Sunday, January 9, 2011

berlalu.. dan lalui...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

alhamdulillah..
usia kini sudah semakin bertambah..
masa untuk menemuiNYA juga semakin hampir..
cuma dalam keadaan apa sahaja belum diketahui..
berserikah muka kita tatkala pertemuan itu?
harapnya begitulah hendaknya..

bertambahanya usia juga bermaksud bertambahnya amanah dan tanggungjawab

ya!!
tanggungjawab
sesuatu yang kita harus tanggung
dan
jawab dihadapan DIA disana nanti
sudah bersediakah dengan soalan-soalan di makhamah sana nanti?
andai masih ada yang ditanggung itu lompang dan carik
maka, 
bersyukurlah
kerana masih diberi kesempatan untuk membaikinya..

kesilapan dan noda yang telah berlalu
biarlah terus berlalu
usah diulang lagi

dan
terus lalui masa yang sedang dinikmati ini..
lalui dengan penuh rasa kesyukuran
dengan penuh teratur
dengan penuh sistematik
dengan penuh tertib
selaku jawatan yang kita sandang kini
yakni
hamba kepadaNYA

dan sedarlah
detik-detik yang dilalui bakal berlalu
dan jangan biarkan yang dilalui ini sama seperti yang telah berlalu
kerana 
rugilah mereka yang membiarkan masa yang dilalui sama seperti yang berlalu
celakalah mereka yang membiarkan masa yang dilalui lebih teruk dari yang telah berlalu
dan
beruntunglah mereka yang membiarkan masa yang dilalui lebih gemilang dari yang telah berlalu

jadi,
ayuh lalui masa yang ada
dengan penuh tertib dan sopan
berpandukan perlembagaan AlQuran dan AsSunnah




3 comments:

.:. Kupu-kupu Kecil .:. said...

~benar2! *ketuk2dirisupayabergerak*

HHH@ Triple H said...

all the best dik..=)

istisyhad said...

"Jalan dakwah ilallah itu bukanlah pangkat dan kedudukan, bukan koper kementerian atau pun pegawai pemerintahan.. Tetapi ia adalah jalan-jalan yang penuh makarh - hal2 yg tidak senang. Penuh dengan hentakan yang tiba-tiba, di dalamnya ada taklif - beban kewajipan yang berat dan penderitaan yang luar biasa. Oleh itu, seorang dai'e harus mempersiapkan bekalan kerana safar ini panjang, jalannya penuh dengan rintangan yang sulit diatasi, akan tetapi itulah sebaik-baik jalan yang menghantar ke syurga." (As-syahid muhammad fathi farhat)

Sahabatku sayang, moga dirimu sentiasa berada dalam RedhaNya...

Uhibbuki Fillah.. ^_^