Tuesday, February 10, 2009

SELAMAT DATANG (^^,)

Uwekk..Uwekk... Uwekk...
Bunyi yang biasa kedengaran apabila seorang lagi keturunan Adam dan Hawa lahir kedunia. Orang disekeling bayi itu, gembira menyambut kehadiran bayi itu,sedangkan bayi itu menangis. Menangis kerana apa? Itu, kurang pasti..

Masihkah kalian ingat? Tika kali pertama kalian melihat dunia? Hehehehe... Mesti tak ingatkan.. Ana sendiri pun tak ingat. Tapi, ana yakin,kelahiran ana disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan dihati mak dan abah ana.

Laungan pertama yang dilaungkan ialah kalimat Allah dalam azan oleh seorang ayah kepada si anak. Laungan yang disusupi dengan seribu harapan agar suatu hari nanti kita akan membesar sebagai anak yang soleh dan solehah, yang berjaya dunia dan akhirat, yang akan membawa sinar kegembiraan dalam hidup mereka.

Pengorbanan seorang ibulah yang paling besar.Sehingga akhir hayat kita sekalipun, tetap tak terbalas jasa dan pengorbanan seorang ibu. Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan lamanya, ibu jugalah yang bersabung nyawa melahirkan kita, malah, ibu jugalah yang menyusukan kita. Tika kecil,kita sering menangis dimalam hari. Ibu jugalah yang sering mendodoikan kita kembali.MasyaALLAH... Besarnya jasa dan kasih seorang ibu kepada si anak.

Mengenangkan jasa dan kasihnya emak pada si anak dulu, kini dan selamanya yang tidak pernah surut walau seinci, bergenang air mata ana seketika. Terkenang kembali saat kenakalan ana sehingga mengguris hati emak ana dalam sedar mahupun tidak.Hmmm... Kasih seorang ibu, sentiasa memaafkan si anak,tetapi, sesekali, rasa bersalah tetap bersarang dihati.

Teringat ana, suatu ketika dulu, ana kecil hati dengan mak ana. Ana merajuk,lalu tidur bersembunyi di bawah katil. Adik ana sedar ketiadaan ana di katil, lalu, memberitahu emak ana. Pusing satu rumah dibuatnya emak dan abah ana kerana mencari ana. Huhuhu... atas sebab merajuk, ana tak menyahut pun panggilan mak ana. Tapi, akhirnya ana keluar juga dari bawah katil. Hehehe..lucu juga bila fikir-fikir balik. Tapi, apa yang pasti, ana dah merisaukan mak dan abah ana. Huhuhu..tak patutkan.. Hmm... Kini, ana tekad, tidak mahu lagi melukakan mak ana. Malah, merisaukan pun emak ana pun hendak dielak. Insyaallah..

"..Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula)...."

Hujung minggu yang lalu, ana kerumah maklang dan paklang ana di Sungai Buloh. Alhamdulillah, mereka baru dikurniakan seorang cahaya mata. Mohd Haikal namanya.Tapi, baru sebulan lebih umur Haikal. Jadi, tak boleh hendak main-main dengan Haikal lagi sebab Haikal asyik tidur je.. Sebenarnya, tajuk post kali ni ditujukan kepada Haikal.
Selamat datang ke alam dunia Haikal..




Masa ana ke sana, maklang ana belum habis pantang lagi. Kesian maklang ana, hanya boleh makan nasi berlaukkan ayam goreng dan sayur halia.Huhuhu... Halia.. Tengok pun ana tak lalu. Disebabkan masih ada sehari lagi sebelum habis pantang, maklang ana tidak dibenarkan ikut kami(paklang, ana & tokcik a.ka. mak kepada maklang ana) ke pasar raya. Huhuhuhu... Sekali lagi, kesian maklang...

Tiba di pasar raya, tempat pertama yang dituju ialah bahagian bayi. Mula-mula, beli susu bayi, tisu bayi, pampers bayi dan segala macam barang bayi lagi. Lepas dah selesai beli keperluan bayi, barulah paklang ana tengok barang sendiri pula. Hhmmm... Besarnya pengorbanan seorang ayah. Apa-apa pun, barang si anak yang lebih diutamakan. Kalau ada duit lebih, barulah barang sendiri dibeli. Kalau tiada, lain kali baru beli. Hhmm... Terfikir ana, mesti abah ana pun macam tu juga. Contoh paling ketara, masa rayala.. Selepas semua baju raya si anak dibeli, barulah emak dan abah ana fikirkan baju raya mereka sendiri. Huhuhu.. terharu rasanya..



Maka, lepas ni, rajin-rajinlah kita semua telefon emak dan abah kita di kampung. Biarlah jauh dimata, tapi, dekat dihati....(macam tagline tv9 plak..) Telefon paling kurang seminggu sekali, seeloknya tiap-tiap hari.Kalau tak tahu hendak cakap apa, tanyalah khabar, dah makan ke belum, buat apa hari ni, ada siapa lagi kat rumah...ish, macam-macamlah boleh tanya... Setiap kalai teringat awek, telefon mak. Teringat pakwe pun, telefon emak,. Teringat balak pun telefon emak,. Teringat gewe pun telefon mak. Teringat kat habibi pun sama, telefon mak.. sebab.. telefon mak, dapat kurangkan dosa, tambahkan pahala. Bukankah bagus begitu... Saham akhirat pun bertambah(^^,)

No comments: