Thursday, February 26, 2009

anti-couple???

Satu hari, seorang dari kawan kelas ana, lelaki, tanya ana..
" Nad, ko masuk kelab anti-couple ke?"
" Hah??" ana memberi reaksi terkejut, kerana sungguh..ana terkejut dengan soalan itu.Ana tanya balik,"Ada ke kelab anti-couple?"
Dia tanya ana pula tanpa menjawab,"Habis tu, yang hafsah join tu? Ko join gakkan? Yang selalu ada kat dc (dataran cendikia) tu?"
" Ooohh...tu bukan kelab anti-couple la.. tu PMH.. Persatuan Mahasiswa Hadhari."
Dia tanya lagi," Tapi, ko tak couple kan?"
Hhhmm..macam mana nak jawab eh...," Couple tu kan haramm..." tetiba itu yang terkeluar dari mulut ana. Dan dia terdiam..

Hhhmm... itulah realitinya. Couple itu haram. Tapi, ramai yang tak boleh terima kenyataan itu. Betul ke haram? Betullah.. Dalam alQuran cakap, jangan hampiri zina! Jangan hampiri maksudnya, tak boleh hampiri. Tak boleh hampiri maksudnya, kalau hampiri berdosa. Benda yang kalau buat boleh menambahkan dosa hanyalah perkara-perkara haram. Hah.. sebab itulah ana kata couple itu haram..

Tapi, rasa sayang itu datang automatik. Tak minta pun.. Hhhmm..itu antara alasan yang diberi bila cakap tentang isu ini. Betul, setiap manusia dilahirkan dengan mempunyai rasa ingin dicintai dan mencintai. Ada rasa tertarik antara lelaki dan perempuan. Tipulah, kalau ana cakap ana tak pernah rasa. Ye, ana faham. Tapi, kita kena dahulukan yang utama.

Okey, sebagai contoh. Pukul 5 nanti, ada kawan baik anda nak datang ke kolej anda. Kawan baik sejak kecil ni. Dah lama sangat tak jumpa. Rindu sangat. Dan anda betul-betul nak jumpa kawan anda tu. Sebab kalau tak jumpa pukul 5 sekejap lagi, tak tahu la bila pula boleh jumpa. Anda duduk di Perlis. Kawan anda pula sekarang tinggal di Johor. Lepas tu, sekarang ni sambung belajar kat Australia pula. Hhhmm.. kalau tak jumpa petang ni, alamatnya tak tahulah bila boleh jumpa lagi.Yeay..Yeay.. Dah tak sabar nak jumpa dah ni... Kawan anda pun cakap tak sabar nak jumpa anda. Tapi, dia hanya akan tunggu sampai pukul 6 petang je sebab dia ada kerja lain.

Tapi, kebetulan pada waktu yang sama, anda ada test pukul 4.30petang sampai 6.30 petang. Penting test ni. Masuk final 30%. Tambahan pula, anda dah study habis-habisan untuk test petang ni.Takkan nak ponteng test pula kan?

Haa... Sekarang ini, anda dalam dilema. Hendak ikut rasa hati ke hendak ikut kewarasan akal? Kalau ikut rasa hati yang rindu dah membuak-buak dah ni, tentu anda pilih untuk jumpa dengan kawan anda. Kalau ikut kewarasan akal, tentu anda akan ke dewan peperiksaan dan jawab test anda.

Hhhmm...macam itulah dalam konteks ber'couple' ni. Antara cinta Allah dan cinta manusia, mana satu yang anda akan pilih. Cinta Allah ada pakej. Lengkap serba-serbi. Cuma kena bersabar dulu sebelum dapat menikmati serba-serbi pakej itu. Macam test tadila. Kalau, pilih test, anda dapat pakej. Anda dapat keputusan cemerlang, insyallah. Malah, anda masih dapat berhubung dengan kawan anda itu. Maklumlah sekarang zaman dah canggih, boleh sms, telefon malah chatting. Nah, dua-dua dapat..

Tapi, kalau anda pilih untuk cinta manusia, maknanya anda dah menolak cinta Allah.. ibarat anda memilih untuk berjumpa dengan kawan anda tadi, anda dapat jumpa kawan anda, melepaskan rindu di jiwa, tapi, dalam masa yang sama 30% dah hilang.. Haihh... ruginya...

Hhhmm... fikir-fikirkanlah ye..

Tapi, kalau dah couple takkan nak putus macam itu saja? Hhhmm.. Mencegah lebih baik dari mengubati.. Tapi, kalau dah buat, ana tak boleh nak cakap apalah.. Kalau hendak putus terus, wow.. ana tahu, ramai tak boleh terima.

Langkah pertama, jarakkan hubungan dulu. Maksudnya, kalau sebelum ni, tiap-tiap hari telefon, cakap dekat telefon, sms, chatting.. Lepas ni, kenalah kurangkan. Kalu sebelum ni, tiap-tiap hari, kurangkan kepada seminggu sekali. Dah lama sikit, kurangkan lagi kepada sebulan sekali, lepas tu, setahun sekali. Haa.. bolehkan? Tak boleh?? Hisshh.. tipulah, boleh.. Ana boleh, antum antuna mesti boleh juga.

Seterusnya, sibukkan diri dengan kerja lain. Sibukkan diri dengan persatuan. Sibukkan diri dengan assigment. Sibukkan diri dengan sukan. Sibukkan diri dengan shopping.. hehehehhe.. Sibukkan saja diri anda dengan apa sahaja.

Lagi, dekatkan diri dengan majlis-majlis agama, agar rasa cinta kepada Allah semakin menebal. Bila rasa cinta pada Allah makin menebal, insyallah hati kita dah tak sempat hendak fikir cinta yang lain. Iyalah, kalau bercinta mestilah setia. Kalau dah bercinta dengan Allah, samalah.. kena setia juga.(^^,)

Tapi, kami tak macam couple yang lain... Hhhmm.. banyak pula alasan..

Okey, apa yang lainnya? Lain sebab kamu tak pegang-pegang? Kamu tak jumpa? Kamu tak bagi ayat jiwang-jiwang?

Baiklah.. anda faham tak maksud zina? Zina ni sebenarnya ada banyak jenis.. Zina mata, zina tangan, zina kaki, zina hati. Walaupun, tak berjumpa, tak berpegang-pegang, tapi, anda masih teringat-ingat kat sidia.. Hah.. itulah zina hati namanya.

Kalau rasa cinta itu hadir dalam jiwamu, jangan terus buang. Hargai rasa cinta itu, sebab manusia memang dilahirkan dengan rasa cinta. Tak perlu buang atau mengabaikan rasa cinta itu, sebaliknya, kawallah rasa cinta itu. 'Transform' rasa cinta itu kepada cinta yang lain. Cintakan kucing, beg, radix cola, jam, ilmu, laptop.. Haa... Cuba alihkan cinta anda pada sidia kepada cinta yang lain. Kerana, cinta yang lain lebih berkat.

Kalau tak couple, nanti nak kahwin dengan siapa? Takkan tak kahwin? Itukan sunnah nabi..

Aik, pandai pula kahwin tu sunnah nabi.. hehehehehe..Ya sohabbati,Jangan takut atau gusar tentang soal jodoh anda.. kerana sesungguhnya Allah dah janji kepada kita semua, kita akan dapat jodoh yang sepadan dengan kita. "...wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.."(AnNur:26).. Haa.. takkan anda tak percaya dengan janji Allah? Kalau percaya, tak payah la nak runsing-runsing fikir hal jodoh lagi..(^^,) Amalkan membaca Surah AlFurqan ayat 74. Itu doa semoga kita mendapat jodoh yang baik, yang sepadan dengan kita. Insyallah..

Jadi, dapat disimpulkan, ana bukanlah anti-couple. Malah, ana sendiri sedang ber'couple'. Ana sedang bercouple dengan Allah dan agamaNYA...islam. Dan ana amat bahagia. Sebab itu, ana nak semua kawan-kawan ana bahagia juga. Jomlah..(^^,)

2 comments:

serikandi Hamzah said...

Bercouple lah dengan ALLAH..Niscaya bahagialah hidupmu.D stu akan di temui kemanisan cnta sejati.
yg PMH tu skuad maksi.skuad maksiat sifar.Mari kita promote Skuad maksi..hehe

.:khaulah al-azwar:. said...

betul3..ana stuju..