungkapa "maaf" kepada orang yang pernah kita buat silap..
slalunya, ungkapan "maaf" yg dilafazkan adalah ikhlas untuk memohon maaf kpd org trsbt..

mengenai had "maaf" bg ana, ia perlu menjadi amalan kita.

nadhirah said...

maaf...
satu perkataan.. empat huruf.. dua suku kata..

tapi amat berat diungkapkan.. hhmm..