Thursday, October 28, 2010

besar vs KECIL


alhamdulillah..
satu lagi subjek peperiksaan sudah berjaya dijawab
tinggal lagi tiga berbaki
moga ALLAH memudahkan segalanya..
amin

peperiksaan kali ini sengaja ana lakukan sedikit perubahan
mewajibkan diri ambil sarapan sebelum peperiksaan
sebelum-sebelum ini tidak kisah sangat soal sarapan
walaupun tahu sarapan itu penting
huhuhu..

semasa beratur ambil makanan
jumpa dengan orang-orang yang berjawatan di kantin
ana cuba memaniskan senyuman
tapi
disambut hambar
sedikit kecewa menyelinap dalam hati
bukan seorang dua begitu
bukan sekali dua begitu
hhmm..

serabut sangatkah jadi orang besar?
sampaikan hendak senyum pun sudah terlupa caranya
maaf
ana tidak pernah merasa lagi jadi orang besar
tapi
menurut perhatian ana
rata-ratanya begitu

adakah andai satu hari nanti ana yang menjadi orang besar itu
ana juga bakal jadi seperti mereka?
hhmm...
nauzubillahhiminzalik..
moga ALLAH melindungi kita dari sikap seperti itu..

teringat satu kisah
ketika satu hari Rasulullah SAW duduk-duduk bersama-sama sahabat-sahabat
muncul satu idea dari salah seorang sahabat untuk membuat kenduri
maka,
mereka pun mula membahagi-bahagikan tugas
ada yang sembelih unta
ada yang tugasnya memotong daging
ada yang tugasnya memasak
ada yang menghidang
dan ada yang macam-macam tugas lagi
sehinggalah
setelah semua orang mengambill tugas masing-masing
akhirnya Rasulullah SAW bersuara menyatakan baginda akan melakukan tugas mencari kayu api
semua sahabat-sahabat terkejut dan melarang baginda


yelah!!
takkan hendak biarkan kekasih ALLAH ini mencari kayu api

tapi
baginda tetap bangun mencari tanpa rasa kekok

subhanallah
cantikkan akhlah baginda!!!
tidak pernah berkira tugas apa pun
tidak menjadkan tugas baginda sebagai rasul untuk menghalang baginda melakukan tugas kecil
subhanallah


kalau kita tengok realiti hari ini
bagaimana?

tidak perlu pergi jauh
cukup sekadar dirumah mahupun sekolah entaorang
berapa ramai ibu bapa yang sanggup meminta maaf pada anaknya andai dia yang tersalah?
berapa ramai guru besar yang memberi salam kepada pelajar apabila bertembung?


ini kisah benar
salah satu sekolah ana belajar dulu
ada seorang guru besar a.k.a pengarah yang pasti memberi salam sebelum orang lain sempat buka mulut
samapikan kami pelajar ini yang termalu
huhuhu..


andaikata kita diberi peluang menjadi orang besar-besar satu hari nanti
mampukah kita mencontohi baginda?
melakukan tugas kecil disaat diri sangat besar 
moga kita mampu
insyallah

........


No comments: