Tuesday, September 22, 2009

SENdu + taWA = SENdaWA

Ramadhan sudah berlalu...

Maknanya syawal menjelma lagi..

Semua orang gembira… ana pun gembira juga.
Almaklumlah, masa raya macam inilah,hendak jumpa keluarga tercinta, sanak-saudara yang jauh dimata.. tambah-tambah pula boleh pakai baju baru, makan ketupat yang emmm… sedapnye.. Dan yang paling best, dapat duit raya.. hehehehe.. Jangan cemburu, ana masih dapat duit raya tau.. hehehehe…

Sebenarnya, perkara yang paling ana suka tentang syawal ni ialah, peluang untuk pulang ke kampung halaman. Almaklumlah, hidup sebagai pelajar dan daie di rantau orang sering kali membataskan peluang untuk ana pulang ke kampung. Jadi, cuti seminggu yang ada ini, insyallah akan ana manfaatkan sepenuhnya untuk memikat hati mak dan abah ana.

TERKILAN DAN SEDIH
Disebalik celah-celah gembira menyambut hari raya ini, sebenarnya ana agak terkilan dan sedih melihat masalah sosial yang berlaku disekeliling ana di kampung ini. Rasa macam haihh… punyalah ana ajak kawan-kawan kat kampus buat baik, turun ke surau, jaga akhlak dan yang sewaktu dengannya.. rupa-rupanya dekat kampung ana ni pula yang tak terjaga. Sedih dan pilu hati ini bila mana adik ana menceritakan pula tentang perihal adik lelaki ana yang seorang itu..

Ya Allah.. bimbinglah adikku itu. Bantulah dia untuk kembali takut kepadaMU. Temukanlah dia dengan sahabat-sahabat yang dapat membimbing dia kembali menjadi hambaMU yang taat.. Taat diluar dan didalam waktu solatnya…
Aminnnn…


BUDAK SEKOLAH AGAMA KENA JADI USTAZAH?
Tidak cukup dengan itu, tadi adik ana bercerita tentang sepupu ana. Sudah pandai bawa kawan lelaki ke rumah.

Tak boleh ke?

Hhhmmm… Kalau kawan lelaki itu kawan sekolah ke kawan sekampus ke kawan sekampung ke kawan sekerja ke, ana taklah kisah sangat.

Yelah, ana pun kawan juga dengan lelaki. Sudah nama pun manusia ni ada dua jenis lelaki dan perempuan, memanglah kena kawan dengan dua-dua jenis. Tapi, yang menyedihkan ana ni, kawan lelaki itu sekadar kawan yang tersalah hantar mesej. Salah number. Tak pernah jumpa pun. Tak pernah kenal pun hati budi.. Kebetulan, mak ana pergi rumah diorang tadi.. Mak ana pun cakaplah kat sepupu ana tu bahawa kalau ana tahu mesti ana marah..

Lepas tu, yang menyedihkan ana bila adik ana cakap, sepupu ana jawab,” Tak semestinya budak sekolah agama kena jadi ustazah..”

Masyallah.. Bila masa pula ana cakap budak sekolah agama kena jadi ustazah??


CEMBURU

Kalau kalian-kalian(budak sekolah agama) semua hendak tahu, sebenarnya, ana cemburu dengan peluang yang antum antunna semua dapat. Dapat belajar tasawuf, usuluddin, syariah dan yang sewaktu dengannya. Ana belajar pendidikan islam je.. Ayat-ayat AlQuran pun berapa kerat je ana tahu.Hadis dan dalil yang lain-lain lagilah..
Hukum-hakam pun tak khatam lagi. Hendak banding ilmu anum antunna dengan ana, hhmm… malu rasanya diri ini. Kerdil sangat!!!

Sebab itu ana berpendapat budak sekolah agama kenalah lebih baik akhlaknya. Sebab antum antunna semua tahu apa hukumnya buat ini, apa hukumnya buat itu.

Tak semestinya kena jadi ustazah..

Takkanlah ustazah saja yang kena jaga akhlak kena jaga adab yang kena jadi muslimah sejati?? Doktor, pensyarah cikgu, nurse, bomba, polis, posmen hatta suri rumah sekalipun tak perlu jadi muslim muslimah sejati ke? Tak perlu tahu hukum hakam agama? Tak perlu jaga hubungan dengan Allah??

Tak perlu ke?


AYAT ALQURAN UNTUK SEMUA
Ayat AlQuran, Allah turunkan untuk semua umat manusia. Bukan untuk ustaz ustazah sahaja. Bahkan bukan untuk umat Islam sahaja. Tetapi, untuk semua umat manusia.. SEMUA!!!

Malah, dalam wasiat terakhir Rasulullah SAW sendiri ada menyebut bahawa baginda meninggalkan kepada kita dua perkara, AlQuran dan AsSunnah. Kalau kita pegang keduanya, maka, selamatlah kita. Insyallah..

Jadi, kenapa masih timbul lagi isu, budak sekolah agama tak semestinya jadi ustazah???

Ingat, jadi ustazah atau tidak, kita masih hamba Allah.

Kita masih hamba yang kerdil.
Hamba yang hina.
Hamba yang lemah.

Jadi, kita tiada hak untuk menolak segala syariat Allah.. Tiada hak untuk memilih-milih hukum mana yang mahu diikut, hukum mana yang tidak mahu diikut. Bab pakaian ikut, bab ikhtilat tak mahu ikut.. Mana boleh.. Apa hak kita untuk memilih-milih hukum Allah. Sebagaimana firman Allah..

“Masuklah kedalam agama islam keseluruhannya…”


Ayat di atas ialah ayat AlQuran. Ayat AlQuran untuk semua. Bukan untuk ustaz ustazah sahaja. Jadi selagi mana kita hidup dengan menggalas nama hamba Allah.. Maka, patuhilah syariat Allah..

Kenapa kena patuh???

Sebab Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terbaik buat hamba-hambanya.

“…Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[AlBaqarah,2:216]


PROTON DAN KERETA
Kalau kita beli kereta keluaran proton, kita diberi kemudahan untuk pergi ke servis room of proton. Kenapa mesti pergi ke servis room proton? Kenapa tidak ke servis room of acer?

Sebab.. yang mengeluarkan kereta ialah kilang proton.. bukan kilang acer..

Kalau pergi ke servis room acer juga, takut jadi ibarat tikus membaiki labu.. bukannya makin elok, tapi, makin berlubang.. huhuhu…

Macam itulah juga manusia. Bila sudah rosak yakni letih, penat, sedih, risau hatta gembira sekalipun, kembalilah kepada Allah..

Apabila gembira, ucaplah Alhamdulillah..

Tika sedih, ucaplah innalilallah.. dan berdoalah pada Allah, mohon kekuatan, ketenangan dan keampunan dariNYA.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”
[AlBaqarah,2:153]





Moga kehadiran syawal ini dapat menggamit hati kita untuk terus mencari redha dan berkat dariNYA... Insyallah(^^,)


p/s: kenyang sungguh raya kali ini... eerrkk... alhamdulillah(^^,)

2 comments:

ahmad said...

agar roh di bulan ramadhan masih menebal hingga kini

nadhirah said...

insyallah...(^^,)