Tuesday, March 16, 2010

di suatu petang...

Petang itu, seperti menjadi rutin biasa diri ini,
ana berjalan-jalan di pasar malam..
sambil membantu teman menjual barang jualannya..

Direnung dan ditatap wajah pembeli dan penjual disitu..
Semuanya Islam...
Alhamdulillah..
Ramai sungguh umat Nabi Muhammad saat ini...
Comel-comel belaka..

Di gerai menjual rojak itu, kulihat dua wajah comel milik kanak-kanak lelaki..
Asyik melihat ayahnya membuat rojak..
Comel..
Lalu, ana dan sahabat ana pergi mengusik anak itu..
Kami mendapat respon..
Hati girang gembira bermain dengan anak-anak itu..
Tambah teruja bila dapat tahu, anak itu bernama Abdullah Fahmi dan Abdullah Fahim..
Hehehehe..ana peminat Abdullah Fahmi sebenarnya.. tu yang teruja semacam sikit..(^^,)

Dalam keasyikan melayan kerenah si comel, ana titipkan doa...
moga mereka menjadi pemuda harapan agama suatu hari nanti.. Insyallah..
moga Islam dan Iman tidak pernah jauh dari hati mereka..
moga Allah dan Rasul sentiasa dihati.. Aminn...

Di satu sudut lain,
dilihat dua anak lelaki yang sedang menginjak remaja..
sekitar belasan umur mereka..
tika itu, waktu maghrib..
Apabila ditanya sudah solatkah maghrib???
jawapan yang diberi, " errmm... insyallah" sambil tersenyum, senyum..
lalu pesanan dititipkan agar selepas ibu pulang dari surau, adik pergila solat pula..
anggukan tanda baik, ana terima..
namun..
sehingga isyak..
mereka tetap digerai..

huhuhuhu...
salah siapakah???
anak-anak itu atau ibu bapa yang tidak mengambil tahu..
sudah banyak kisah yang ana terima..
kebanyakkan masalah yang anak-anak ini alami, berpunca dari ibu bapa sendiri..
walaupun,
rata-rata kita lebih suka menyalahkan anak-anak itu yang salah pilih kawan...

duhai ibu,
duhai ayah..
bukan niat dihati ingin salahkan mu..
kerana engkau telah terlampau banyak berkorban untuk kami..
engkau telah banyak memberi kepada kami..
engkau telah terlampau berjasa kepada kami..
sehingga apa pun yang kami lakukan..
takkan pernah mungkin dapat membalas segala itu dan ini yang kau lakukan pada kami..

tapi mak.. ayah..
kami juga hamba Allah..
kami juga umat Muhammad..
yang akan diadili di akhirat sana..
yang akan dihisab di hujung nyawa kami..
yang akan mendapat balasan berdasarkan amalan kami..

maka,
tolonglah bimbing kami wahai ibu.. wahai ayah..
kerana kami bimbang..
kerana kami gusar..
andai kami tidak dapat kesyurga disana..
bersama-samamu..
kerana bekalan itu tidak kami perolehi..


hhmmm....
mungkin inilah luahan hati anak-anak itu dalam tak sedar..

maka,
buat sahabat-sahabat ana yang bakal bergelar ayah dan ibu..


tolonglah..
tolonglah..

janganlah kalian mengabaikan bekalan akhirat..
disamping bekalan dunia..
sedih hati ini tatkala melihat amalan si ibu yang melimpah-limpah..

tapi,

anaknya..
sampai tak tahu nak buat amalan apa...


janganlah begitu wahai sahabatku..
kerana bimbang.. takut-takut..
dek kerana kealpaan kita mengajar anak kita suatu hari nanti..
menjadi penyebab kita dihalang memasuki syurgaNYA..

maka,
dengan itu..
ayuhlah..
kita mulai sekarang mengorak langkah menimba ilmu..
ilmu duniawi dan ukhrawi..
agar diri ini menjadi berilmu..
untuk disampaikan kepada anak-anak kita nanti..
disamping sebagai bekalan kepada diri kita.. (^^,)

p/s: post ini tidak membawa maksud ana dah nak kahwin..
tapi, sekadar sebagai peringatan.. ~~

2 comments:

imm said...

sedikit hari lg la tu :)

nadhirah said...

oit..oit..
memandai je noo..