Tuesday, May 15, 2012

Gembira

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah
selepas semalam
hari ini menulis lagi
ana sekarang sedang cuba menggilap sinar penulisan
harap-harap tidak jadi hangat-hangat kek coklat saja..
hehe..



Gembira?
Sekarang ini gembirakah ana?
hhmm...
apa pun perasaan ana saat ini
hanya lafaz syukur yang selayaknya ana titipkan..


Beberapa hari lepas
usai liqa' bersama murabbi Ustaz Mohd Ridhaudin
ana sangat gembira




kerana liqa' itu ibarat reunion kecil-kecilan kami adik-beradik Kulihat Hijau
dulu
boleh dikatakan setiap minggu jumpa
jumpa atas urusan
sampai hampir tidak rasa manis ukhwah sangat
sebab
tiap kali jumpa mesti dan harus serius
sekarang sudah tidak jumpa atas urusan
cuma menyapa di alam maya
sambil-sambil saling mengingatkan tentang hala tuju masing-masing
manisnya ukhwah makin mekar 
^_^


Ya!!
Sesungguhnya itulah manis selepas pahit


Sebelum kami tekun mendengar azimat ustaz
Ustaz minta setiap kami nyatakan perancangan dalam 3 tahun lagi
Nyata
Semua masih teraba-raba
Masih mengharap bimbingan dari ustaz-ustazah
yang terlebih dulu makan garam



Ustaz bilang
"Jadilah apa jua yang antum mahu jadi. Tiada yang salah, tiada yang betul.
Siapa cakap kalau ambil bidang kejuruteraan, mesti akhirnya jadi jurutera?
Siapa cakap kalau ambil bidang undang-undang, akhirnya dia jadi peguam?
Kalau ambil bidang jurutera, tapi minat jadi cikgu tadika, maka, pilihlah untuk jadi cikgu tadika.
Cikgu tadika itu bagus dan penting untuk kelangsungan ummah akan datang.
Jadilah apa sahaja, asalkan kamu minat dan itu membawa kepuasan dan kegembiraan.
Kegembiraan akan memandu anda untuk hidup lebih bahagia dan penuh rasa syukur.
Rasa syukur itulah yang membawa kepada kesejahteraan."




Banyak lagi azimat-azimat ustaz.
Juga diceritakan realiti masa kini, yang baru kami tahu.
Terdiam dan termenung kami dibuatnya.


Namun, hadirnya ustaz sebentar cuma.
Itu pun atas urusan lain.
Dan kami ambil kesempatan itu, menculik ustaz sebentar demi mengubat rindu mendengar amanatnya.
Entah bila pula baru ketemu lagi
Moga segala usaha ustaz diredhoi Allah selalu.
Moga dipermudahkan urusan ustaz selalu.
Moga bermanfaat untuk Islam selalu ^_^
insyaALLAH










notakaki : ingat ka ustaz bawa anaknya sekali.. 
hehe..
 rindu nak jumpa Aisyah ^_^


No comments: