Sunday, October 11, 2009

ukhwah???

bila sebut perkataan ukhwah..
apa yang antum antunna semua bayangkan???

kalau ana...

sebut je ukhwah..
ana bayangkan satu hubungan yang sangat unik..
hubungan yang berlandaskan cinta kepada Allah..
hubungan yang sentiasa dibajai dengan kasih sayang dan senda gurau
walau ada yamg terluka atau terguris
dipendam dan dilupakan terus
kerana tidak mahu ada sedikit ruang pun
buat si durjana syaitan menyelit
dan lantas memusnahkan ukhwah itu..
ukhwah yang suci..

tapi,

kadang-kadang ana pelik
bila lihat ramai yang sibuk bercakap tentang ukhwah
ukhwah ini..
ukhwah itu..
ukhwah sana..
ukhwah sini..

tapi bila sudah ada salah silap sikit
mulalah hendak merajuk sini
mrajuk sana..
muncung sini..
muncung sana..
perli sini..
perli sana..
umpat sini..
umpat sana..

hhmm...
apa agaknya definisi ukhwah bagi mereka?
mungkinlah ana yang tersalah tafsir erti ukhwah yang sebenar???

hhmm...
ana pun kurang pasti..

4 comments:

ibnu nusair said...

Assalamualaikum warahmatullah...

Maaf kerana mengganggu.. Hanya ingin menumpang teduh di laman sebentar...

Harapnya, kakak nadhirah dalam keadaan yang baik. Amin Ya Rabbal alamin..

Tiadalah mengatakan kata-kata ini tepat dan benar, cuma sekadar pengalaman dua dekad berada di bumi Allah Taala..

Bukankah rajuk dan cemburu itu menyerikan ukhuwah, menambahkan kita kenal kepada siapa yang kita kenal...

apakah mungkin ukhuwah itu diiisi dengan rasa kosong dan rasa tanpa bersalah apabila sesuatu yang tidak menyenangkan hati sahabat yang lain dilakukan...

Tentunya tidak...

"ukhuwah itu satu jalan yang berlandaskan cinta kepada Allah Taala.."

maka, rajuk, cemburu, rindu, cinta, benci, ngada-ngada, bersama sahabat yang halal, itulah perhiasan jalannya.

" Maka bersyukur dan bergembiralah kamu kerana punyai teman, lantaran ada yang kesunyian, menangis sendirian, ingatalah, bahawa sebaik-baik teman itu ialah Allah Taala, arRaqib"

wallahu alam...

Terima kasih atas teduhmu...

nadhirah said...
This comment has been removed by the author.
nadhirah said...

buat adik ibnu nasair..
jazakallah atas respon adik..

sebenarnya, ana xmengalami masalah berkaitan ukhwah buat masa ini..
alhamdulillah..
malah, ana amat bersyukur ditemukan dengan sahabat-sahabat yang sentiasa menjaga ukhwah yang terbina ini.. alhamdulillah..
dan jazakillah buat sahabat-sahabat sekalian..

cuma, bila ada orang yang memperkatakannya tapi, lagak mereka tidak seperti memahami erti ukhwah itu..
membuatkan ana mencoretkan entri ini..
huhu..

apa-apa pun, terima kasih atas komen adik..(^^,)

ahmad said...

maka

49:10