Tuesday, September 11, 2012

cerita ceritu..

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, setelah ber'foya-foya' selama beberapa bulan,
melepas geram penat di kampus barangkali,
hari ini,
sudah mula mengorak langkah
dalam usaha
untuk terus istiqamah mencari redha Ilahi

moga segala leka dan lalai mencari damai itu
dikira juga serba sedikit sebagai nilai ibadahku
yang menjadi bekal di padang Masyar nanti
insyaALLAH..


Sekarang ini, status diri bergelar seorang guru
Mengajar di sekolah rendah maahad tahfiz
Pagi membantu pengurusan di pejabat sekolah
Petang mengajar juga mendidik
serba sedikit anak-anak cerdik bakal ulama' ini
insyaALLAH



Sedikit mengenai sekolah ini

Sangat baru 
Masih banyak perlu ditambah baikkan
Moga sekolah ini terus bertahan hingga ke akhirnya
insyaALLAH


Bekerja dimana pun pasti ada susahnya
Tekanan datang bertimpa-timpa
Naluri seorang ibu barangkali,
membuatkan ana jatuh cinta dengan anak-anak disini
^_^

Anak-anak ini dilatih sejak kecil untuk berdampingan dengan Al-Quran
Pagi menghafaz Al Quran
Petang belajar akedemik
Seimbang dunia akhirat
Berjaya hidup mereka insyaALLAH



Doakan
moga ana terus kuat disini
jika ini yang terbaik buat ana
insyaALLAH
^_^





p/s :  saje je nak update perkembangan diri.. ^_^

Friday, August 10, 2012

cari bukan tunggu

Bismillahirahmanirahim

Malam lailatul qadar terus diburu
oleh sang pemburu
pencinta setia syurga Ilahi

hanya yang benar-benar terpilih akan ketemui malam seribu malam itu
berbekalkan ikhlas dan sabar
antum akan menjadi salah seorang yang terpilih itu

teruslah beribadah dan berdoa dengan sabar

kerana malam itu pasti ada
hanya Allah yang tahu bila dan bagaimana

kita selaku hambaNYA
hanya perlu
mencari.. mencari.. mencari..
jangan sekadar tunggu!





Thursday, August 2, 2012

akhirnya ^_^

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah..
Perjalanan 4 tahun dibumi kampus
semakin menemui pengakhiran
segala pahit, manis, masam dan kelat
kini tinggal kenangan



kenangan yang tidak akan dilupa
malah akan ana genggam erat
buat pedoman masa depan

sesekali ditikam sahabat sendiri
sesekali kepercayaan dikhianati
sesekali dipandang hina

itu adat dunia
tidak semua memandang kita makhluk ciptaan Allah yang sempurna selalu
kerana
sememangnya manusia itu tiada yang sempurna

secara hikmahnya ALLAH mengajar ana agar lebih berhati-hati
bak kata pepatah melayu

"Rambut sama hitam, hati lain-lain"

sekali terkena selamanya ingat
mungkin akan ada berkata

"sesungguhnya memaafkan itu lebih baik"

namun, 
ana lebih gemar mengambil iktibar

"orang yang jatuh sekali dan bangkit semula itu orang yang sentiasa belajar dari kesilapan
orang yang yang jatuh berkali-kali ditempat yang sama itu tidak pernah belajar"

maka,
anda pilihlah mana satu yang anda mahu jadi



namun, 
kenangan manis juga ternyata banyak



kenangan masak bersama
kenangan sesat bersama
kenangan demi kenangan
membuatkan diri ini selalu merindui kalian
moga perjalanan dimasa depan akan lebih manis untuk diterokai
insyaALLAH


sahabat
ketahuilah
diri kalian sangat bermakna buat diri ini
melalui kalian kecintaan kepada ALLAH semakin memekar
melalui kalian juga kerinduaan kepada Rasulullah SAW semakin menggebu

maka,
tidak mungkin nama kalian akan terhapus dari memori ana
melainkan dengan izin ALLAH SWT

selepas ini
masing-masing akan bertebaran keserata tempat 
meneruskan perjalanan
mencari keredhaan ALLAH
moga kalian selalu diredhoi dan diberkati ALLAH selalu

kenanglah diri ini didalam doa kalian selalu
wassalam
^_^



Tuesday, July 3, 2012

menyendiri

Bismillahirahmanirahim

Kadang-kadang, kita perlu masa untuk menyendiri..
Salah satu simtom-simtomya ialah 
bila mana soalan-soalan yang dulu kita senangi 
kini menjadi sesuatu yang sangat kita mahu hindari


terasa serabut dengan segala perhatian anda



Jadi,
bila nampak diri ini mula berkelakuan pelik
itu tandanya
diri ini mahu menyendiri




Maka,
jangan tanya banyak sangat..
bimbang ada yang terluka pula nanti..
huhu..


notakaki : sekarang banyak post yang meluah rasa.. huhu.. maaf !



Sunday, June 24, 2012

miss independent ^_^

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, manusia kerdil ini semakin lama semakin berjaya sesuaikan diri
sesuaikan diri dengan suasana baru
suasana tanpa teman, sahabat serta saudara di baitul sumayyah itu
semakin lama semakin belajar
alhamdulillah


Dulu, hampir tersungkur
bagaikan mahu berpatah balik dan pergi berdampingan dengan mereka kembali

namun,





Allah lebih tahu yang terbaik
DIA tahan diri ini dengan bermacam sebab
dan akhirnya
diri ini masih disini
bersama sahabat seperjuangan juga
yang semakin berjaya dimengerti
alhamdulillah
^_^



Semalam, 
dia buat ana terharu sangat
dalam kemalasan untuk beribadat
saat iman semakin menipis
dia naik ke atas
membawa makanan dan air
diberi kepada ana
demi menikmati nikmat sahur itu bersama





Allahuakbar
mulianya pekertimu
tidak pernah mahu kutip pahala seorang diri

terima kasih sahabat
sayang awak ketat-ketat

^_^



Thursday, June 14, 2012

hilangnya kerlipan bintang itu..

Bismillahirahmanirahim




walau tidak pernah kubersua muka dengannya, 

walau tidak pernah kudengar lunak merdu suaranya..
namun pemergiannya sangat kurasakan.. 
itulah hikmah seorang ulama.. 
dari jauh kukesilauan melihat sinar bintangnya.. 
ALLAHhurabbi.. 
moga dia bahagia disana bertemu Syurga yang juga merinduinya....

antara mutiara hikmah yang mampu kutitipkan
dipetik dari bicara almarhum Datuk Hj Yahya Othman
buat pedoman kita yang selalu alpa ini...






1. Taqwalah kamu kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa


2. Beramallah dengan al-Quran (العمل بتنزيل)

3. Siap siaga selalu dengan kematian

4. Redha dengan perkara yang sedikit

Mari berlari ke Tanjung Rhu,
Sambil galas buah perpat,
Kalau diri mencari guru,
Baru jelas jalan makrifat!




Tuhan, kau santunilah roh murrabbi ini dengan keampunan dan kerahmatan-Mu ;'(



dalam tidak sedar, air mataku menitis jua..




Tuesday, June 12, 2012

mardhotillah ^^,


Bismillahirahmanirrahim


kalimat hikmah dari seorang hamba ALLAH yang penyayang
moga ALLAH selalu sayang padanya
^_^


bilamana dirimu didatangkan kejayaan,
ingatlah kepada ALLAH,
bilamana cita-citamu berjaya dikecapi,
ingatlah kepada ALLAH,
tatkala didatangkan seseorang menguji emosimu,
ingatlah kepada ALLAH,
tatkala musibah menguji imanmu,
ingatlah kepada ALLAH..

kerana ingatlah matlamat akhir kita, menuju redha ALLAH SWT..

"begin with the end in mind"







Sunday, May 27, 2012

masalah =(

Bismillahirahmanirahim

Bila ada masalah,
siapa yang suka?

Ana ada masalah sekarang
Rajuk ana pada dia masih belum hilang

Walau selalu bertemu,
manis diwajah sudah tiada

Walau selalu beristighfar saat marah memuncak
Geram dihati masih membeku

Hhhmm...
Ana letih menyeksa hati

Orang cakap kalau selalu marah
Hati penat

Kesian hati ana
Dari mula marah sampai sekarang
penat itu masih belum hilang

Ana sedih dia buat begitu
Tapi,
dia macam tak dak perasaan
Muka sombong buat makin menyampah

Hhhmm...

Ana bukan malaikat
Sakit dijiwa tak mampu nak tanggung lama

=(



Thursday, May 24, 2012

Puding Cramel

Bismillahirahmirahim

Hari ni, asyik tengok gambar makanan saja..
^_^

Jom,
cuba buat puding caramel ni
lagi sedap dimakan kalau sejuk
Senang and Cepat


Bahan-Bahan

4 biji telur gred A
1 tin susu cair
10 sudu besar gula
sekeping roti

 Cara-cara

1. Kisar telur hingga kembang.
2. Masukkan 4 sudu gula dan sekeping roti dalam pengisar.
3. Kisar lagi.
4. Panaskan 6 sudu gula lagi diatas loyang yang akan digunakan. Panaskan hingga gula bertukar warna menjadi keperang-perangan.
5. Masukkan hasil kisar kedalam loyang berisi gula tadi.
6. Kukus selama lebih kurang 30 minit.
7. Setelah masak, terbalikkan dan biarkan sejuk.

Taddaaaaa....
^_^


gambar sumber ehsan dari pihak GOOGLE ^_^





Tuesday, May 22, 2012

Bertaubat

Bismillahirahmirahim

Nabi Muhammad pernah berpesan,
"Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, 
kemudian kamu bertaubat
nescaya
Allah memberi keampuanan kepada kamu."

(Direkodkan oleh Ibnu Majah)


Sihat sejahterakah antum hari ini?
Harap-harapnya sentiasalah sihat selalu dibawah naungan ALLAH selalu
insyaALLAH
^_^


Bilakah kali terakhir antum bersujud memohon ampun pada ALLAH?

hhhmmm....
sekadar soalan untuk renungan bersama..
moga hari ini masih ada untuk kita sama-sama terus memohon ampun dari Ilahi





Pernah tak antum berasa kecil hati dengan sesorang
tapi,
orang tu tak perasan pun dia dah kecilkan hati kita?





Pernah?




Jadi, apa yang antum buat?



Maafkan saja?




Subhanallah...
 baiki sungguh hati antum..

Moga istiqamah dalam mengamalkan sifat terpuji husnudzon..



Tapi, andaikata selepas antum memaafkannya, tiba-tiba dia datang meminta maaf
apa perasaan antum?
Lebih gembirakan?




Hhhmm...
Begitulah seharusnya kita layan Pencipta kita
ALLAH Yang Maha Esa

Selalu-selalulah antum meminta maaf dan ampun padaNYA
selaku kita hamba yang kerdil dan selalu berbuat salah
pasti dalam sehari ada salah kita dimana-mana


jadi,
janganlah malas dan culas bertaubat pada Ilahi


Dalam kita sombong meminta maaf padaNYA pun
DIA masih setia dan sabar memberi nikmat dan rezeki kepada kita


Bayangkan
andai kita ini rajin dan suka sujud bertaubat padaNYA
Pasti,
lebih banyak ganjaran hebat yang DIA akan kurniakan..


Sementelah pula,
bulan Rejab kembali menjengah kita
Bahang Ramadhan semakin membara




Jom ambil kesempatan ini
untuk terus menggilap iman kita
untuk terus mewarnai amalan kita
dengan selalu bersujud memohon ampun pada Ilahi
dan melazimi bibir kita dengan kalimah istigfar





insyaALLAH
moga sedikit usaha kita itu akan dipandang ALLAH
dan 
ganjaran hebat menanti kita






sentiasalah bersangka baik pada DIA
kerana DIA selalu memberi yang terbaik untuk kita
^_^









Friday, May 18, 2012

Malu

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah,
hari ini masih dititip rezeki olehNYA
untuk terus melakar dunia
untuk terus merentas warna

hehe..
puitis tak ayat tu?
ana pun tak faham apa maksud ayat diatas..
sekadar menitip seenak bicara.. 
hehehe..
^_^






Malu

Bila antum pernah rasa malu?
Atau tidak pernah?

Tahukah antum?
Malu itu sifat terpuji
bahkan Rasulullah SAW itu sendiri punyai sifat malu
yang mana sifat malunya itu lebih dari malunya seorang gadis sunti

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Rasa malu dan iman itu berpadu satu.
Apabila hilang salah satunya,
hilanglah pula yang lainnya."

(Direkodkan oleh Hakim dan Baihaqi)



------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pernah ana terbaca satu kisah tentang malunya seorang wanita ini...

Dikisahkan bahawa wanita ini telah datang mengadu kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy perihal suaminya yang masih belum membayar mas kahwinnya 500 dinar. Si suami menafikannya. Lalu, saksi-saksi diminta untuk memberi keterangan dan berkatalah saksi itu untuk meminta diperlihatkan wajahnya untuk mengesahkan orangnya betul atau tidak isteri si suami yang mereka jadi saksi.

Si qadi bersetuju dengan permintaan saksi-saksi itu.

Atas rasa malu, wanita itu menolak permintaan saksi-saksi itu.

Si qadi, terus-terusan menyuruh wanita itu memperlihatkan wajahnya.

Rasa malu masih menebal dihati wanita itu. 

Atas dasar simpati, si suami bersuara,
"Tidak usah kau perlihatkan wajahmu, aku mengakui dakwaanmu itu."


Terkesan dengan akuan suaminya itu, 
si isteri menghalalkan mas kahwinnya dunia akhirat.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa pengajaran yang antum perolehi?

Sifat malu?
Ya!!!
Tepat sekali 
^_^



Dapat dilihat disini, sesungguhnya memperlihatkan wajah itu tidak salah dan tidak berdosa.

Namun, akhlak malu sang wanita itu berjaya mempertahankan prinsipnya.

SubhanALLAH!!
Hebatkan wanita itu..
Ayu wajahnya hanya untuk sisuami..
Malu merantai maruahnya
Menjadikan dia wanita anggun..


Begitulah kita juga wanita-wanita Islam disini sekalian..
Walaupun meletakkan gambar kita diruang tontonan umum itu tidak berdosa selagi mana aurat terpelihara


Namun,
selaku muslimah yang pemalu lagi berprinsip
seharusnya wajahmu dieksklusifkan buat yang teristimewa
Bukankah itu yang terbaik..



Sementara itu,
jangan pula ada dikalangan antum
menjadikan malu alasan untuk seribu perkara
Jangan kerana malu, tidak mampu bertanya soalan dikuliah
jangan juga kerana malu, ilmu tidak dituntut 
jangan kerana malu, amal tidak berjalan..


Jadikanlah malumu itu 
perisai dirimu
juga penyeri dirimu
^_^




Tuesday, May 15, 2012

Gembira

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah
selepas semalam
hari ini menulis lagi
ana sekarang sedang cuba menggilap sinar penulisan
harap-harap tidak jadi hangat-hangat kek coklat saja..
hehe..



Gembira?
Sekarang ini gembirakah ana?
hhmm...
apa pun perasaan ana saat ini
hanya lafaz syukur yang selayaknya ana titipkan..


Beberapa hari lepas
usai liqa' bersama murabbi Ustaz Mohd Ridhaudin
ana sangat gembira




kerana liqa' itu ibarat reunion kecil-kecilan kami adik-beradik Kulihat Hijau
dulu
boleh dikatakan setiap minggu jumpa
jumpa atas urusan
sampai hampir tidak rasa manis ukhwah sangat
sebab
tiap kali jumpa mesti dan harus serius
sekarang sudah tidak jumpa atas urusan
cuma menyapa di alam maya
sambil-sambil saling mengingatkan tentang hala tuju masing-masing
manisnya ukhwah makin mekar 
^_^


Ya!!
Sesungguhnya itulah manis selepas pahit


Sebelum kami tekun mendengar azimat ustaz
Ustaz minta setiap kami nyatakan perancangan dalam 3 tahun lagi
Nyata
Semua masih teraba-raba
Masih mengharap bimbingan dari ustaz-ustazah
yang terlebih dulu makan garam



Ustaz bilang
"Jadilah apa jua yang antum mahu jadi. Tiada yang salah, tiada yang betul.
Siapa cakap kalau ambil bidang kejuruteraan, mesti akhirnya jadi jurutera?
Siapa cakap kalau ambil bidang undang-undang, akhirnya dia jadi peguam?
Kalau ambil bidang jurutera, tapi minat jadi cikgu tadika, maka, pilihlah untuk jadi cikgu tadika.
Cikgu tadika itu bagus dan penting untuk kelangsungan ummah akan datang.
Jadilah apa sahaja, asalkan kamu minat dan itu membawa kepuasan dan kegembiraan.
Kegembiraan akan memandu anda untuk hidup lebih bahagia dan penuh rasa syukur.
Rasa syukur itulah yang membawa kepada kesejahteraan."




