Friday, November 11, 2011

taaruf..


Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah baru berpeluang membaca sebuah buku karya agamawan terkenal
Mengkisahkan perjalanan hidupnya..
Belum sampai di pengakhiran buku itu..
cuma terasa ingin berkongsi sesuatu..


 
Tertarik dengan konsep ustaz itu yang memulakan taaruf di awal bukunya
membuatkan ana ingin bertaaruf serba ringkas tentang diri ini
hhmm..
boleh juga dikatakan sekadar ingin memenuhkan ruang blog ini
yang sudah agak lama tersadai
hehehe..
maaf
(^^,)


 
menurut ustaz itu,
seorang naqib/ah yang hebat mampu mengikat mad'unya melalui taaruf..


 
teringat kata-kata seorang sahabat ana
kita sering tersilap tafsir bahawa usrah itu adalah disetiap kali kita berliqa'
sedangkan
usrah itu sebenarnya bermula seusai kita sudah berliqa' sehinggalah kita bertemu semula..
kerana
disitulah nilai sebuah usrah
yakni keluarga
yang akan sentiasa diingat dan bertaaruf
walau sudah tidak bertemu
sesungguhnya
proses taaruf takkan pernah habis
kerana manusia sentiasa berubah...


 
Oklah,
untuk permulaan..
ana ceritakan serba sedikit tentang ana ye..
hhmm..
apa ya.. tetiba macam malu pula hendak bercerita tentang diri ini.. hehe


Seorang yang sangat biasa
Sehinggakan rasa macam tiada apa-apa yang hendak diceritakan..
huhuhu.. -_-'


 
Ramai yang cakap ana ni serius orangnya
Membuatkan ramai juga yang takut nak tegur..
hehehe..
maaf ye kerana tidak berwajah manis..


Tetapi,
percayalah bukan berniat untuk berwajah serius
Cuma sekadar cuba menjaga ikhtilat
Agar senyuman ana tidak terlempar pada yang tidak sepatutnya
Juga berniat untuk menyimpan senyuman ini istimewa pada yang berhak (^_^)


 
Kepada sesiapa yang bertemu ana diluar sana
Jangan malu-malu tegur ye..
InsyaALLAH tidak akan dibiarkan.. (^^,)


 
Teringat pada kata-kata Imam Hasan Al Basri
Awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum.


Bahkan Rasulullah menegaskan
 Senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.


Jadi, ana kira,
senyum dan berwajah manis itu sangat dituntut oleh Islam
malah itulah salah satu kaedah dakwah


 
Suatu saat dahulu,
ana pernah ditegur kerana selalu berwajah masam
ditegur oleh seorang yang belum Islam
membuatkan ana sedikit tersentak dan malu sendiri
malah, sedikit menyesal
kerana
dek kesilapan diri, ana telah memberi tanggapan negatif pada dia
dan melepaskan peluang untuk berdakwah

di satu sudut lain
ana turut bersyukur
kerana ALLAH menghantar lelaki belum Islam itu untuk menegur ana agar sentiasa berwajah manis
kerana

menurut Rasulullah SAW
salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.


nauzubillah..
moga kita semua terlindung dari azab nerakaNYA..
aminnn..







nota kaki :
err..sekali lagi maaf..
ana memang tak tahu nak taaruf apa..hehe..
mungkin yang membaca post kali ini boleh kenalkan diri dahulu
atau
bagi yang mengenali diri ini boleh tolong kenalkan ana ini bagaimana..hehe..
maaf ye.. -_-'





1 comment:

Mujahid Muda said...

salam...taaruf erk? xde benda nak comment...cume nak membenarkn...betul la tu...hendaklah sentiasa kita menunjukkan wajah yang baik...ada sebuah hadis..Dalam hal ini Nabi S.A.W. bersabda (maksudnya):

“Janganlah kamu memperkecilkan (nilai) perkara kebaikan itu sedikitpun, meskipun (dalam hal) bertemu saudara (seagama) ‘dengan wajah manis’.” (Sahih Muslim, Hadis no.: 2626)

wallahua'lam...

p/s: senyum selalu sbg tanda kita syukur dengan setiap ketentuanNya...