Friday, January 21, 2011

jazakallah

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Perjuangan yang dibawa sentiasa dihidang dgn pelbagai kepahitan,keperitan dan segala perkara yang menyakitkan. Adapun kegembiraan itu hanyalah datang sedikit sahaja bilamana melihat sahabat seperjuangan turut gembira. Memang diakui iman kita dijalan ALLAH ini sentiasa turun dan naik ibarat gelombang sinusoidal. Sentiasa bermuhasabahlah bagi meningkatkan iman kita kembali.tetapi yakinlah ALLAH sedang melihat dan menilai kita semua. ALLAH tidak akan membebankan hambanya dengan kerja yang kita tidak dapat lakukan.maka yakinlah kita mampu lakukan!!!
 Moga akhirnya segala usaha yang kita lakukan untuk islam ini akhirnya menempuh mati shahid yang insyaALLAH mati yang kita idam-idamkan.moga dikau terpilih dalam kalangan orang yang bersedia ditarbiyah dan untuk mentarbiyah.[buat sahabatku dunia akhirat…]

diatas
adalah kata-kata pemberian sahabat buat ana
jazakallah kasiron buat dia
termenung melihat kata-kata itu
merenung dan cuba menafsir
apa yang cuba disampaikan tidaklah sukar difahami
namun,
entah mengapa
seolah-olah susah diserap oleh jiwa
mungkin dek kerana kelesuan jiwa

berdoalah dan bermunajatlah kepadaNYA
agar hati kita sama-sama terus teguh dijalan perjuangan ini
dalam mencari redhoNYA
insyaALLAH



No comments: