Monday, April 12, 2010

apa itu islam??



assalamualaikum
selamat pagi..
selamat hidup kembali.. (^^,)

dah solat?
hhmm..
semalam kita solat
tadi kita solat
sekejap lagi dan esok...
insyallah kita akan solat lagi..
kerana apa??
kerana kita umat islam..
solat itu tiang agama..

tapi,
apa itu islam??
hah.. siapa mahu jawab??
hehehehe

kalau ditanya kepada kamu..." apa itu islam " oleh seorang bukan beragama islam,
apa jawapan yang mahu disua??

huhuhu... pernah terfikir tak kamu?

mungkin kamu akan jawab..
islam itu agama... hehehehe..
islam itu secara bahasanya bermaksud selamat..
islam itu indah..
islam itu mudah..
islam itu.. islam ini..

tapi, ada satu jawapan yang betul-betul mengujakan ana..







islam itu hati kamu...

kenapa hati??

kerana islam itu menyuruh apa yang hati kamu mahu dan suka buat dan
melarang apa yang hati kamu tak suka dan mahu buat..

wah..
menarikkan islam(^^,)

mungkin akan ada yang cakap..
owh..
kalau begitu, saya suka bercinta dengan kekasih saya
maka,
bolehlah saya bercinta dari sudut sisi islam..

hohoho..
sudah tentu boleh sahaja bercinta tetapi selepas berkahwinlah..
bukankah yang halal itu yang terbaik.. (^^,)
lebih manis..
lebih indah..
lebih berkat..

kalau ditanya kepada yang sedang bahagia bercinta itu pun
pasti ke pintu gerbang perkahwinan itu yang mahu dituju..
hah
kan betul ana cakap tadi..
itu kan suara hati kamu..
mahu berkahwin..
dan
itulah yang islam suruh sebenarnya

bukan tak boleh bercinta
bukan tak boleh berjumpa ber'dating' atau apa saja ber..
tapi,
kahwinlah dulu..
kerana didalam perkahwinan itu ada keberkatan..(^^,)

contoh lain..
kamu tak suka lihat orang bersikap biadap..
kamu tak suka lihat orang bercakap tak senonoh..
begitu juga islam..
islam pun tak suka juga..
sebab itu islam suruh bersopan-santun dan menjaga akhlak..
mungkin akan ada yang cakap..
ala, saya ni bukannya minah ayu..
nak bersopan santun..
nak lemah lembut..
lagipun saya tak suka nak berkelakuan hipokrit ni..

huhuhu..
siapa pula yang suruh kamu berhipokrit..
sopan santun tak semestinya mesti ayu..
bercakap yang sopan tak semestinya hipokrit..
mahu jadi rock?? boleh saja..
tapi, tak payah sampai cara cakap pun nak di'rock'kan..
tak payah sampai nak ikut orang-orang yang sedang meng'rock'kan diri mereka tu..
tak seronok pun..
sebab itu bukanlah apa yang hati kamu mahu..
maka, bersederhanalah dalam setiap perkara..

oklah,
sampai sini dulu..
sebab hati ana berkata ana perlu belajar..
sebab hati ana mahu cemerlang dalam peperiksaan yang bakal menjelma beberapa hari lagi..
maat taufiq wa najjah fil imtihan wat semua yang sedang bergelumang dengan peperiksaan..(^^,)








No comments: