Tuesday, June 16, 2009

TASBIH FATIMAH

Ali r.anhu suatu ketika berkata kepada murid-muridnya, “ Adakah akan kuceritakan kisah Fatimah r.a puteri Rasulullah yang paling disayanginya?”

Lalu murid-muridnya menjawab, “Ya”.

Dan beliau pun mula bercerita, “ Fatimah r.a pernah mengisar bijiran bersendiri, kerja-kerja begini menyebabkan tangan-tangannya kelihatan kasar dipenuhi kulit-kulit keras berkematu. Beliau mengambil air dengan bekas kulit dan membawanya sehingga meninggalkan calar-calar di dadanya. Beliau membersihkan rumahnya sendiri sehingga pakaiannya kotor. Suatu ketika ketika tawanan-tawanan perang dibawa ke Madinah,
daku pun berkata kepadanya, ‘ Pergilah berjumpa Rasulullah SAW dan pintalah kepada baginda seorang ghulam (yakni orang suruhan) agar kerja-kerja seharian dirumah dapat dibantu.’

Beliau pun pergilah berjumpa dengan Rasulullah SAW. Disana beliau dapati orang ramai mengelilingi baginda. Lantaran sifat pemalunya, beliau tidak mahu memintanya dihadapan orang ramai.

Keesokan harinya Rasulullah SAW datang kerumah kami dan bertanya, ‘Fatimah, ada hal apakah anakanda datang kepada ayahanda semalam?’ Beliau berasa malu dan hanya berdiam diri sahaja. Maka, daku pun berkata, ‘ Ya Rasulullah SAW, akibat kerja mengisar dan mengangkut air, tangan dan dada Fatimah menjadi keras berkematu dan calar-calar. Beliau juga sibuk membersihkan rumah dan lain-lain kerja rumah. Ini menyebabkan pakaiannya kotor. Daku memberitahunya tentang orang-orang tawanan dan menasihati beliau berjumpa tuan dan meminta seorang ghulam.’
Diriwayatkan juga bahawa Fatimah r.a meminta sesuatu, ‘ Daku dan Ali mempunyai hanya satu lapik tempat tidur dan itu pun hanyalah daripada kulit kambing. Pada waktu pagi, kami gunakannya untuk mengisi makanan unta.’
Bersabda Rasulullah SAW, ‘ Fatimah, sabarlah. Nabi Musa as dan isterinya mempunyai hanya satu tempat lapik tidur yang dikongsi bersama. Itupun hanya jubah Nabi Musa as. Takutlah kepada Allah, perolehi taqwa dan tunaikanlah tugasmu kepada Allah dan kerjakanlah urusan rumah tanggamu. Apabila kamu akan ke tempat tidur, bacalah SUBHANALLAH 33 kali, ALHAMDULILLAH 33 kali dan ALLAHUAKBAR 33 kali. Kamu akan mendapati hal ini lebih baik daripada seorang khadam.
Fatimah pun berkata, ‘ Daku gembira dengan apa yang Allah dan RasulNYA SAW sukai.’

Lihatlah bagaimana keadaan hidup anak Rasulullah SAW. Sangat jauh bezanya dengan kita dizaman sekarang. Kebanyakkan suri rumah terlampau bergantung kepada pembantu rumah. Jikalau Fatimah ra mampu, mengapa kita tidak? Sebanarnya, amalan sebelum tidur seperti yang dinyatakan diatas, boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja. Bukan sekadar kepada suri rumah, malah buat pelajar-pelajar yang selalu letih belajar, buat suami-suami yang letih bekerja dan sesiapa sahaja. Insyallah, dengan izin Allah yang Maha Esa, semua keletihan dan kepenatan yang kita alami akan hilang dipagi hari kita bangun esoknya..


Sumber rujukan ;
buku bertajuk Kisah Kehidupan & Perjuangan Para Sahabat Radhiallahu Anhum
karangan Sheikh Muhammad Zakariya
keluaran Darul Nu’man

1 comment:

istisyhad said...

Subhanallah...
Satu peringatan yang benar-benar mantap..
Syukran ya ukhti...
Moga kita semua dapat mencontohi puteri baginda s.a.w dalam meraih Redha Yang Esa...