Thursday, June 11, 2009

Ampunkan Hamba...


Bismillahhirahmanirahim..

Hari ini, ana buka web student portal.. Hendak tengok keputusan peperiksaan semester lepas. Dan keputusannya,hhhmmm...

Berat sungguh ujian ini pada ana..
Ana gagal mendapat keputusan cemerlang lagi..
Maafkan ana mak..
Maafkan ana abah..
Maafkan ana sahabat..
Maafkan ana agamaku..

Ya Allah,
Aku redha dengan ketentuanMU..
Aku pasrah dengan caturanMU
Sesungguhnya ENGKAU yang lebih mengetahui sesuatu yang terbaik buat hambaMU
Mungkin ini pengajaran buatku
Mungkin ini ujian dariMu

Hanya satu pintaku
Tolonglah tabahkan hatiku
Tolonglah redhakan hatiku
Tolonglah ampunkan aku
Andai
Keputusanku ini
Akan menjadi fitnah buat agamaku..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku benar-benar mohon keampunan darimu..
Ampunkanlah Aku Ya Rabbi Ya Rahman..

1 comment:

'Hafsah Umar' said...

salam mahabbah penuh kasih syng.. nad, asif..ana tak brkredit nak reply mesej nti. ana yakin dgn nti, satu tarbiyahyg Allah letak untuk insan2 yg Allah syg. bersangka baiklah dgn Allah. campakkan hati dan jiwa nti utk lebih brusaha sem hdpan lantas konsisten dlm perjuangan.

uhibbuki lillah.