Saturday, March 20, 2010

SENYUM =)



Dua beberapa hari yang lalu.. ketika ana sedang berjalan-jalan mencari tempat program pertandingan debat yang diadakan di kolej ana, ana dengan tiba-tiba terserempak dengan seorang adik surau. Namanya, ooppsss... terlupa plak.. hehehehe.. maafla ye dik..

Setelah bersalam-salaman dan bertanya khabar, adik itu memulakan luahan hatinya..


"Kak, saya tension la kak skrang ni.."

"Laa... kenapa tensen plak?"

"Banyak asignment la kak.. pastu kuiz, test.. Tiap-tiap minggu ada.. Result pun tak ok.."

"Alaa.. biasala tu dik.. akak pun lebih kurang je.."

" Hhhmmm... Saya tak fahamlah apa yang saya belajar kak. Rasa macam nak tukar kos je.."

"Eh, janganlah sampai macam tu dik.. Kalau tak faham, jumpalah lecterur, tanay soalan.. takpun, tanya kawan.. Jumpa senior-senior ke.."

"Senior tak kenallah kak.. Lecterur garang sangat.."

"Ok, adik kos kejuruteraan kimia kan? Takpe, akak ada kawan kos ni juga.. nanti akak kenalkan dia pada adik.. adik tanyalah dia apa yang tak faham.."

"Hhhmm... Ntahla kak.."

"Takpe dik, mesti boleh buat punya. Ibnu Sina pun bila dia ada masalah dan tak dapat selesaikan, dia berhenti dulu dan solat sunat dua rakaat.. Adik pun buatla macam tu.. mana tahu berkesan.."

"Hhhmm.. Akak ni nampak tenang je.."

"Aishh... adik jangan cakap macam tu.. akak ni pun lebih kurang je dik.. Test, kuiz bukannya ok sangat pun.."

Hhhhmmm.... lebih kurang begitulah perbualan anatara ana dan seorang adik surau tu..
Duhai adikku, andai kata kakakmu ini sibuk memikirkan masalah-masalah diri, mungkin kita tidak bersua hari ini..
Dek kerana sibuk melayan masalah..

Andai kata kita bertemu sekalipun, mungkin adik tidak sanggup menegur akak..
Dek kerana keseriusan dan kesuraman muka akak..
Oleh itu, kenapa memilih yang negatif andai yang positif terhidang didepan mata..

Janganlah masalah, beban dan kerunsingan mengeruhkan jernih wajah kita..
Kerana berwajah tenang sebenarnya membantu menenangkan jiwa juga(^^,)
Maka, senyumlah selalu..
Di bawah ana lampirkan lirik lagu Senyum nyanyian Raihan.. Hayatilah..


p/s: lagu cari sendirila eh.. hehehehe


Artist: RAIHAN
Title: SENYUM

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah


Jadi, apa lagi dik????
Jom.. SENYUM...(^^,)


3 comments:

Unknown said...

huhu..bes2..i like it dear.

green paradise said...

elok lah.. senyum2 tmbhkn kesuraman akk tu.. hihi.. mula kempen jom solat,, skunk jom senyum?? wah!! lincah gagasan berubah.. hehe

nadhirah said...

gagasan tidak berubah.. cuma menambah cawangan je..