Friday, July 23, 2010

rindu...

بسم الله الرحمن الر حيم
Alhamdulillah... nikmat iman dan islam masih menjadi milik kita..
Semalam, alhamdulillah ana selamat sampai di kampung halaman.. berehat sebentar dari kesibukan kampus sambil mengubat rindu pada keluarga di kampung..
Waktu-waktu lapang begini barulah sempat hendak baca emel-emel di peti emel.
Masyallah ternyata pemergian arwah tidak pernah dilupakan semua..

Buat ana sendiri..
pemergian arwah akan sentiasa diingati..
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
ya
mlah salah satu hikmah yang jelas nyata..
pemergian arwah telah menyedarkan kami sahabat-sahabat arwah tentang datangnya ajal tanpa mengira waktu..
usia yang muda bukan penghalang kepada ajal..
sampai masa kita akan ke sana..
ke alam yang lebih kekal abadi..
Hhhmm..
Apa agaknya keadaan arwah disana..
Moga segalanya baik buat arwah..
Moga segalanya dipermudahkan buat arwah..
Apa yang pasti arwah telah kesana..
Arwah telah tahu nasibnya..
Kita pula bagaimana?
baik atau buruk bekalan kita kesana?
Sudah bersediakah kita?

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup disisi TuhanNYA dengan mendapat rezeki, mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikanNYA kepada mereka dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka bahawa tidak ada kekawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia yang besar dari ALLAH dan bahawa ALLAH tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman"


(Al-Imram : 169-171)

benar..
sehingga saat ini,
ana seolah-olah merasakan arwah masih disini
masih bersama-sama disini
bersemangat waja dalam usaha mewujudkan biah solehah..


Ya Allah kuatkanlah hatiku..
redhokanlah hatiku dengan pemergian arwah..
biarpun tidak banyak kenangan ana dengan arwah..

tetapi,
pemergian arwah amat dirasai..
moga rohnya sentiasa didalam rahmat ALLAH..

AL-FATIHAH...


3 comments:

hanim said...

rindu c nad jgak..^^

nadhirah said...

rindu hanim juga..
maaf ye lama tak online..
tak sempatla..
huhu..
bila nak mai lawat ana kat sini?

hanim said...

tgk la cmna nt ek..inshaallah kalu xdak hal smpi la kat sna..huhu.