Banyak lagi azimat-azimat ustaz.
Juga diceritakan realiti masa kini, yang baru kami tahu.
Terdiam dan termenung kami dibuatnya.


Namun, hadirnya ustaz sebentar cuma.
Itu pun atas urusan lain.
Dan kami ambil kesempatan itu, menculik ustaz sebentar demi mengubat rindu mendengar amanatnya.
Entah bila pula baru ketemu lagi
Moga segala usaha ustaz diredhoi Allah selalu.
Moga dipermudahkan urusan ustaz selalu.
Moga bermanfaat untuk Islam selalu ^_^
insyaALLAH










notakaki : ingat ka ustaz bawa anaknya sekali.. 
hehe..
 rindu nak jumpa Aisyah ^_^


Monday, May 14, 2012

Sabar

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah,
sehingga hari ini
nyawa masih dimiliki bersalut iman dan taqwa
nikmat terbesar dari Ilahi

Sabar
tajuk bicara kali ini




Sesungguhnya sabar itu ada dua macam
i) sabar atas kesusahan/kesakitan
ii) sabar kepada apa yang antum gemari

sesungguhnya sabar itu sakit
namun
sakit itu tarbiyah
dan
tarbiyah itu indah
^_^

maka, teruslah bersabar
sesiapa yang bersabar di atas ujian,
Allah sempurnakan sabarnya,
lalu memasukkannya kedalam mana-mana syurga yang dia suka,
oleh itu
bersabarlah...

cerminan tahap sabar seseorang itu dapat dilihat pada tiga perkara
i)melalui perkataannya
ii)melalui perwatakannya
iii)melalui hati

berpakaian sifat sabar
tidak bermaksud antum akan jadi seorang yang tidak akan marah langsung
cuma
pakaian sabar itu
akan memandu arah marah antum
sabar itu akan mengawal kata-kata antum
sabar itu akan mengawal tingkah antum
sabar itu akan menyejukkan hati antum
kerana sabar itu ubat



sesungguhnya untuk sabar itu sukar
seawal pagi lagi kita disuruh sabar
yakni
sabar menahan gelora tidur
untuk sabar menunaikan kewajipan bertemu sang Pencipta
hanya yang benar-benar sabar mampu bertemu sang Pencipta
kerana DIA Maha Sabar

sempurnakan sabar seawal subuh dinihari lagi
dan
semoga sepnajang hari antum itu
akan dipayungi naugan sabar
insyaALLAH
^_^






Wednesday, May 2, 2012

HARAPAN

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah..
Hari ini rahmat hujan membasahi bumi
setelah hampir dua minggu bumi kepanasan..

Sesungguhnya ALLAH Maha Pemberi Rahmat

Seterik mentari
Sebahang sang matahari
Begitulah kuatnya aura KUNING di bumi kelahiran ana

Baru hendak surut,
ada saja arang lain yang disumbat..
hanya ISTIGFAR penyejuk hati..

ALLAHuakbar...


Saat ini hati ini sudah sesak dan lemas dihantui amarah dan benci
maka, semalam penyejuk hati kak Hasbieyana dan zauj nya berjaya meredakan marah dihati
owh..
baru seminit bersua, sudah membuah rindu dihati.. ^_^

gambar pula lupa diambil semalam..
sebagai pengubat rindu jom tersenyum melihat wajah-wajah comel permata dunia yang baru lahir
sehening wajah menggambarkan kesucian wajah mereka..









semoga satu hari nanti, 
ana akan mendapat anak yang soleh solehah penyejuk hati...
pembela agama...
insyaALLAH ^_^







Saturday, April 7, 2012

rindu terlerai akhirnya

Bismillahirahmanirahim..


Alhamdulillah...
setinggi pujian buatMu Ya Allah
dengan segala berkah dan kasih sayangMU
diri ini masih disini 
menghirup nikmat Islam ini
mencium haruman iman ini
Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...


Seiring dengan derapan kasutnya meniti didalam ruang legar itu
Sebaris senyuman mula menguntum dibibir kecil ini
Allahhurabbi..
menatap susuk tubuhnya saja sudah membangkitkan semangat jiwa muda ini
itulah dia bahana sang pejuang

Sedari 20 tahun dahulu..
laman rumahnya selalu kulewati
setiap kali rumahnya kulalui, seringkali kepala ini mengintai-intai
dengan harapan akan terpandang raut wajahnya
persis sang perindu tegar
yang tidak dapat lihat tuan badan
dapat lihat bumbung rumahpun jadilah..
huhuhu..



Selama 20 tahun lebih ini berita mengenainya selalu diperolehi melalui media massa
jua laman sesawang
serta bual bicara teman


malam ini
wajahnya kutatap
susuk tubuhnya kurenung
semangatnya kuserap
bicaranya kuhadam


kagum!!!

itulah yang mampu kugambarkan kini perasaanku

dia memang seorang pemimpin yang disegani

biar beribu
malah berjuta tomahan dilemparkan padanya
dia tetap kuat
dia tetap kental
malah semakin berani
merangka transformasi
demi negara tercinta


Allahuakbar
moga setiap usahamu dipadang ALLAH
moga semangatmu mengalir dijiwa muda-mudi
moga kau terus kuat
moga negaraku semakin aman dengan terbitnya kegemilangan Islam




nota kaki 
dia bercakap bahasa yang sama dengan ana.. 
membuat jiwa rindu pada kampung halaman ^_^







Thursday, March 1, 2012

maaf

Bismillahirahmanirahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Moga kasih dan sayangNYA sentiasa milik kita bersama-sama redhaNYA
InsyaALLAH
^_^



Benarlah sesungguhnya hidayah ALLAH itu hadir dalam pelbagai bentuk
juga dalam pelbagai cara
dan
di pelbagai tempat

Ada yang melalui pencarian
Ada yang melalui kebetulan
Ada yang melalui teman
Ada yang melalui alam semesta

Sesungguhnya itulah nikmat terbesar yang sedang kita kecapi kini
nikmat iman dan islam
Alhamdulillah
^_^


Dalam mengharungi setiap saat dan detik
pasti kita tersadung bertemu khilaf dan silap
melukakan sang sahabat mahupun teman
itu biasa


dan kita selalu berkira-kira
untuk memaafkan dia
dek kerana sakit dihati masih bersisa


bertambah perit tatkala orang yang dimarahkan itu terpaksa disua saban waktu



namun,
pernah terfikir apa yang dirasa sahabat kita tatkala dia marahkan kita?



mampukah dia tersenyum manis saat menatap kelibat kita?
mampukah dia berjabat mesra bagaikan semalam tidak wujud?



dan
disaat kita bersalah, apa harapan kita?


antum,


ana tidak pasti..
yang pasti, ana selalu mengharapkan ana dimaafkan
kerana ana juga manusia biasa..
yang kerap kali
 tergelecek
tersadung
dan 
tersungkur





maafkan ana disetiap khilaf ana ye..
T_T






seorang sahabat bertanya ana, apa yang ana lakukan jika ana marahkan seseorang



.........






ana terdiam kerana disaat itu memang ana sedang marahkan seseorang
tiada jawapan yang mampu ana tuturkan


soalan diteruskan




bagaimana hendak memaafkannya?







.....










diam lagi







...








akhirnya ilham dari Allah dititipkan buat ana
" Memang susah hendak memaafkan. Tetapi, berazamlah dan berusahalah untuk memaafkan. Kesian dia, dia pun hendak masuk syurga juga.. Jangan disebabkan marah kita, dia tidak menerima syurga.."




jawapan itu juga sebenarnya untuk mengubat marah dihati ini




Alhamdulillah ya Allah diatas jawapan itu





insyaALLAH marah makin surut





sesungguhnya harga sebuah ukhwah itu lebih mahal dari harga marah ana
terlampau mahal dan bernilai untuk ditukar ganti
ukhwah fillah
^_^