Tuesday, June 16, 2009

KATHY, SUE, BOB dan SAM


Sebagai seorang Islam, janganlah kita menggunakan nama-nama seperti Kathy, Sue, Bob dan lain-lain, walaupun panggilan itu hanyalah nama singkatan yakni mudah diingati dan disebut. Bagi orang Islam, nama dikaitkan dengan moral dan agama yang dianutinya. Nabi Muhammad pernah berpesan, “ Sekasih-kasih nama kamu kepada tuhan adalah Abdullah dan Abdul Rahman.”

Pesan baginda lagi, “Kamu gunakanlah nama-nama nabi dan sekasih-kasih nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman. Sebenar-benar nama adalah Haris dan Hammam. Seburuk-burk nama adalah Harb dan Murrah.”

Bagi kita, orang Melayu, nama-nama yang dikaitkan kelazimannya dikaitkan dengan bahasa Arab. Tidak terdapat orang Melayu yang member nama mengikut bahasa Mandarin ataupun Tamil, walaupun kedua-duanya juga adalah bahasa asing dan bukan menjadi kesalahan agama. Namun, sebagai masyarakat Islam apabila kita tidak menamakan anak-anak kita mengikut nama berbahasa Mandarin dan Tamil, wajar juga tidak menamakan anak mengikut nama-nama dalam bahasa Inggeris.
Nama adalah pengenalan diri kita yang akan sentiasa bersama-sama kita sampai mati apabila ia tidak ditukar. Oleh sebab itu, nama adalah sangat penting bagi kita. Nama seolah-olah menterjemahkan siapa kita yang sebenarnya. Apabila kita bernama yang baik-baik maka lazimnya orang menterjemahkan kita sebagai orang baik dan kita lazimnya mengikut terjemahan orang ramai.
Nama juga menyebabkan orang memanggil dan berurusan dengan kita secara baik ataupun tidak. Misalnya, apabila kita beri nama ‘Lemah bin Fulan’ tentulah sesiapa juga yang mendengarnya merasakan nama itu lambing seorang yang lemah dan tidak berpengetahuan dan sebagainya.

Samuel Akwasi Sarpong yang mengkaji mengenai nama di Ghana mengatakan, masyarakat kaum Ashanti di Ghana menamakan anak-anak yang lahir pada hari Rabu sebagai nama KWAKU yang bermaksud ‘ganas’. Katanya, lebih 50 peratus keganasan yang berlaku disana dilakukan oelh anak-anak yang lahir pada hari Rabu.
Pendek kata, pemilihan nama penting bagi menggambarkan siapa kita ataupun siapa orang itu.

Sejak kita mengenali Islam, nama kita melambangkan hubungan yang kukuh dengan bahasa Arab. Namun, ramai juga yang tidak pasti makna penggunaan bahasa Arab tersebut. Maka, kerana itu ada orang yang terperangkap dengan penggunaan bahasa ini. Disangka asal kalimah Arab maka diletakkan sahaja nama. Maka, ada yang member anak mereka nama Wati yang bermakna persetubuhan ataupun Bahimah yang beerti binatang.
Tuan Guru Abu Bakar Palestin dalam kitab beliau Tazkirah al-Qadhiah, mengatakan terdapat beberapa nama yang dilarang oleh nabi seperti nama Aflah, Yasar, Nafi’, dan Rabah, meskipun nama-nama itu mempunyai makna yang baik. Aflah bermaksud terlebih menang, Yasar ialah kesenangan, Nafi’ member manfaat dan Rabah ialah mendapat untung. Tetapi apabila dipanggil Aflah, ada orang menjawab, ‘tidak ada kemenangan’, maka hilanglah kesempurnaan makna nama itu. Kita juga dilarang member nama lain seperti Abdul Hussain, ataupun Abdul Hassan, cukup apabila diletakkan Hussain dan Hasan. Sebabnya adalah Abdul Hussain bermakna hamba kepada Hussain dimana Hussain adalah nama bagi manusia. Wallahhua’lam..

p/s : ana betul-betul mengharap jasa baik sahabat-sahabat yang mengenali ana, memanggil ana dengan panggilan nama ana yang sebenar yakni Nadhirah bukan lagi Nad. Kalu rasa nama Nadhirah terlampau panjang, antum antuna sekalian boleh memanggil ana dengan panggilan Rabiatul Adawiyah. Hehehe... Ana dahulukan dengan ucapan terima kasih wa jazakillah (^^,)

No comments: