Friday, February 27, 2009

ASIAH yang kuat imannya....


Pada zaman dahulu, Firaun yang memerintahkan negeri Mesir mempunyai isteri yang cantik dan bijak serta beriman kepada Allah. Asiah adalah isteri Firaun yang setia disisi suaminya. Tetapi, apabila Asiah menemui jalan benar iaitu percaya kepada Allah, dia tidak menganggap suaminya sebagai Tuhan. Asiah merahsiakan imannya daripada Firaun.

Pada suatu hari, Firaun mengetahui rahsia isterinya yang beriman kepada Allah. Firaun marah dan memerintahkan para pengawal menyeksa isterinya itu dengan pelbagai seksaan.

Firaun berkata kepada Asiah,” kamu mesti meninggalkan agamamu.”

Asiah menggeleng kepalanya tanda tidak setuju. Melihat Asiah yang berdegil, Firaun mengarahkan pengawalnya mengikat Asiah pada beberapa pancang kayu kecil.

Firaun berkata lagi kepada Asiah dengan nada amaran, “Keluar kamu daripada agamamu!”

Asiah tetap dengan pendiriannya. Dia berkata dengan tidak ada rasa takut,”Adakah kamu tahu nyawa saya dalam jagaan Allah. Sekiranya kamu potong tubuhku ini kepada beberapa bahagian, ia tidak menghilangkan cintaku kepada Allah.”

Kemudian, Nabi Musa lalu di hadapan Asiah yang diseksa Firaun. Asiah bertanya kepada Nabi Musa,” Wahai Musa! Katakan kepada saya apakah Tuhan reda ataupun marah kepada saya?”

Nabi Musa menjawab,” Wahai Asiah, semua malaikat di langit merindukanmu dan Allah pula memujimu. Allah berkata, mintalah kepada Aku, akan Aku penuhi permintaanmu!”

Dalam surah at-Tahrim ayat 11, Asiah berkata yang bermaksud, “ Ya Tuhanku, bangunkanklah bagiku disisimu, rumah di syurga. Selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya. Dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

No comments: