Wednesday, June 17, 2009

AWARD dari SYAMIMI....jazakillah(^^,)

hhhhmmm... sekarang ni musim award rasanya.. hehehehe.. ala-ala, Grammy Award pula lagaknya..(^^,) Jazakillah ya ukhti atas award tu.. hhhmm.. ana rindu sangat kat ukhti mimi ni.. Comel dan menghiburkan.. hehehehe.. jangan kembang pula ya ukhti..(^^,)



sedikit coretan buat yang begelar sahabat..

ingatlah teman,
hidup ini hanya sementara..
mungkin esok,
mungkin sekejap lagi,
mungkin juga bertahun lamanya lagi,
tapi, yakinlah..
yakinlah bahawa kematian itu pasti!
maka,
janganlah kita suka menangguh melakukan kebaikan..
kerana gusar
andai kata kebaikan yang kita lakukan terdahulu tidak dihitung...
andai kata kebaikan yang dahulu belum cukup buat bekalan..
teruskanlah melakukan kebaikan
ibarat kita akan mati esok hari..


duhai teman,
andai kalian menggelar diri kalian seorang daie'
maka,
cegahlah kemungkaran,
tegurlah sipelaku kemungkaran,
walau sesiapa sahaja yang melakukannya,
tambah-tambah jika ana orang itu
kerana
bimbang kalau-kalau diakhirat nanti,
dek kerana ketakutan kita
dek kerana rasa malu untuk menegur
api neraka balasan kita..
nauzubillah..

duhai teman,
dikesempatan ini juga,
ana merakam jutaan keampunan
atas segala silap dan salah
maafkanlah ana
kerana ana sedar terlampau banyak dosa dan silap telah ana lakukan
sehingga banyak hati telah terguris...
maafkan ana ye..

akhir kalam... Jazakillah buat semua yang menerima diri ini seadanya. Juga buat semua yang sentiasa menegur diri ini dikala diri ini berada dalam kealpaan.. Jazakillah..
Ana uhibbu lillahhitaala..(^^,)

1 comment:

slaveofALLAH said...

salam..

duhai teman,
andai kalian menggelar diri kalian seorang daie'
maka,
cegahlah kemungkaran,
tegurlah sipelaku kemungkaran,
walau sesiapa sahaja yang melakukannya,
tambah-tambah jika ana orang itu
kerana
bimbang kalau-kalau diakhirat nanti,
dek kerana ketakutan kita
dek kerana rasa malu untuk menegur
api neraka balasan kita..
nauzubillah..

erm..takut baca rangkap nie...
tq ye ya habibati ukht..rindu kn mimie...appriciate sngt..hehehe..rindukan sume sahbt2 kat UITM!!!