Wednesday, October 19, 2011

Rindu Bertamu Lagi..

Bismillahirahmanirahim..

Mendung awan berarak menutup kecerian pagi ini..
Jualan di gerai-gerai juga sedikit suram berbanding semalam yang ceria
Namun, setia si penjual tetap menanti hadirnya pelanggan
Demi sesuap nasi
Buat anak-anak kecil yang sentiasa ceria dirumah
Masih belum mengenal erti kehidupan


Hari ini usia ana berganjak lagi..
Sama seperti hari-hari semalam
Berganjak sedikit demi sedikit mendekati mati
Dalam sedar ana alpa
Alpa dengan dunia
Membuatkan diri ini sedikit demi sedikit jauh dariNYA
Yang mengakibatkan kecerian juga mula terhakis
Dek kerana terlampau rindukan belaianNYA dimalam hari
Saat diri ini bermanja dan mengadu keluh kesah kehidupan..

Buat sahabat yang sedang asyik dilamun cinta Sang Pencipta saban malam
Tolong doakan ana juga boleh?
Doakan moga rindu dihati terubat
dan 
Diri ini mampu untuk kembali menyulam kasih dengan NYA
Kekasih Sejati
Kekasih Abadi..




No comments: