Sunday, November 2, 2008

jadilah seperti lalang...


Jadilah seperti lalang? Ish.. betul ke ni? Mesti ada yang anggap ana salah taip.. Tak.. Ana tak salah taip pun.. Betul.. Hidup kita ni, kalau nak berjaya kena jadi macam lalang. Kenapa ana cakap macam tu?? Okey, seperti yang semua orang tahu, lalang ni sifatnya lemah. Tidak tetap pendirian. Kalau angin bertiup dari barat, ke kananla ia melentok.. kalau angin bertiup dari timur, ke kirila ia melentok.. betul..kita nampak lalang macam tidak berpendirian..Tapi, sedarkah kita sebenarnya, pendirian lalng itulah yang sangat kukuh. Malah lalang juga sifatnya sangat bersemangat waja.. Adakah ana telah cakap berbelit-belit? huhuhu..maaf..maaf..

Okey, sebenarnya selama ini, kita hanya lihat yang zahir sahaja tentang sikap lalang itu. Kita hanya nampak daunnya sahaja.Cuba kita selami sifat lalang itu. Lalang itu, punya akar yang sangat kuat. Akar tunjang yang akan terus lurus ke bawah mencengkam bumi.Disebabkan pendirian lalang yang kukuh itulah ia masih ditempat yang sama walau angin bertiup dari arah mana pun. Iman dan pendiriannya masih ditempat yang sama malah semakin kukuh dan kuat mencengkam bumi.

Daunnya yang meliuk-lentuk mengikut arah angin bertiup bukanlah tandanya lalang tidak berpendirian. Malah, itu melambangkan betapa bijaknya si lalang itu menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Bayangkan, jikalau angin bertiup dari arah barat dan si lalang berdegil tidak mahu mengikut arah angin itu, pasti daun lalang akan terkoyak dek kerana kedegilannya itu.


Hmm.. begitulah hidup kita. Kita seharusnya mempunyai pendirian yang kukuh, kuat dan mantap. Maka, walau kemana sahaja kita pergi, kita tetap ingat kepada ALLAH. Kita tidak akan sanggup untuk melanggar suruhanNYA. Insya'ALLAH..

Tapi, dalam masa yang sama, kita mestilah pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bukanlah bermakna terus berubah, tapi, sesuaikan... Lain tu sesuaikan dengan berubah.. Misalnya, kalau di Malaysia, bangun pukul lima pagi itu, praktikal. Tapi, kalau di Mesir, kalau pukul lima pagi baru hendak bangun, alamatnya tertinggallah waktu subuh. Hmm.. contoh yang mudahkan.. Begitu jugalah dengan perkara-perkara yang lain.

Lagi satu, lalang ni, kalau kita racun macam mana sekalipun, memang pada mulanya ia mati. Tapi, nanti, mesti tumbuh balik.Hari ini racun, dalam sebulan lepas tu(kalau tak salah la) mesti tumbuh balik.. Mesti punya.. Kalau tak percaya, buatlah eksperimen.Hehehehe..Teringat lagi, dulu, arwah atuk ana rajin racun lalang kat belakang rumah dia sebab lalang ni semangat juangnya tinggi.Lalang tak pernah kenal erti putus asa. Kita sebagai manusia seharusnya mencontohi sikap lalang ni.. Bukan sekadar kuat pendirian, malah pandai menyesuaikan diri walau apa keadaan angin sekalipun dan sangat tinggi semangat juangnya untuk hidup.

MasyaALLAH, cantik sungguh ciptaan ALLAH. Ana betul-betul kagum.Begitu banyak pengajaran yang dapat kita kutip dari alam. Sampaikan lalang pun ada nilainya.Okeylah, rasanya penjelasan diatas sudah cukup jelas. Harap-harap fahamlah ye..(^^,)Jadi, fikir-fikirkan dan selamat beramal..hehehehe

p/s:suka tangkap belalang yang ada kat lalang.. hehehehe

2 comments:

mohd amir aiman said...

btul gak ek...maknenye simpulan bahasa pasal lalang tu x bleh pakai la..hoho..

Anonymous said...

ana nak copy bleh??