Thursday, March 1, 2012

maaf

Bismillahirahmanirahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Moga kasih dan sayangNYA sentiasa milik kita bersama-sama redhaNYA
InsyaALLAH
^_^



Benarlah sesungguhnya hidayah ALLAH itu hadir dalam pelbagai bentuk
juga dalam pelbagai cara
dan
di pelbagai tempat

Ada yang melalui pencarian
Ada yang melalui kebetulan
Ada yang melalui teman
Ada yang melalui alam semesta

Sesungguhnya itulah nikmat terbesar yang sedang kita kecapi kini
nikmat iman dan islam
Alhamdulillah
^_^


Dalam mengharungi setiap saat dan detik
pasti kita tersadung bertemu khilaf dan silap
melukakan sang sahabat mahupun teman
itu biasa


dan kita selalu berkira-kira
untuk memaafkan dia
dek kerana sakit dihati masih bersisa


bertambah perit tatkala orang yang dimarahkan itu terpaksa disua saban waktu



namun,
pernah terfikir apa yang dirasa sahabat kita tatkala dia marahkan kita?



mampukah dia tersenyum manis saat menatap kelibat kita?
mampukah dia berjabat mesra bagaikan semalam tidak wujud?



dan
disaat kita bersalah, apa harapan kita?


antum,


ana tidak pasti..
yang pasti, ana selalu mengharapkan ana dimaafkan
kerana ana juga manusia biasa..
yang kerap kali
 tergelecek
tersadung
dan 
tersungkur





maafkan ana disetiap khilaf ana ye..
T_T






seorang sahabat bertanya ana, apa yang ana lakukan jika ana marahkan seseorang



.........






ana terdiam kerana disaat itu memang ana sedang marahkan seseorang
tiada jawapan yang mampu ana tuturkan


soalan diteruskan




bagaimana hendak memaafkannya?







.....










diam lagi







...








akhirnya ilham dari Allah dititipkan buat ana
" Memang susah hendak memaafkan. Tetapi, berazamlah dan berusahalah untuk memaafkan. Kesian dia, dia pun hendak masuk syurga juga.. Jangan disebabkan marah kita, dia tidak menerima syurga.."




jawapan itu juga sebenarnya untuk mengubat marah dihati ini




Alhamdulillah ya Allah diatas jawapan itu





insyaALLAH marah makin surut





sesungguhnya harga sebuah ukhwah itu lebih mahal dari harga marah ana
terlampau mahal dan bernilai untuk ditukar ganti
ukhwah fillah
^_^


1 comment:

Mujahid Muda said...

^_^ suka post ni..dan suka icon senyum tu...alangkah indah kalau sahabat2 semua senyum macam icon tu..