Monday, October 13, 2008

tahaddu tahabbu(^^,)

Pernah dengar tak kata-kata ni? "Tahaddu tahabbu" Kalau tak salah ana, ini adalah pesan Rasullullah kepada kita. Maksud kata-kata itu ialah; salinglah kalian memberi hadiah... Ana jumpa kata-kata tu dalam novel Ayat-Ayat Cinta. Kepada antum antuna yang pernah baca novel tu, mesti pernah jumpa kan.
Hmmm... Sungguh cantik pesan Rasullullah itu.Kenapa ana cakap macam tu? Yela,orang yang terima hadiah mestilah seronok.Orang yang memberi hadiah pun mesti seronok sebab orang yang menerima menghargai hadiah yang diberi. Apabila dua-dua seronok, hubungan silaturrahim pun akan bertambah erat. Bukankah bagus begitu..


.....terima kasih pada yang memberi(^^,)....


Amalan ini sepatutnya dijadikan budaya kita selalu.Tapi, amat jarang budaya ini diamalkan. Iyalah, tambah-tambah orang macam ana ni yang masih belajar, tak ada sumber pendapatan lagi.Tapi, budaya ini masih boleh diamalkan lagi kan.. Tak perlulah hadiah yang mahal-mahal, cukuplah sekadar hadiah yang kecil tetapi bermakna.. Boleh disimpan sebagai kenangan.

Tadi baru habis kelas philosophy of science. Ustaz Zaki cakap ubat kepada segala penyakit ada dua. Solat dan sedekah. Ini tips belajar Ibnu Sina. Setiap kali beliau mengalami kesukaran dalam pembelajaran, beliau akan berhenti sekejap dan pergi ke masjid lalu solat sunat dua rakaat. Lepas itu, baru beliau sambung belajar. Kalau beliau berjaya selesaikan sesuatu masalah atau memahami sesuatu yang baru, beliau akan bersedekah.Memberi hadiah juga boleh disamakan dengan bersedekah kalau tak salah ana.

Ana juga pernah baca tips dari seorang pakar motivasi(tak ingat siapa). Beliau ada cakap, setiap kali kita berjaya lakukan sesuatu misalnya kita berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, berilah hadiah kepada diri sendiri. Sebenarnya, dari segi psikologi, kaedah ini amat membantu untuk meningkatkan motivasi diri. Tapi, janganlah asyik beri hadiah pada diri sendiri sahaja, sampai kedekut kepada orang lain.

Senyum juga sedekah. Malah itulah sedekah yang paling mudah dilakukan tetapi sukar dilakukan oleh kebanyakkan. Majoriti dari kita, amat murah dengan senyuman kepada mereka yang dikenali sahaja. Padahal Rasullullah menyuruh kita bertegur sapa dengan sesiapa sahaja kita bertemu di sepanjang perjalanan kita.(Tapi, janganlah terlampau ramah sampai bukan muhrim pun ditegurnya..)Nabi menganjurkan kita memberi salam dan bertanya khabar dengan mereka yang ditemui dalam perjalanan, tetapi, dalam konteks kehidupan kita yang sangat sibuk sekarang ini, bertukar senyuman juga dikira sudah memadai bagi ana. Jadi, mulalah jadikan senyum sebagai amalan..



p/s: ana suka sangat kalau orang beri hadiah kepada ana..hehehehe(^^,)

3 comments:

R@FfLe$iA said...
This comment has been removed by the author.
R@FfLe$iA said...

aku pn ske gak kalo org bg aku adiah nih..hehe..
neway,gelang tuh sape bg..hehe..=p

nadhirah said...

siapa yang beri..huhuhu...biarlah rahsia..(^^,)