Tuesday, May 18, 2010

ehem...ehem... izinkan ana...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, hari ini ana masih diberi keupayaan oleh Allah untuk ke majlis ilmu.
Walaupun agak lewat ana sampai ditempat kejadian
tapi,
bak kata pepatah orang inggeris
"better late than never"
kan..kan..kan..
(^^,)

sekurang-kurangnya ana dapatlah sedikit ilmu untuk dikongsikan disini..
insyallah
ingat tak dulu-dulu masa sekolah rendah..
kalau hendak minum air, kena angkat tangan dulu..
minta izin pada cikgu untuk minum air..
hehehe..
kalau sekolah ana macam tulah..
tambah-tambah pula ana sekolah semua perempuan
jadi,
memang buat seperti yang disuruhlah..
huhu..
minum air pun minta izin dengan cikgu..
hendak keluar kelas pergi tandas lagi-lagilah kan kena minta izin..
tapi,
bila masuk sekolah menengah sudah nakal sikit
jangan kata minum,
makan pun sudah tak minta izin dengan cikgu
hehehehe
pernah sekali ana makan donut dalam kelas..
sekali tengah nganga nak suap donut dalam mulut cikgu nampak pula..

ana pun senyum sambil kunyah jela..
hehehe
sekali kena perli daa dengan cikgu..
hehehe

kalau dekat rumah pun, kalau hendak keluar rumah, hendak ambil duit, hendak apa-apa jelakan..
kita minta izin pada emak atau abah kita kan..
hhmm..
bila duduk berjauhan
tiada siapa yang marah kita
tiada siapa yang kawal kita
tiada siapa yang peduli kita
kita perlu minta izin lagikah??

hhmm..
ramai sebenarnya yang terlupa..
sebenarnya
kita masih punya ALLAH yang sentiasa memerhati kita
ya, betul
semua tahu ALLAH memerhati kita
tapi, tidak semua sedar diri sedang diperhatikanNYA
lantas
membuatkan kita terlupa untuk meminta izin pada ALLAH tatkala ingin lakukan apa sahaja
ada satu kisah
seorang pemuda arab meminta nasihat dari seorang imam
bagaimana cara untuk berubah meninggalkan segala larangan ALLAH..
lalu imam itu pun menjawab,
" lakukan setiap perkara dengan meminta izin pada ALLAH terlebih dahulu"
"Apa-apa pun minta izin pada ALLAH?"
"Ya"
jawab imam itu sambil tersenyum
Maka,
pemuda arab itu pun mengamalkan pesan imam itu.
Hendak minum arak minta izin pada ALLAH
lepas itu baru minum
Hendak berjudi pun minta izin pada ALLAH
lepas itu main
Hendak berjoli pun minta izin pada ALLAH
lepas itu dia pun berjoli

dilakukannya sentiasa..

sehinggalah
akhirnya terlintas sesuatu dihatinya..
" Eh, aku ini asyik minta izin ALLAH tiap kali hendak lakukan perkara tidak elok, ALLAH izinkankah?
Hhhmm.. Mestilah tak.."

Maka, selepas itu,
pemuda itu pun meninggalkan segala tabiat buruknya..
hah
nampak tak pengajaran cerita ini??
"Selangkah kita rapat padaNYA, seribu langkah ALLAH rapat pada kita"

pada mulanya,
pemuda arab itu lakukan sahaja petua pak imam itu
yakni dengan selalu meminta izin pada ALLAH
dalam tidak sedar sebenarnya pemuda itu
telah lebih banyak mengingati ALLAH
dalam setiap amalannya, pasti nama ALLAH disebut
sehingga dalam dirinya nama ALLAH sentiasa dihati

maka,
ALLAH telah mengilhamkan pada pemuda itu bahawa sesungguhnya ALLAH tidak pernah mengizinkan pemuda itu melakukan tabiat-tabiat buruknya itu..
membuktikan bahawa ALLAH juga sentiasa ingat pada pemuda itu

maka,
dengan izin dan hidayah dariNYA pemuda itu pun berjaya meninggalkan tabiat buruknya..
alhamdulillah

jadi,
buat sahabat-sahabat dan teman-teman ana diluar sana sekalian
ayuh
kita mulakan setiap amalan kita dengan meminta izin pada ALLAH

hendak makan minta izin pada ALLAH
hendak minum minta izin pada ALLAH
hendak tidur lepas subuh minta izin pada ALLAH
hendak 'dating' minta izin pada ALLAH
hendak gosok gigi minta izin pada ALLAH
hendak baca blog minta izin pada ALLAH

dari sekecil-kecil perbuatan sehinggalah ke sebesar-besar perbuatan..
semuanya minta izin dan ingat pada ALLAH
insyallah
ALLAH akan sentiasa dekat dihati
(^^,)

2 comments:

rabiatul adawiyah said...

comel..:)

teringat jaman dolu2~

nadhirah said...

teringat zaman dolu2??
owh.. akak pun makan dalam kelas eh??
hehehe