Wednesday, February 24, 2010

manja dan terasa???

Jam 6 petang seperti biasa, ana pulang dari kelas.
Sampai dibilik, buka emel..
Dalam banyak-banyak emel, ada satu emel yang menyentuh sanubari ana.. antara isinya..

tarbiyyah bukan buat mereka yang manja dan cepat terasa..

hhmm.. kalau begitu ana tak layakkah??
tapi, bukan ana pinta lahir brgini..
lahir dengan hati yang mudah terasa..
mungkin bukan selalu..

tetapi,
kali ini,
hati ini betul-betul terluka..
entah dimana silapnya..
ukhwah yang terbina sudah mulai tercalar..
mungkin sahabatku itu tidak sedar hati ini terluka..
takpelah,

sesungguhnya bersangka baik adalah selemah-lemah ukhwah..

maka,
ana lupakan dan retak kembali ditampal...

esok, lusa, tulat,
tragedi berulang kembali..
ya Allah kuatkanlah imanku..
sahabat ana kembali mencuba meretakkan hati ini..

ayat Quran diselak..

"..Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf,...."
AlA'raf,7:199

maka,
sekali lagi hati ini kembali tenang..

tapi,
hujan kalau hendak turun siapa dapat halang?
ditambah pula guruh buat memeriahkan suasana..
beserta kilat penyeri langit..

hati yang sedia rapuh kembali retak..
akhirnya air mata ini tumpah kembali..







sahabat,
maafkan ana kerana ana sedar ana juga salah..
tapi,
ana mohon sangat..
usahlah diungkit dan diulang-ulang kesilapan itu..
sesungguhnya hati ini tak mampu terus senyum bila diperli dan disindir..
hati ini tidak setabah yang enti sangka..
hati ini juga milik seorang gadis..
yang enti sendiri maklum..
hati seorang gadis mudah retak , hancur dan bernanah..
bila ada yang terusik

maafkan ana..
ana memang tak mampu mengungkap kata..
menceritakan isi hati ana yang sebenar..
kerana itulah sifat ana..
cuba dikikis tapi masih belum mampu..

maafkan ana..
hanya ini yang mampu ana lakukan..
luahkan disini..
dengan harapan enti mengerti
kerana hati kecil ini sudah tidak tertanggung..
terus-terusan dirobek hati ini..

dan
ana tidak mahu digelar orang-orang yang tidak layak ditarbiyyah..
kerana
sesungguhnya pasti sunyi hidup ini
tanpa tarbiyyah..
pasti tiada erti lagi hidup ini
andai tarbiyyah bukan untuk diri yang lemah ini..



10 comments:

Ruby said...

manja dan terasa???
tajuk entri yg bgos...hehehe...

macam berkenaan ngan status fesbuk ak je...nngeh3...

HHH said...

erm..kalau x tahan sgt..cuba take time..ajak berbincang secara profesional...

kita wanita nad..uniknya manusia ini..ALLAH anugerahkan emosi..ia bukan kelemahan,tetapi sebagai suatu kekuatan untuk menjalani kehidupan di dunia...

andai tidak mampu lagi menyimpan,luahkan peda mereka2 yang sgt2 dipercayai...

akak akui...akak sendiri mengalami perkara ini..
dan perkara2 yg menguris hati..akan menjauhkan kita dari shbt kita..

hati ibrat dinding yang di paku
setiap kali di sakiti..sebatang paku di tusuk..kemudia memaafkan..ia ditarik
dan berulang2 lah...
walaupun semua paku berjaya di tari..maka lihatlah kesannya pd dinding..hampir runtuh dinding itu..

seandainya...shbt tersebut sememangnya tidak serasi dgn diri nad...
nasihat akak,cuba jgn terlalu close lagi dh..jaragkan sedikit..beri ruang kepada diri masing2 utk berfikir..
bukannya memutuskan ukhuwah yer..ini sebagai utk kebaikan bersama..

apa gunanya bersahabat jika sifat ikhlas itu sudah terhakis...
apa gunanya bersahabat,jika di hadapannya..kita hny berpura-pura..

lalu..jarakkan sedikit diri anda...
berhubung hanya apabila perlu..seperti gerak kerja...
usah kongsikan segala perkara dengannya...

mmg sukar..tetapi harus di lakukan..
maka..nnt lihatlah..inshaallah..masing2 akan nampak perlunya shbt itu...

nad..kalu ada mslh..cntc jer akak kt ym..ataupun kita berjumpa face to face...kalu akak bole bantu..inshaallah akak bantu...(,")

biasalah karenah manusia ni ...nad..

yang paling penting,jalankan tanggungjawab kita sebagai seorg shbt...
tanggungjawb shbt kita itu,biar dia yang jalankan...

ok nad..adikku syg?..dh lama x bertemu bertegur mesra dgn nad..rindu rasa hati ini..=D

nnt kalu kita jumpa,kita tido sesama dan berborak2 yer...=)

~ukhuwah islamiah dhearty,....sayanggggg NADHIRAH...kerana ALLAH~..

bertemu di dunia..berpisah di barzah..BERCINTA di jannah::

nadhirah said...

jazakillah ya ukhti..
huhuhu...
rindunya kat akak...

Al - Mu'allim said...

salam.

oh, nampaknya saya mendapat ilmu baru hari ini. sebelum ini sy ingtkn tarbiyah itu untuk stp umat, rupanya terkecuali untuk certain person. siapakahyg mengemukan teori ini ye?

Apabila ukhuwah itu diikat bukan kerana-Nya, pasti byk masalah yg bakal timbul.

nadhirah said...

erk.. alamak.. ada salah faham sikit rupanya..

mcm ni saudara al-muallim..
apa yang ana maksudkan dgn tarbiyyah bukan untuk yang manja dan terasa bukanlah maksudnya, mereka2 ini tidak layak..

cuma,
andai kata perasaan manja dan cepat terasa terlampau kita geruni yakni, terlampau kita hendak menjaga perasaan dan hati kita hinggakan tidak mahu terluka, sedih atau terguris sadikit pun ,akan menyebabkan kita berpaling dari jalan dakwah yang penuh mehnah ujian dan tarbiyyah dari Allah ini dengan hanya berbekalkan alasan " aku dah letih bersabar dengan dugaan2 ini"

sebab itulah, dalam emel yang ana dapat tu, dikatakan bahawa tarbiyyah bukan untuk mereka yang manja dan cepat terasa.

bukan bermaksud mereka tidak akan mendapat tarbiyyah dari Allah itu, tetapi, perasaan-perasaan itu semua akan menghalang kita dari terus teguh walau diuji oleh tarbiyyah Allah yang Maha Hebat..

dan
disebabkan itulah, ana bimbang ana tergolong dalam golongan itu..
kerana,
ana juga hamba kerdil yang bergelar gadis yang berjiwa halus..
yang selalu terasa dan kecil hati
tapi,
selalu juga memohon pada Ya Rabbi agar diperkuatkan iman dan diteguhkan semangat agar jalan dakawah ini tidak akan pernah jauh dari sanubari ini..

Al - Mu'allim said...

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Kadang-kadang para da'ie cenderung menghukum. Kita hanyalah pendakwah, bukan penghukum. Moga kita terus thabat di jalan ini. :D

Awrapurnama said...

membaca komen di posting kali ini ibarat membaca entry dlm entry.. hm gane tu? trutama komen dr ukhti srikandi hamzah..
ap2 pun, mg kk nadhirah trus tabah! kita liht plbagai karenh org, lama2 kita akn fahm.. hu2..
ada seorg ukhti prnh menasihti sy, kdg2 kita dikecewakn mgkn sb kita pernah mengecewakn hati seseorg..
fikir2 sesama kita.. (buah fkirn dr insn yg jahil) =)

haslina said...

huhu..nk comment jg..
nad kt orng yg kuat..
berjiwa BESAR ye sayang..
mg menjdi org yg BESAR utk islam 1 hr nnt..
perjalanan ini masih panjang dan perit nad..
tp janji Allah itu benar & pasti..
GAMBATTE KUDASAI!!

nadhirah said...

xie xie kak has (^^,)

aku bukan aku said...

salam alaik

=)

pertama-tama kalinya..
salam ziarah kembali..


mengenai entry
tiada y benar melainkan benar..
tersenyum seketika..

''tarbiyyah bukan untuk yang manja dan terasa''

hakikatnya kita berhubung dgn manusia..
macam2 kerenah..

we complete each other..

tidak setiap orang iman di atas sentiasa?
tika mana dia diatas..mungkin kita dibawah pula..

*byk da terase dgn kwn ni..

terlalu fokus kpd masalah ni mungkin akn terbantut kerja2 lain..

cara2 solusi byk sudah di list kan di atas..

=)

sekadar berkongsi..

waslm