Wednesday, February 3, 2010

saat diri itu diingati..

Hari ini ana sedikit sedih..

Mungkin kerana terlalu ingin pulang ke rumah.. huhuhu… rindu sangat sama rumah..

Sampai dah nekad dah ni hendak balik hujung minggu ni.. Dah suarakan isi hati ke teman sebilik, Kak Siti juga kepada teman sekelas. Tiba-tiba kwan sekelas ana ingatkan ana tentang kelas ganti hujung minggu ni.. huhuhuhu.. Batal terus plan nak balik rumah… Nasib baik tak beritahu mak lagi.. Kalau tidak, mesti mak pun sedih sekali…

Pastu, tiba-tiba teringat dekat teman sekolah dulu.. Mimi Naterah..

Kenal budak ni masa ana pindah ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra , Kedah. Tahun 2005 tahun mula-mula kami kenal. Budak pandai ni.. Masa mula-mula kenal, kami selalu berselisih pendapat. Ada je yang nak digaduhkan. Lepas tu, ana la yang merajuk. .. Hehehe.. Tapi, takde yang pujuk pun.. Mimi Naterah memang macam tu, tak suka pujuk orang.. Penat je merajuk dengan budak ni.. huhuhu… Tapi, ana sayang sangat dekat budak ni..(“,)

Bila sedih-sedih macam ni, teringat dekat mimi. Dia selalu usap kepala ana. Main-main dengan rambut ana. Tenangkan ana.. Suka sangat bila dia buat macam tu.. Rasa tenang sangat. Rasa sangat-sangat disayangi.. huhuhuhu.. Naterah.. ana rindu sangat dekat kamu.. Bila hendak balik Malaysia ni?

Lepas tu, kalau kami gaduh.. Mesti Sarah Hanim si penyelamat datang menyelamatkan keadaan.. Hehehehe.. Comel budak ni… Tapi, dah tak boleh ngorat dah budak ni.. Hehehehe.. Jangan marah ana ye Hanim.. Sayang kamu bangat..(“,) Hanim kalau balik dari rumah dia, mesti bawa hasil kebun dia. Hehehehe.. tu yang best dengan dia tu.. Ana ni memang suka sangat makan buah. Tapi, Hanim ni pelik sikit. Orang lain kalau minum kopi sampai tak boleh tidur, yang dia pula, lepas minum terus mengantuk. Huhuhu.. tapi, rasanya sekarang ni dah normal kot. Hehehehehe…

Hhhmmm.. tapi, sekarang ni semua sudah tinggal jauh.. Ana kat tengah-tengah semenanjung Malaysia, Hanim dekat selatan semenanjung Malaysia . Yang si Naterah pula dah keluar dari Malaysia.. Jauh betul dia lari.. Huhuhu.. Kami pun dah jarang berhubung.. Faktor masa dan jarak mengatasi semuanya.. huhuhu…

Dua tahun lepas kami jumpa. Ala-ala reunion la.. Ana dengan Naterah pergi rumah Hanim dekat Pendang. Pusing-pusing Alor Star. Kongsi cerita. Tapi, kejap je.. Lepas tu, tahun lepas, Hanim datang rumah ana dengan Ruby dan Dayah. Tapi, Naterah dah takde. Dia dah lari keluar negara. Hehehe.. Hhhmm.. bila lagi nak kumpul ramai-ramai macam dulu agaknya? Semua dah sibuk.. Tunggu sapa-sapa kahwin la kot baru boleh kumpul balik ramai-ramai.. Jadi, apa lagi?? Kepada kawan-kawan yang dah ada pilihan hati masing-masing tu, cepat-cepatlah kahwin.


Benda baik tak elok ditangguh-tangguh.. Maksiat dihindari, pahala digandakan. Kan bagus begitu(“,)



5 comments:

Ruby said...

hehehe...esok jugak g daftar kat pjabat agama!!!ahahha...

weyh..rindu nyaaaaaaaaa!!!

شاح اندرني said...

Assalamualaikum.. Cerita santai... Suka sangat..

nadhirah said...

hehehe.. ok..cuti raya cina ana gi makan nasi minyak rumah ruby eh.. hehehehe(",)

buat shah, waalaikumsalam(",)

Awrapurnama said...

adat berkawan, brtemu brpisah gamaknye.. ;)
thanks 4 this nice sharing.. cuteee

naterah said...

salam..
syg sgt sama kamu..
kim slm pada semua..
sy sgt rndu pd malaysia..
anda2 semua jgk :)