Saturday, August 22, 2009

(^^,) Sebuah Pertemuan...

Andai suatu hari nanti ada yang bertanya kepada ana... " Zaman manakah yang paling nti rindui?"

Pasti jawapan yang ana akan berikan ialah zaman ini, yakni zaman universiti..Zaman dimana ana mengenal erti ukhwah.. Zaman dimana ana mengenal erti perjuangan .. Zaman dimana ana mengenal erti sahabat yang sebenarnya..

Sahabat yang sentiasa disisi walau apa keadaan sekalipun.. Sahabat yang tidak pernah lupa untuk menegur salah silap diri ini.. Sahabat yang tidak pernah surut dengan kata-kata semangat dikala ana kelunturan semangat.. Sahabat yang bagaikan permata dicelahan kaca..

Kalimah terima kasih tidak mungkin mampu membayar nilai hubungan ini. Tetapi, hanya itu yang mampu ana lafazkan.. Buat sahabat-sahabat seklaian, ketahuilah ana betul-betul sayangkan antunna semua...(^^,)




Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan


Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan

Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan


Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


4 comments:

'Hafsah' said...

sayang nti.. :-)

istisyhad said...

Salam 'alaik ya habibi ukhti..
ana saaaaayyyyyaaaannnnggggg nti juga. :)
Moga ukhuwah ini menjadi salah satu penyebab kita ke jannahNya..

"Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi saudara kamu seperti mana kamu mengasihi diri kamu" (H.R Bukhari dan Muslim)

HHH said...

dik..dunia luar..kerja..sangat berbeza dari dunia kampus kita sekarang....
ambilllah kesempatan dari sekranag..manfaatkan sepenuhnya..
akak rindukan zaman kampus.....
tak sabar tunggu tahun depan ..bila menjadi pelajar semula..
rasanya tak nak bekerja lagi....
hehehe..
nad..sayang nad juga..KERANA ALLAH

nadhirah said...

hehehehehe...sayang kamu-kamu semua juga(^^,)