Wednesday, December 17, 2008

kuih SAGU...shedaapp(^^,)

Emmm...cuti masih berbaki beberapa hari lagi.. Huhuhuhu..sedih sangat..
Tadi, ana buka web UiTM, ingat hendak semak keputusan exam, tapi, tak keluar lagi. Huhuhuhu..Risaula plak... Kalau Keputusan elok, ingat hendak hadiahkan kepada diri sendiri percutian dua hari satu malam ke rumah Cha'a.. Hehehehehe... InsyaAllah..Sikit hari sampaila.. Sabar ye Cha'a(^^,)

Okeylah...Berbalik kepada tajuk utama kita....KUIIHHH SAAGGUUU...emmm..nyum..nyum..
Dulu, ana pun tak suka sangat kuih ni..malah, kalau pergi kedai hendak beli kuih, mesti tak pandanglah kuih ni..hehehehe..tapi, beberapa hari lepas, mak ana ajar cara-cara buat kuih sagu..Senang dan mudah..hehehehe.. Disebabkan kemudahannya yang amat sangat, ana pun pasang niat, " Siapa-siapa yang hidup dengan ana nanti, kenalah selalu makan kuih sagu, sebab ana suka buat kuih ni..hehehehe..Senang kerja"

Okey, bahan-bahan yang diperlukan...

1 1/2 bungkus kecil sagu
+- 5 sudu besar gula
sirap
sebiji kelapa parut
garam secukup rasa

langkah-langkahnya....
1) Rebus sagu itu, sampai kembang.
2) Masukkan gula.Kalau, 5 sudu tu, masih tak cukup manis, tambah lagi. Ana tak
ingatla berapa sudu mak ana letak.
3) Tuang sirap, sehingga warna merah yang antum-antuna mahu..
4) Teruskan mengacau sagu itu sehingga ia masak.
5) Bila dah masak, tuangkan kedalam bekas dan biarkan ia sejuk..

* Sepanjang proses memasak ini, jangan berhenti mengacau sampai ia masak. Nanti hangit.



6) Selepas kuih sagu itu sejuk, bolehlah memotong kuih sagu itu dengan apa bentuk
sahaja.
7) Kemudian, gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan kelapa.


selepas disalut dengan kelapa(^^,)

* lagi sedap kalau dimakan kuih sagu yang baru keluar dari peti sejuk...manis dan sejuk..eemm..nyum..nyum..

3 comments:

Lavender Pelangi said...

kelapa parut yg digaul dgn kelapa??mcmne tuh??huhu..ke..garam??

nadhirah said...

alamak..silap taip..a'ah..kelapa parut yang digaul garam..
garam secukup rse je..jgn smpai masin sgt plak..

imm said...

nnt sy blik malaysia tlg buatkn ye