Thursday, January 1, 2009

Teladani Umar Al-Khattab..

Kisah ini, ana baca dalam majalah NUR yang ana baru beli beberapa minggu lepas.. Tertarik untuk berkongsi dengan kamu semua, maka, ana pun taiplah kat dalam blog ana ni.Kisahnya bermula begini.....

Satu hari, seorang lelaki datang ke rumah Umar Al-Khattab untuk mengadu tentang perangai isterinya. Tetapi, sebaik sahaja lelaki itu sampai didepan rumah Umar, dia terdengar leteran isteri Saidina Umar dan apa yang hanya Umar lakukan ialah mendengar...
Serta- merta lelaki itu membatalkan niatnya untuk mengadu kepada Umar dan bergerak untuk pulang.
"Kalaulah begini hidup Umar, seorang Amirul Mukminin yang tegas dan keras,maka, bagaimanalah aku ni?"bisik lelaki itu.Pada masa yang sama, Umar membuka pintu rumahnya dan ternampak kelibat lelaki itu dan memanggil lelaki itu dan bertanya tujuan lelaki itu datang ke rumahnya.
"Oh Amirul Mukminin, aku datang kerumahmu untuk mengadu tentang perangai isteriku yang suka berleter. Tetapi, sebentar tadi aku terdengar isterimu juga sama. Jadi, aku berkata kepada diriku jika beginilah hidup Amirul Mukminin dengan isterinya, bagaimanalah aku ini?"
Umar menjawab,"Saudara, sebenarnya, aku selalu bersabar mendengar leteran isteriku kerana dia berhak. Dia memasak untukku, dialah yang menguli tepung rotiku, dia juga yang membersihkan pakaianku dan menyusukan anak-anakku walaupun itu bukan suatu kewajipan baginya. Dia juga menenangkanku dengan menghindari maksiat(yakni zina). Sebab itulah aku selalu bersabar dengannya."
Umar berkata lagi,"Maka, bersabarlah saudara, sebagaimana leterannya itu hanya sementara."

Hhhmm... Subhanallah betapa penyabarnya Saidina Umar Al-Khattab kan.. Kenapa ana berminat berkongsi cerita ini?? Eeemm..sebanarnya, ana pun tak pasti kenapa..Tetapi, apa yang ana boleh simpulkan, kita seharusnya mencontohi sikap penyabar Amirul Mukminin ini. Bukan sahaja kepada isteri mahupun suami, malah, kepada sesiapa sahaja. Jika semua orang mengamalkan sikap ini, pasti pergolakan akan berkurang. Kita seharusnya lebih berusaha untuk menjernihkan keadaan bukan menghuru-harakan keadaan.

Misalnya, seperti sekarang ini yang semakin dekat dengan musim pilihan raya di Terengganu. Jika kedua-dua pihak lebih berusaha untuk menambah baikkkan mutu pihak masing-masing, bukankah itu lebih baik?? Ini tidak, masing-masing cuba untuk menjatuhkan satu sama lain.. Kenapa ini terjadi? Salah satu puncanya, kurangnya rasa sabar yang menyebabbkan masing-masing mula berfikir dengan cara kurang rasional..
Jadi, bersempena dengan tibanya tahun baru Hijrah dan Masihi yang hampir serentak tahun ini, marilah kita sama-sama berazam untuk berubah kearah kebaikan..(^^,)

No comments: