Sunday, July 5, 2009

MANIS TAPI PAHIT

Manis tapi pahit. Itulah yang boleh ana gambarkan tentang syurga. Kita sering didengarkan tentang indahnya dan manisnya syurga.. Malah dalam Al-Quran sendiri telah diterangkan tentang betapa indahnya syurga. Malah banyak sekali diceritakan dalam AlQuran. Misalnya, seperti yang diceritakan dalam surah Al-Waqi’ah.

“.. Berapa dalam syurga kenikmatan, segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan-dipan yang bertahtakan emas dan permata, mereka bersandarkan diatasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan soklai(piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan apa pun yang mereka pilih, dan daging burung apa pun yang mereka inginkan, dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah, lakasana mutiara yang tersimpa baik.” (Surah AlWaqi’ah; 56:12-23)

Masyallah… itu baru sedikit yang diceritakan tentang nikmat syurga. Hanya sebesar anak benih cuma. Lebih banyak manis dan nikmat lain yang disajikan tika menginap di syurga yang kekal abadi.

“.. Dan golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu. (Mereka) berada diantara pokok bidara yang tidak berduri, dan naungan yang terbentang luas, dan air yang mengalir terus-menerus, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya, dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk. Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung, lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan, yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya, untuk golongan kanan,” (Surah AlWaqi’ah; 56:27-38)

Tapi,Ingatlah… jalan menuju kepada yang indah, mewah dan manis tidak semudah yang disangka. Penuh berliku dan onak duri. Sebagaimana yang telah Allah berfirman dalam surah AlAnkabut; 69:2

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji"

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…” (Surah AlBaqarah; 2:155)

Dalam surah AlMu’minin ada dinyatakan golongan-golongan yang telah dijanjikan syurga kepadanya. Mereka ialah..

"….. (yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barangsiapa mencari dibalik itu(zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara salatnya..” (23: 2-9)

Maka, marilah kita sama-sama berlumba kearah kebaikan. Marilah kita saling ingat-mengingati untuk sama-sama menambah amalan dan menopup pahala.

Jomm.. Jomm.. Jomm..

2 comments:

.:. Citra Hati .:. said...

salam ziarah,

~lama menyepi..
~ke mana kamu menghilang?

nadhirah said...

salam ukhwah buat citra hati..
terima kasih kerana sudi menziarahi laman ini..

kata lama menyepi itu nti maksudkan apa yer? ana yg menyepi ke blog ini?

kalau blog ini,
asifla sejak kebelakangan ini, ana agak sibuk membuatkan blog ini terbiar sepi seketika..

kalau ana plak, xdek cerita nak diceritakan membuatkan ana menyepi..
rindu ana eh?? hehehehe..
jazakillah(^^,)