Saturday, May 29, 2010

hormat

Bismillahhirahmanirahim..

alhamdulillah
hari jumaat yang lepas merupakan hari terakhir menimba pengalaman menjual bunga di majlis konvokesyen..

hhmm.. sepatutnya hari ini hari terakhir,
tetapi,
atas beberapa sebab
hati ini memberontak mahu menjadikan jumaat yang lalu sebagai yang terakhir..

macam-macam gelagat kita boleh lihat disana..
ada yang tidak sekadar membeli bunga
dengan penjual sekali cuba dibelinya..

ada yang cerewet

ada yang nak cepat

ada yang ada-ada..
hehehehe

tapi,
semua itu adalah kenangan dan pengalaman yang mematangkan diri
insyallah

tapi,
dalam banyak-banyak peristiwa
ada satu peristiwa menyentuh sanubari..

setiap kali habis majlis penyerahan ijazah
lagu negaraku akan berkumandang
menandakan majlis sudah berakhir

dan

alhamdulillah
rakyat negara kita ini masih prihatin dan sayangkan negara
mereka semua berdiri,
diam
tanda hormat kepada negara



beberapa jam selepas itu
azan berkumandang
hampir tidak kedengaran azan itu
dek kerana keriuhan di kawasan itu

dududu..
hati ana berlagu sendu
negara disayangi
negara dihormati
negara disanjungi

habis,
kemana pula tempat islam dihati kalian?
bukankah kerana islam kita disini?
kerana islamlah kaum hawa dimuliakan
kerana islamlah keamanan diperolehi
kerana islamlah kita selamat disini

haish..


islam dihatiku
(^^,)

kalau itulah isi hati semua umat islam..
pasti kerajaan uthmaniah akan tertegak kembali..
tidak sedarkah anda?

sebab itulah kita dijauhkan dari islam
sebab mereka takut..
mereka takut andai kita sayang islam,
mereka takut andai kita berpaksikan islam,
mereka takut andai islam dihati kita,

kita akan maju
kita akan membangun
kita akan kehadapan
kita akan kuat


ya!!
mereka takut!!

jadi,
jom realisasikan ketakutan mereka!!
kita jadikan islam teras kita
jadikan alQuran dan asSunnah panduan kita

kerana islam kecintaan kita bersama


p/s: sebenarnya post kali ni hendak cakap tentang hormatilah setiap kali azan berkumandang..
tapi, termelalut sikit.. hehehe




No comments: