Saturday, August 1, 2009

Serupa tapi tak sama...

Dua orang sahabat berkawan rapat sejak kecil. Mendapat didikan yang sama dan dari guru yang sama. Kedua-duanya lelaki. Masih kanak-kanak. Seorang bernama Amir dan seorang lagi bernama Amirul.

Belajar, bermain, makan, tidur malah mandi juga bersama. Kebetulan mereka saudara kembar.

Tapi, ada satu kesukaan Amir yang kurang digemari Amirul. Amir suka bermain lumpur. Amirul pula tidak. Setiap hari, pasti Amir akan pergi bermain lumpur di sawah padi. Dan Amirul pasti akan menemani Amir. Hanya teman, melihat dan gelak bersama tetapi tidak turut serta bermain.
Satu lagi, mereka juga suka main air. Sehari, hampir lima kali mereka mandi. Alasan mereka, panas. Atau, kadang-kadang, si Amirul akan tumpang alasan si Amir yang suka main lumpur ini untuk membersihkan diri.

Huhuhu.. pelik juga kan hobi mereka.

Maka, begitulah aktiviti mereka bersama selama hambir tiga tahun, sehinggalah si Amir menyedari sesuatu.

Amir dapati, diri Amirul, sangat bersih, berseri-seri, dan wangi.

Dia jadi pelik, kenapa dirinya tak sebersih, sewangi dan seseri Amirul. Padahal mereka mandi lima kali bersama setiap hari.

Hhhmmm… pelik..pelik..

Antum tak pelikkah???


Errmmm... apa yang cuba ana sampaikan sebenarnya?

Analogi yang ana cuba sampaikan disini ialah mengenai solat. Seringkali kita lihat, ramai saja manusia yang solatnya cukup lima kali sehari. Malah, ada sesetangahnya tu, siap tambah solat sunat lagi.. tapi, dalam masa yang sama melakukan perkara-perkara yang melanggar syariat..


Contoh??

Hhhmmm… misalnya, ramai sahaja yang pakaian tidak menepati syariat(terutamanya perempuanlah), yakni dengan tidak memakai tudung atau ada yang pakai tudung tapi berbaju lengan tiga suku dan macam-macam fesyen lagilah.

Yang lelaki pun, bila time turun padang, main bola, ragbi atau apa saja, tetiba pakai seluar pendek. Hish, tak comel langsung..


Hhhhmmm… agak-agaknya kenapa ye?
Ok, berbalik kepada analogi ana tadi.

Iaitu solat dan mandi. Kebanyakkan orang, hanya menjaga dan membersihkan diri, tatkala tiba waktunya solat. Sebelum dan selepas kurang menjaga, malah ada yang tak menjaga langsung.

Sebab tulah jadinya seperti Amir tadi, tak berseri-seri, tak wangi dan tak bersih macam Amirul.

Sebab itu, kita kena jaga diri, akhlak dan adab sebelum, semasa dan selepas solat.

Bagaimana?

Dengan berlandaskan Islam dari segala hal. Sebab, hidup ini ibadat. Kalau hendak tunggu waktu solat, baru nak beribadat, susahlah kita nak kumpul saham akhirat.

Betul tak??

Itulah yang dikatakan serupa tapi tak sama. Amalan yang wajib serupa sahaja cara dan adab dilaksanakan, tapi, cara kita menjaga diri sehari-hari dalam hidup kita itu yang berbeza.

Jadi, apalagi?? Jom jaga diri setiap masa..(^^,)

1 comment:

.:khaulah al-azwar:. said...

btul3 ana stuju 100% pape pun yg plg utame adelah niat kite..itu yg plg m'bzakn pahala s'sorg itu..btul x???