Thursday, March 12, 2009

maaf....

maaf
kalimah yang sukar sekali diungkapkan
buat teman-teman
dari aku seorang yang ego
dari aku seorang yang hina dan lemah
dari aku
yang sentiasa berusaha membaiki diri

maaf
kerana aku bukan aku yang dulu
aku cuba menjadi ana
aku tidak mahu jadi aku
kerana aku mahu jadi ana

kenapa ana?

kerana ana lebih islamik bunyinya
kerana ana lebih lembut bunyinya
kerana ana lebih membuatkan ana lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan
kerana ana dapat membantu ana menjadi muslimah
dan
yang paling utama
kerana ana mahu lebih dekat denganNYA

tapi
tidak bermakna aku tidak dekat denganNYA
cuma
ana berjaya memlembutkan hati ini
untuk terus taat dan patuh padaNYA
untuk terus takut berbuat maksiat

maaf
ana betul-betul ingin berubah
tolonglah bantu ana
ana betul-betul mahu jadi ana
dan
tinggalkan aku jauh-jauh...

5 comments:

Lavender Pelangi said...

gud2..
permulaan yg bagus...
teruskan usaha anti untuk terus menuju ke arah kebaikan

ana sentiasa sokong.insyaAllah

nadhirah said...

jazakillah ya ukhti,

hhmm...ana selalu takut ana x mampu istiqamah.. hdup kat alam u dalam usia umur ini sgt bnyak ujian dan dugaan.
tambahan pula, zaman skrang dimana islam dilihat pelik..

hhmmm...doakan moga kita terus istiqamah dengan jalan yang kita pilih ini ye.. insyAllah..

Cikedies said...

salam.. ana aku saya awak .. terkadang saya pun teringin nak guna perkataan ana..tpi bibir ni terlalu berat nak gunakan kata ganti nama ana itu.. nak salahkan persekitaran pun tak boleh tapi saya nak share pengalaman anti waktu pertama kali guna kata ganti nama ana?? bt pengetahuan anti, saya bukan lah dari orang yang terdidik dgn menggunakan kata ganti ni.. tapi alhamdullilah..saya akan cuba menjadi ana..kan senang kalau nama saya ana.. maaf sekadar gurauan...

nadhirah said...

hehehe...salam wat ilyani.. ana pun bukan dari golongan yang terdidik dengan kata ganti diri ana. Cuma alhamdulillah, Allah pertemukan ana dengan sahabat seharum semerbak kasturi sepanjang ana di bumi kampus uitm ini.. kata ganti diri ana bukanlah syarat untuk berubah ke arah kebaikan cuma bila ana guna kata ganti ini, diri ana lebih terdidik dan berhati-hati dalam tindakan ana...

.:khaulah al-azwar:. said...

post yg m'nyentuh jiwa ana..trase pulak mcam ana yg wat post nie tuk kengkwn ana...