Monday, July 13, 2009

Hari Penuh Tarbiyah

Hari ini hari Isnin. Kelas bermula jam 12.30 tengah hari… Hhhmm.. Nak tidur kejaplah lepas solat subuh.. Itu niat ana.. Maka, lepas solat subuh, ana tidur..
Bangun paginya, roommate ana dah takde.. Kak Fiza, roommate ana dah ke kelas. Hari ini, kelasnya bermula seawal jam 8.30 pagi… Ana bangun tidur, tengok jam.. Lepas tu, cari kaca mata ana..
“ Aik.. mana pula hilangnya spek mataku ni??? Takpelah, pergi mandi dululah..”
Lepas sudah siap semua, cari lagi kaca mata pengarang jantung yang satu ni.. Cari-cari.. tak jumpa juga.. Ya Allah.. Mana perginya pula spek mata ni??? Hati dah mula resah.. Power spek mata ana boleh tahan tingginya, mencecah 500 lebih jugalah.. Kalau cari guna mata sendiri, jarang-jarang la jumpa.. Nak minta tolong roommate, roommate pula takde.. Ana pun keluar bilik, cari bilik mana yang berpenghuni, dan dengan bermuka tebalnya, ana pun minta tolong seorang hamba Allah ni tolong carikan spek mata ana.. Cari punya cari, masih tak jumpa lagi… Ya Allah… macam mana ana nak masuk kelas sekejap lagi? Jangan kata tulisan atas papan putih tu, muka lecterer pun ana tak nampak nanti..
Alhamdulillah, ana punya seorang sahabat yang sangat prihatin. Sahabat dunia akhirat. Insyallah… Sahabat, teman seperjuangan. Ilyani namanya. Memang ana terhutang budilah dengan dia.. Jazakillah Yanie(^^,) Lebih kurang jam 11.10 minit pagi, kami nekad bergerak ke PKNS. Lebih kurang jam 11.45 pagi sampai di PKNS, kami terus menuju ke kedai cermin mata, dan ana pun buat pertama kalinya buat contact lense..Pedih jugalah mata ana pakai lense tu buat pertama kali.. huhuhu…
Dan sepanjang hari ana bergerak tanpa cermin mata.. Janggal sungguh rasanya.. Bukan taknak buat spek mata baru, tapi, ana masih menaruh harapan agar spek mata yang lama akan dijumpai semula. Almaklumlah.. hendak buat spek mata baru, mahu habis dua tiga ratus juga.. Duit PTPTN pun tak masuk lagi.. Jadi, ana tangguhkan niat buat spek mata. Lepas itu, terus pergi ke kelas. Walaupun dah lewat lebih kurang 15 minit, tapi, Alhamdulillah, Miss lecterur ana tak marah.. Syukur Alhamdulillah(^^,)
Malam pula, ada kelas… Lepas solat magrib, kawan ana, Hafsah hantar ana ke fakulti.. Semester ni ana banyak kelas malam.. Sudahlah semester ni kita menyambut bulan Ramadhan penuh berkat.. Sedih rasanya bila terkenang hal itu.. Tapi, takpelah.. Anggap sahaja semua ini sebagai satu dugaan dan ujian dari Allah SWT..

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Balik kelas, singgah surau kejap. Masih ramai sahabat-sahabat disurau. Bila hati sudah tertinggal disurau, sehari tak kesana, rindu rasanya. Rasa serba tak kena jadinya. Rindu hendak jumpa sahabat-sahabat, rindu nak dengar makanan rohani.. rindu macam-macamlah.. Semester ini pun, macam-macam aktiviti menarik diadakan disurau. Macam malam sebelum ni, ada buat aktiviti kotak beracun.. Haa.. kotak beracun versi surau ni, ada pengisianlah.. lain dari yang lain dan semestinyalah menarik..(^^,) Alhamdulillah sekali lagi, surau semester ini, dapat sambutan ramai. Ramai yang dating mengimarahkan surau setiap malam. Sejuk mata memandang..(^^,)

Balik bilik lebih kurang jam 10.00 malam. Lepas makan, solat kejap.. tiba-tiba, terjumpa sesuatu…
Jeng..Jeng..Jeng…
Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat kepada Allah SWT.. Ana sudah ketemu sama spek mata ana.. Ya Allah, syukur sesangat… Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Moral of story : Jangan tidur lepas subuh..(^^,)

7 comments:

Mohd Amin Bin Mohd Hamami said...

ermm..tu la..
kan betul, tidur lepas subuh nih Allah sempitkan rezki...
Kalau lepas asar lagi teruk..
mewarisi kegilaan...
so..cube2 la elak diri tdo lps subuh and asar

istisyhad said...

Salam 'alaik nad..
Hehehe...
Insya-Allah...
Ukhuwah fillah abadan abada..
Sayang nti kerana Allah dan RasulNya..
Jage spek elok2 ek.
Hehehe...

Awrapurnama said...

salam wbt, ukhtie..

power sggh spek ukhtie, di kala ini, spek mata brsahabt baik dgn org yg rabun. byk2 mkn carrot ukhtie. tak dpt disangkal lg khasiat carrot mencerahkn mata dr rabun.. inshaAllah..

salam najah selalu ukhtie, doakan hamba d sni yg makin dkt dgn hari peperiksaan.. =)

: Hamba Allah said...

Salam Ziarah,

~Alhamdulillah.Jumpa juga 'buah hati pengarang jantungnya'..

~Nasib kita hampir serupa tapi endingnya berbeza..

~'Pengarang jantungku' tetap hilang tanpa khabarnya.Yang patah tumbuh,yang hilang berganti..so,dapat lah yang baru..tak sanggup melihat dunia yang indah ini dalam kabus.

.:DeXmA:. said...

so,hg pki contact lense la ek after dis?
aq ad gk wat contact lense,tp x biase pki..rugi je..hehe~
thanx tuk reminder =)

nadhirah said...

buat awrapurnama.. semoga berjaya dlm menghadapi peperiksaan nti..(^^,)

buat dex.. ana x pakailah lense tu.. ada je tersimpan dlm laci meja.. peninglah pakai lense.. ana lagi selesa pakai spek.. xthulah bila lagi nak pakai..

Nahl said...

salam...kak nad hilang spek...ana hilg kunci....

heheh