Tuesday, May 4, 2010

Cakap Biar Serupa Amalanmu.. Okeyh??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Emm.. dah lama tak membebel disini.. Ada seorang sahabat pernah tegur ana suatu waktu tika ana rajin membebel disini..
" Rajin nti update sekarang.."
Ana pun jawab,
" Hhhmm.. salah satu cara lepaskan tekanan dijiwa.."

Err. betulkah? Eeemm.. rasanya betul juga kot. Sebab ana ni susah sikit nak percaya kat orang.. Dan 'my trusted friends are now far away from me now' huhu..
jadi bloglah tempat curahan isi hati.. tapi, dalam bahasa yang bertapisla.. hehehe..
mungkin akan ada yang sedikit melenting dengan pernyataan ana ni atau terasa kecil hati dan sebagainya.. tapi, i'm really sorry.. althought you are my 'sahabat' and always be close to me.. but hhmm.. i'm still sorry for really hard to trust in people..





Ok,
cukup dengan keluhan hati kecil ini.. berbalik kepada pengisian hari ini..




Pernah dengar ayat 2-3 dalam surah AsSaff?

"..Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan..."

Ayat ini benar-benar melekat dikalbu ana.



Mengapa?



Kerana pertamanya,
diawal ayat itu digunakan perkataan "..wahai orang-orang yang beriman.." yang bermaksud ayat ini ditujukan kepada mereka yang berIMAN dan mahu menjadi orang itu.. SAHAJA..

dalam erti kata lain.. dalam cubaan kita untuk mengislahkan diri kita, kita haruslah menitikberatkan setiap ayat kalamullah yang dimulakan dengan wahai orang-orang beriman kerana sebenarnya itu adalah petua yang ALLAH beri kepada kita..

Lebih kurang macam soalan 'spot' untuk peperiksaan la... huhu..
jadi, apa lagi..
petua dah bagi..
tinggal nak amalkan saja..







alasan kedua
kenapa ayat ini menyentuh kalbu ana adalah kerana..
sebenarnya kalau kita lihat sekali imbas nampak macam senang hendak amalkan..
tapi,

secara realitinya susah sebenarnya hendak amalkan..

sebagai contoh..

si A cakap kepada si B
" salah satu cara menjadi sahabat yang baik ialah dengan berkorban kepada sahabatnya."

si B tersnyum sahaja ditegur kerana memang salahnya kerana kedekut sangat..
dan sejak hari itu,
si B berusaha ntuk berkorban kepada si A.

dua tiga minggu selepas itu,
ternyata si A telah diuji dengan kata-katanya sendiri..
si A dilanda penyakit malas sesangat.. sehingga terlupa untuk berkorban kepada sahabat sebaliknya selalu mengharap sahabatnya itu berkorban kepadanya..

apabila, si B sedikit memberontak, si A menarik muka..






nampak tak apa yang ana hendak samapaikan?
huhuhu.. harap-harap nampaklah..






ok..ok.. contoh lain..
tok penghulu mengeluarkan arahan bahawasanya di kawasan ini dilarang melakukan jualan langsung kerana tidak mahu diganggu ketika sedang berehat..

maka, kampung itu pun aman dari jualan langsung..

tba-tiba,
suatu hari seorang kawan lama ketua kampung itu mengajak dia menjadi rakan niaga jualan langsungnya..

lantas, tok penghulu yang terlupa tentang amarannya kepada ahli-ahli kampungnya pun melaksanakan jualan langsungnya..
dan ini menimbulkan ketidak puasan hati ahli-ahli kampung yang lain..

haaa... contoh yang kedua lebih jelas rasanya..
nampakkan?








sesungguhnya setiap kata-kata kita pasti diuji Allah.

Oleh itu, berwaspadalah dalam menutur kata-katamu..
kerana sesungguhnya kata-katamu pasti diuji
dan
sangatlah dibenci disisi Allah orang yang mengatakan sesuatu yang tidak dilaksanakan..





sekian dulu untuk hari ini..
(^^,)




1 comment:

Unknown said...

betul2
kata2 la antara yg pling tjam dn bbahaya...T_T