Wednesday, June 2, 2010

musim???

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Hari-hari dilalui
dengan semangat kebencian kepada pihak zionis yahudi
dengan semangat cintakan keamanan
dengan semangat kasihkan saudara kita di Palestina


teringat diawal tahun dulu juga semangat ini pernah muncul
muncul dua tiga minggu dan kemudian berlalu sepi
tiada lagi solat hajat
tiada lagi doa sayu
tiada lagi boikot-memboikot
tiada lagi demonstrasi
tiada
tiada
dan
tiada






kini,
semua itu muncul lagi



satu harapan ana
janganlah rasa kasih buat saudara kita disana
yang hadir singgah dihati kita kali ini
hanya sekadar bermusim



dah macam musim bola pula ana lihat
kejap ada
kejap tiada


kerana
mereka disana berperang tidak bermusim
mereka disana tertindas tidak bermusim

dan

ya!!
tidak bermusim
mereka saudara kita bukanlah musim ini sahaja
mereka dulu, kini dan selamanya
saudara kita


maka,
seharusnya
rasa kasih kita kepada mereka juga
haruslah
dulu, kini dan selamanya
dan
tidak bermusim-musim


Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah al-Hujuraat: 10)


dalam satu hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari sahabat Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda

"Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barang siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian."


renungi dalam-dalam maksud hadis ini..
adakah kita tergolong dalam golongan yang menganiaya saudara seislam kita di Palestine sana dengan mengasihi mereka bermusim-musim sahaja???
tenungi dan renungilah



2 comments:

slaveofALLAH said...

salam....jalan paling berkesan untuk menjatuhkan mereka.....mari BOIKOT baranagn mereka...bila ekonomi merundum...dengan diorg2 sekali merundum....jgn bermusim!!!!...satu ringgit kita sedekah pada yahudi mampu menarik satu nyawa saudara kita....

nadhirah said...

betul tu.. sedekahlah pada yang lebih memerlukan.. huhuhu