ketika ditanya apa ciri-ciri pilihan hati, dengan tenang dan yakin ana menjawab..
asalkan baik akhlaknya, asalkan baik agamanya..
insyaAllah itu menjadi pilihan hati..
asalkan sedap mata memandang,
insyaAllah..
namun..
andai suatu hari yang datang betul-betul tidak rupawan
andai yang datang bukan hartawan
tapi
andai yang datang hanya punya akhlak dan agama yang baik
mampukah diri ini terima dengan berlapang dada
tanpa sekelumit ragu dihati??
ana sedar,
diri ana bukanlah srikandi hebat yang petah berkata-kata
ana juga bukan cendiakawan yang tinggi ilmunya
malah bukan juga ilmuan yang hafal hadis dan dalil alQuran
juga bukan qariah yang lunak mendedangkan ayat-ayat Allah..
bahkan
ana hanyalah hamba biasa
manusia lemah yang punya kemahuan dan kehendak
yang seringkali tewas ditangan nafsu dan syaitan
namun,
ketahuilah
sesungguhnya hati kecil ini milik Allah sepenuhnya
dan sentiasa berharap
hati ini terus dimiliki Allah
agar hati kecil ini akan dimiliki oleh hati lain yang juga milik Allah sepenuhnya..
insyaAllah
8 comments:
salam sis :) seronok baca ur post. semoga sis mendapat jodoh yang soleh beriman, dan handsome.*bonus* hehe :)
Amin :)
wsalam dik..
amin.. moga doa adik dimakbulkan (^^,)
ukhti fillah...
semoga damai nti dengan pilihan ALLAH..
Cantik itu terlalu subjektif.
Dan kecantikan agamalah yang akan kekal selama-lamanya, disulami dengan keindahan akhlak acuan Rasulullah s.a.w.
Moga dirimu akan sentiasa tenang dalam jagaan ALLAH.
Kebahagiaan hakiki apabila sama-sama mendambakan keredhaan ALLAH..
Uhibbuki Fillah ya ukhti..
insyaALLAH..
syukran ya ukhti..
doakan ana moga sentiasa tenang..
luv u lillah (^^,)
finally, bleh gak bka blog ni...hehe.
perkongsian yg menarik.. =)
mga mendapt jdoh yg diingini nad..n cepat kwen.hihi;)
salam,
aduh.. tersentuh akak.. ayat tu dari naluri sendiri ke? subhanallah.. akak copy boleh?
hanim : amin... (^^,)
kak ct: insyallah.. sedikit coretan hati dihening malam sepi.. huhu..
rindulah kat akak.. tula.. dulu, time dok sama2 asek nak marah akak je kan,, ni kan dah rindu.. huhuhu.. bila nak mai sini akak??
eh, lupa plak nak jawab soalan.. copy la kak.. xdak hak cipta pun.. sekadar nukilan dri hati kecil.. =)
Salam 'alaik
Membaca post ini, tanpa sedar membuat saya mengangguk2 sendiri kerana bersetuju dgn apa yg ditulis. Sungguh, kadang2 kita lancar menjawab tapi lain pula terjadi bila btul2 berlaku.
Sama2 muhasabah
Post a Comment